Thursday, March 10, 2011

:::Meritokrasi VS Kuota:::

Alhamdulillah malam tadi aku sempat mendengar satu forum yang bertajuk "Meritokrasi dan Kuota; Di manakah Melayu?" yang dianjurkan oleh Kelab Debat UIAM. Walaupun agak terkejar-kejar dengan meeting persatuan sebenarnya semalam, tapi masih tidak terlambat untuk mengikuti perbincangan topik tersebut.

Sebagai pelajar jurusan Sains Politik, tajuk sebegini memang menarik perhatian aku dan rakan2 yang lain lebih2 lagi kami telah pun didedahkan dan mendapat pendidikan secara langsung tentang teori2 dan idea2 yang berkaitan.

Akan tetapi dengan menghadiri forum seperti ini akan menajamkan lagi pemahaman kami kerana teori yang dipelajari dikaitkan dengan situasi sebenar yang berlaku dalam politik semasa.

Pertama sekali kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan "meritokrasi" itu? Meritokrasi bermaksud seseorang yang dipilih untuk berada di suatu kedudukan atas sebab kebolehan dan kecemerlangannya. Ini ditentukan berdasarkan kelayakannya dari segi pencapaian akademik dan peperiksaan berasaskan merit.

Kemudian, apa pula yang dimaksudkan dengan "kuota"? Ia bermaksud sejumlah peruntukan istimewa yang ditawarkan kepada sesuatu pihak untuk berada di suatu kedudukan.

Isu yang dibangkitkan dalam perbincangan tersebut adalah mengenai masalah kaum Melayu yang terlalu bergantung dengan kuota yang diberikan oleh kerajaan, pada hal mereka sebenarnya tidak betul2 layak untuk mendapat keistimewaan tersebut.

Ini kerana terdapat satu sistem yang diketepikan, sekaligus menafikan hak orang lain yang lebih layak iaitu dipanggil sebagai "meritokrasi" ataupun sistem berasaskan merit.

Ramai kaum Melayu yang berasa takut jika "meritokrasi" dilaksanakan kerana takut kehilangan kuasa dan pengaruh, takut kedudukan mereka dirampas.

Ini bermakna kaum Melayu masih lagi "survive" di negara mereka bukanlah kerana kebolehan dan kemampuan mereka sendiri, akan tetapi kerana keistimewaan yang diberikan tanpa mengira tahap kecekapan dan kelayakan yang sepatutnya.

Ini menggambarkan bahawa kaum Melayu belum bersedia dan tidak mampu untuk bersaing dengan kaum lain yang rata-rata mereka mempunyai kelayakan dan kebolehan melebihi kaum Melayu.

Di sini aku memetik satu isi yang diberikan oleh seorang ahli panel dalam forum tersebut iaitu YB Dato' Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir. Menurut beliau,

"sejak sebelum merdeka lagi orang Melayu memperjuangkan hak keistimewaan mereka dan sehinggalah selepas merdeka, keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan terhadap kaum Melayu terutama dari segi kuota boleh diibaratkan sebagai sebatang tongkat yang membantu kaum Melayu itu untuk berdiri. Oleh sebab itu tongkat tersebut masih lagi tidak boleh dibuang kerana untuk memastikan kaum Melayu sentiasa dapat berdiri teguh".

Bagi memberi respon terhadap hujah ini, pada pendapat aku, orang Melayu terlalu dimanjakan. Kenapa sejak dari kecil lagi telah diberikan dan diajar menggunakn "tongkat"?

Sepatutnya kita perlu mengambil pendekatan dengan membuang terus "tongkat" tersebut untuk melatih orang Melayu supaya berdikari. Sebagai contoh kaum lain seperti Cina dan India, mereka langsung tidak menggunakan "tongkat" tersebut, tapi hari ini mereka bukan sahaja mampu untuk berdiri malah mampu berlari.

Jika hak istimewa orang Melayu yang dikhuatiri, sebenarnya ia langsung tidak menjadi isu. Ini kerana menurut seorang lagi ahli panel iaitu Professor Khoo Kay Kim;

"..untuk meminda perlembagaan Malaysia memerlukan majoriti 2/3 ahli parlimen. Akan tetapi jika melibatkan kepentingan orang Melayu maka syarat majoriti 2/3 adalah tidak terpakai. Dalam situasi ini ia perlu melibatkan kuasa Yang Di-pertuan Agong dalam memberikan persetujuan dalam sebarang pindaan.."

Jadi dengan penerangan yang diberikan jelas menunjukkan bahawa isu yang menakutkkan orang Melayu selama ini yang kononnya kedudukan orang Melayu akan terhakis jika kuota dihapuskan sama sekali tidak tepat kerana kita masih lagi mempunyai raja yang akan mempertahankan hak istimewa orang Melayu.

Berdasarkan isu meritokrasi dan kuota ini, secara peribadi aku berpendapat bahawa kedua-dua sistem ini perlu dilaksanakan seiring. Dengan adanya meritokrasi, ia sekaligus dapat menggalakkan dan memastikan persaingan daripada orang Melayu.

Jika mereka sedar tiada jalan pintas ataupun peruntukan khas yang diberikan kepada mereka, jadi akan timbul kesedaran untuk membina jati diri sendiri dan bersaing dengan kaum lain.

Akan tetapi sistem kuota tidak boleh dibuang terus kerana ia untuk memastikan majoriti kaum Melayu sentiasa terpelihara. Bukanlah dengan niat untuk menafikan hak kaum lain, tetapi atas sebab penduduk negara ini terdiri daripada majoritinya kaum Melayu, maka perlulah kuota untuk memastikan pengagihan berlaku secara seimbang.

Sekali lagi, walaupun adanya kuota, tetapi hanya mereka yang layak dari segi meritokrasi sahaja yang sepatutnya memenuhi kuota tersebut.

Kemudian, bagi memastikan tempat kaum lain juga terjamin, apa yang dipanggil sebagai "affirmative action" wajar dilaksanakan secara meluas kerana dengan ini akan dapat memastikan pengagihan tempat terhadap minotiti juga berlaku seimbang.

Keberadaan kita di universiti adalah disebabkan kuota ataupun meritokrasi? adakah disebabkan kita sebagai bumiputra ataupun disebabkan kecemerlangan akademik kita mengatasi kaum-kaum lain? Sama-sama kita fikirkan.. Wallahua'lam~~


No comments:

Post a Comment