Friday, May 3, 2013

:::Cabaran PAS Melaksanakan Hudud:::

Seperti biasa saya rasa terpanggil untuk memberi respon tentang isu-isu atau masalah terkini yang melanda masyarakat dan negara kita. Pada kali ini saya berminat memberikan respon peribadi tentang perlaksanaan hudud di Malaysia yang sudah menjadi agenda perjuangan PAS dan masyarakat Islam di sini sekian lama, dan umum mengetahui bahawa isu ini adalah suatu isu lama yang dihangatkan kembali oleh sesetengah pihak tanpa kita ketahui apakah niat asal mereka kerana ianya berlaku di tengah-tengah kehangatan pilihanraya umum ke-13 yang bakal berlangsung esok, 5 Mei 2013. 

Respon ini  bukanlah sebuah analisis secara kritikal tetapi merupakan pandangan peribadi saya sendiri mengenai cabaran PAS dalam melaksanakan undang-undang hudud dan Islam di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Malaysia pada PRU kali ini.

Seperti yang digembar gemburkan oleh kem Barisan Nasional mengenai pendirian PAS yang kononnya terlalu bertolak ansur dengan sahabatnya dalam Pakatan Rakyat hinggakan dituduh sebagai kuda tunggangan dan mengetepikan dasar perjuangan menegakkan undang-undang Islam, pada pendapat saya tuduhan seperti ini adalah bersifat prokasi politik semata-mata. 

Ini kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa dalam dasar perjuangan PAS sudah termaktub secara jelas matlamatnya untuk menegakkan Islam dan melaksanakan perundangan Islam di Malaysia ini. Manakala tentangan perlaksanaannya oleh DAP sebenarnya bukanlah begitu serius seperti yang digambarkan oleh media Barisan Nasional kerana dalam perjanjian persefahaman di antara parti dalam Pakatan Rakyat sudah disepakati dan menghormati asas perjuangan parti2 komponen antara mereka. Ia sebenarnya adalah mengenai pemahaman tentang itu sebelum perlaksanaannya.

Saya begitu yakin sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia pada PRU kali ini PAS tidak akan serta merta melaksanakan hudud ataupun undang-undang Islam. Jika ianya berlaku maka bolehlah kita katakan kerajaan pada waktu itu adalah kerajaan yang zalim! 

Melihat kembali sejarah awal perkembangan Islam di mana pada masa itu berlaku usaha yang dijalankan Baginda SAW bagi menerapkan kefahaman tentang ajaran Islam termasuk perkara-perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Baginda SAW membinakan asas yang kukuh bermula daripada individu melalui kefahaman yang jelas hinggakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi lagi terhadap apa yang Baginda SAW bawakan.

Begitu jugalah secara praktikalnya di Malaysia. Kerajaan baru itu perlu memperbetulkan dahulu kepincangan dari akar umbi masyarakat, menyebarkan kefahaman kepada masyarakat termasuk yang bukan beragama Islam dan melakukan perlaksanaan undang-undang Islam secara gradual, bukannya drastik. 

Antara langkah awal bagi membetulkan kembali keadaan dalam masyarakat mungkin boleh dilakukan melalui sekatan hiburan bagi mengelakkan percampuran antara lelaki dan wanita, manapis iklan-iklan di media yang menyumbang kepada berlakunya jenayah syariah seperti pendedahan aurat serta keganasan, menyediakan garis panduan etika berpakaian dalam masyarakat dan sebagainya. Apa yang ingin ditekankan adalah perlaksanaannya perlulah bermula dari sekecil-kecil perkara di samping menyebarkan kefahaman yang jelas kepada masyarakat. Inilah cabaran awal PAS dan kerajaannya sebelum melaksanakan undang-undang Islam.

Pada saya adalah merupakan perkara biasa jika orang bukan Islam menolak undang-undang Islam kerana mereka belum faham dan tidak tahu apa dan bagaimana perlaksaanaannya dan adakah mereka juga akan terlibat dalam hukuman yang dilaksanakan itu nanti. Tapi saya amat terkilan dan sedih kerana ada antara orang Islam sendiri iaitu pemimpin dan penyokong Barisan Nasional yang majoritinya sudah Islam sejak lahir tapi masih tidak tahu dan tidak faham, malah memperlekehkan hukum Allah dan menakutkan orang2 bukan Islam jika undang-undang Islam terlaksana. 

Melihat perkara ini saya berani membuat kesimpulan bahawa kerajaan sebelum ini yang dipimpin oleh Barisan Nasional telah gagal dalam menjadikan Islam sebagai perkara utama dalam pembentukan sebuah negara. Setelah 55 tahun diberi mandat oleh rakyat tetapi  tidak nampak pun tanda-tanda perubahan untuk memartabatkan Islam pada tempatnya dan membuatkan masyarakat bukan Islam faham tentang Islam serta hukumnya.

Walaupun Pakatan Rakyat baru berusia 5 tahun tetapi impak kefahaman Islam di kalangan pemimpin DAP sudah kelihatan. Mereka mula menghormati ulamak, berasa bangga mengadaptasi cara pemerintahan Islam seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang ingin mengikut jejak langkah Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, serta ada di kalangan mereka juga sudah mendekati al-Quran. Selain itu pendapat yang mengatakan PAS sebagai parti Islam yang ekstrim juga turut disangkal selepas hubungan persahabatan dalam Pakatan Rakyat terjalin kerana mereka berpeluang mengenali antara satu sama lain.

Jangan tertipu kali ke-13. Inikalilah....


Friday, April 19, 2013

:::Reformasi vs Transformasi:::

Saya percaya rata-rata rakyat Malaysia pada hari ini yang mempunyai rasa cinta dan sayangkan tanah air, rasa kebertanggungjawaban dan juga peka dengan apa yang berlaku di sekelilingnya, sudah pasti sibuk meng-update tentang perihal pilihanraya yang bakal berlaku pada 5 Mei 2013 nanti. Di mana-mana pasti sibuk bercakap tentang perang pilihanraya. Begitu juga tentang tajuk kali ini saya berminat utk mengenengahkan sesuatu berkaitan pilihanraya mengikut pandangan peribadi sendiri. 

Secara peribadi saya melihat pilihanraya kali ini merupakan pertempuran yang begitu menarik kerana ianya tercetus daripada dua idea iaitu "Reformasi" dan juga "Transformasi". Tidak seperti pilihanraya2 sebelumnya. Pada kali ini parti pemerintah iaitu Barisan Nasional bakal menghadapi saingan sengit daripada parti lawan yang membentuk sebuah pakatan yang dinamakan Pakatan Rakyat yang kita tahu gabungan ini terdiri daripada tiga buah parti iaitu PAS, PKR dan juga DAP. Pakatan ini terbentuk selepas pilihanraya 2008 di mana ketika itu bermulanya detik perubahan rakyat kepada pihak pembangkang sebagai hukuman kepada kepincangan pemerintahan parti kerajaan hingga melihatkan parti pembangkang berjaya menguasai hingga 5 buah negeri.

Jadi pilihanraya kali ini menampakkan lagi kesepakatan parti2 pembangkang atas tujuan yang satu iaitu untuk melihat kejatuhan Barisan Nasional, dengan bersedia bekerjasama dalam satu pakatan. Jika dilihat respon kerajaan selepas menerima tamparan hebat oleh kuasa rakyat melalui pilihanraya umum 2008 yang lepas, kerajaan cuba sedaya upaya melakukan pelbagai perubahan demi memenangi hati rakyat. 

Setidak-tidaknya dengan kekuatan yang tidak sampai 2/3 majoriti di parlimen, pihak kerajaan kelihatan agak goyah dan terdesak dalam melaksanakan agenda perubahannya yang dinamakan Program Transformasi. Nampak ada baiknya juga kekuatan pihak kerajaan menjadi kurang, maka pihak pembangkang menjadi lebih lantang bersuara memperjuangkan hak2 rakyat. 

Ini menjadikan pihak kerajaan tidak berada dalam zon yang selesa dan terpaksa mengiakan apa sahaja yang diminta oleh rakyat, walaupun kadang2 ada juga yang tidak dilaksanakan atas dasar egonya, barangkali.....

Walau bagaimanapun, segala transformasi yang dilakukan oleh pihak kerajaan nampaknya belum cukup memuaskan kehendak rakyat. Maka dengan idea "Reformasi" yang dilihat lebih memberikan suatu nafas baru dan talian hayat kepada rakyat lebih2 lagi golongan muda, menjadikan pihak Pakatan Rakyat mendapat suatu kelebihan berbanding pihak Barisan Nasional.

Sejarah terdahulu mencatatkan banyak peristiwa mengenai gerakan reformasi yang dilakukan rakyat, seperti yang berlaku di Perancis, Rusia, dan juga terdapat pada zaman moden seperti di Tunisia, Mesir dan Syria. Apa yang saya ingin tekankan bukanlah pendekatan yang mereka gunakan iaitu melalui revolusi. Apa yang ingin disampaikan di sini adalah reformasi yang mereka lakukan untuk menukar tampuk pemerintahan lama kepada yang baru dengan memberi ruang kepada rakyat untuk berada di atas bagi mengurus tadbir urusan negara dan membetulkan kembali segala kepincangan yang dilakukan pemerintah sebelum itu.

Dalam teori revolusi yang diperkenalkan oleh Karl Marx, dalam masyarakat ini terdapat 3 jenis kelas sosial iaitu kelas atasan yang dikenali sebagai Bourgeoisie, kelas pertengahan, dan juga kelas bawahan yang dikenali sebagai Proletariat. 

Menurut teori ini kelas Proletariat yang pada asasnya sentiasa ditindas dari segi ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik bertindak menggulingkan golongan Bourgeoisie selaku penindas sekian lama. Manakala peranan yang dimainkan oleh golongan pertengahan pula adalah dengan memberi sokongan di antara kedua belah pihak yang dilihat dapat menguntungkan mereka.

Dalam heirarki kehidupan masyarakat, golongan Proletariat ini adalah rakyat majoriti yang mendominasi populasi masyarakat manakala golongan Bourgeoisie pula adalah populasi yang kecil yang sentiasa mempertahankan status quo mereka. Jadi dengan mengambil iktibar dan analisis daripada peristiwa2 yang berlaku maka dilihat rakyat lebih inginkan perubahan secara total baik dari segi kepimpinan, dasar mahupun pendekatan, bukanlah sekadar transformasi yang hanya dilihat sebagai idea untuk memancing hati rakyat agar memperoleh peluang kesekian berapa kali setelah peluang2 sebelum ini disia-siakan.

Jadi tidak hairan jika apa yang bakal berlaku di Malaysia pada pilihanraya umum ke-13 nanti rakyat memilih untuk melakukan reformasi berbanding mengekalkan transformasi yang dilaksanakan oleh Barisan nasional. Bukan bermaksud rakyat tidak menghargai perubahan ataupun transformasi yang dilakukan, tetapi transformasi semata-mata adalah tidak cukup. Transformasi dengan imej rasuah, penyalahgunaan kuasa, masalah ketandusan akhlak di kalangan pemimpin, ketidakadilan dalam masyarakat, ketidak seimbangan perolehan sumber negara dan sebagainya telah mencacatkan agenda transformasi Barisan Nasional. Oleh sebab itu rakyat memerlukan sebuah Pakatan harapan bagi melaksanakan Reformasi menyeluruh demi menyelamatkan negara Malaysia serta rakyatnya.

Selamat mengundi~ 




Thursday, March 28, 2013

Memerintah Selepas DUN Bubar?

DUN N9 terbubar secara automatik pada 27 Mac 2013. Menurut YAB Dato Seri Hj Mohamad, MB N9, yang terbubar itu adalah dewan DUN sahaja. Ini bermakna wakil2 rakyat atau ADUN yg terpilih semasa pilihanraya negeri yang lepas secara rasminya telah terbubar. N9 sekarang sudah tiada wakil rakyat tetapi digantikan dengan istilah lain iaitu wakil kawasan. Maksud yg sama dengan istilah berbeza. Mandat yg diberikan rakyat N9 telah tamat & sampai ke penghujungnya.
 
Kata beliau terdapat 3 badan dalam kerajaan iaitu perundangan, eksekutif dan juga legislatif. Dalam konteks ini, yang terbubar adalah kuasa Legislatif yg lebih sinonim dgn istilah wakil rakyat dengan fungsi mereka menggubal undang2 negeri.
 
Manakala, bagi kuasa Eksekutif ataupun Exco, pada pendapat beliau adalah masih berjalan dan berfungsi seperti biasa. Sebenarnya kita tidak boleh menganggap ianya sama seperti kerajaan yang sah seperti sebelum ini kerana N9 pada ketika ini hanya diterajui oleh kerajaan sementara yang bukan atas pengiktirafan rakyat.
 
Satu perkara yang kita perlu tahu bahawa sistem yang diguna pakai dalam negara kita adalah berasaskan Sistem Parlimen yg mana Eksekutif dan juga Legislatif adalah daripada individu yg sama.
Bermakna, seorang Ahli Exco negeri itu perlu bertanding dalam pilihanraya dan memenanginya atas pilihan rakyat dan menjadi wakil rakyat atau ADUN sebagai syarat utk beliau dilantik sebagai Exco. Maka secara asasnya, jika DUN terbubar maka wakil rakyat juga terbubar. Jika tiada wakil rakyat maka tiada seorang pun yg berhak dan layak  memegang jawatan sebagai Exco negeri termasuk jawatan Menteri Besar.
 
Berbeza dgn Sistem Presiden seperti yg diamalkan di Amerika yang menjadikan Eksekutif & Legislatif daripada org yg berbeza. Pilihanraya untuk memilih Presiden dan juga ahli parlimennya pun diadakan secara berasingan. Presiden Amerika sbg contoh secara jelas menjalankan peranan mentadbir negara sahaja, manakala ahli Parlimen ataupun Legislatifnya berfungsi secara jelas dalam membuat undang2 negara berkenaan. Oleh itu, jika parlimen di sana dibubarkan, jawatan Presiden sbg Eksekutif masih kekal dan tidak memberi apa2 kesan kerana beliau bukanlah seorang ahli Parlimen.
 
Jadi, kita sepatutnya tidak keliru dgn sistem yg diamalkan dalam negara kita. Oleh yang demikian sebagai pandangan akademik, saya bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan Prof Dr Aziz Bari yang mengatakan Kerajaan N9 yang terbentuk selepas tamat tempohnya ini adalah sebagai kerajaan haram yang bukan lagi atas mandat rakyat, yang sememangnya telah mengetepikan juga amalan demokrasi negara Malaysia.. Semoga sama2 kita ambil iktibar dan berharap kecelaruan dan kepincangan politik negara kita segera diselesaikan..Wallahua'lam~
 
 
Sumber: Facebook
 
 
 
 

Saturday, October 13, 2012

:::Dunia Baru:::

Alhamdulillah tamat juga pengajian di peringkat ijazah pertama ataupun Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusian dalam bidang Sains Politik. Alhamdulillah, kejayaan menamatkan pengajian ini lebih bermakna dengan saya berjaya memperoleh tahap Kepujian (Honours) dengan CGPA 3.53 sekaligus melayakkan saya mendapat anugerah Rector ataupun dalam penggunaan istilah lainnya adalah anugerah Naib Canselor, dan ia merupakan hadiah sempena hari lahir saya yang ke-24 yang berlangsung 2 hari sebelum majlis konvokesyen UIAM pada 7 Oktober yang lalu. 



 Bersama umi & Buyah yang tersayang


Bersama seorang rakan yang sangat hebat! 
Sekarang beliau salah seorang eksekutif di Petronas. Menjadi sumber inspirasi.. =D


Bersama ahli keluarga.. =)

Anugerah ini bukanlah berdasarkan pencapaian akademik saya semata-mata tetapi berdasarkan kepada penglibatan kokurikulum saya di peringkat kebangsaan juga. Syukur sangat-sangat.. =)

Kini saya berhadapan dengan dunia sebenar, dunia yang perlu saya lalui secara bersendirian dengan bantuan yang paling minimum daripada orang sekeliling. Cabaran semasa belajar dahulu lain dan ia berbeza dengan cabaran selepas belajar. 

Pelbagai tekanan  yang dihadapi seperti tekanan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan sesuai dengan diri, tekanan dengan rakan2 sebaya dan tekanan dalam melalui fasa hidup iaitu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan selepas tamat pengajian. Gaya hidup memang betul2 berbeza. Jika tidak kuat dalaman dan luaran, tekanan2 begini boleh menyebabkan kita hilang semangat dan silap hari bulan kena masalah mental, nauzubillah....
Sumber: Google image


Cabaran bagi mendapatkan pekerjaan adalah cabaran utama setelah tamat pengajian. Alhamdulillah setelah sebulan saya menganggur saya telah mendapat panggilan menghadiri temuduga di CIMB Bukit Damansara dengan jawatan sebagai Training Executive. Seminggu selepas temuduga tersebut saya mendapat panggilan  telefon mengatakan saya telah lulus temuduga dan mereka meminta saya supaya melapor diri secepat mungkin. 

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang melimpah ruah, daripada saat graduasi, anugerah yang diperolehi, ulangtahun hari kelahiran serta tawaran pekerjaan. Perasaan seronok dan berdebar mula menyelubungi diri. Manakan tidak, ini merupakan pekerjaan pertama saya selepas bergelar graduan, dan secara jujurnya pekerjaan tersebut tiada kena mengena dengan bidang yang saya pelajari semasa di universiti dahulu. Malah bidang kerjanya juga saya tidak tahu lagi.

InsyaAllah pada hari Isnin nanti iaitu 15 Oktober 2012 saya akan melaporkan diri di pejabat CIMB Bukit Damansara sekaligus memulakan hari pertama bekerja. Saya kerap kali memikirkan samada pekerjaan ini sesuai dnegan saya ataupun tidak. Jauh di sudut hati masih mengharap dan menantikan suatu yang lebih baik dan pekerjaan yang lebih stabil seperti jawatan dalam kerajaan terutama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41. Tapi jika tidak dapat menjadi PTD pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya dapat menjadi pegawai kerajaan pun saya dah bersyukur kerana bekerja dalam kerajaan ini peluangnya lebih cerah dan mempunyai kebaikan utk jangka panjang.

Walau bagaimanapun sebelum mendapat tawaran daripada mana2 jabatan kerajaan saya sepatutnya tidak mengabaikan kerja yang saya peroleh sekarang. Saya tidak patut membuat alasan untuk tidak komited dan tidak bekerja bersungguh-sungguh. Di mana pun kita berada kita perlu menjadi diri kita dan bekerja sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya sebagai bekalan pengalaman yang berguna jika ditawarkan dalam pekerjaan lain. Yang penting sentiasa optimis dan tidak lupa berdoa kepada Allah.. =)

Bagaimana pula soal kahwin? haha.. Perkara ini yang paling mengusutkan fikiran saya sejak bertahun-tahun lamanya hinggalah sekarang. Niat di hati ingin mendapat pahala berkahwin pada usia muda. Banyak sebabnya kenapa mereka yang faham agama ingin berkahwin di usia muda selain ingin mendapat pahala berkahwin di usia muda. Antaranya ialah ianya dapat melegakan tekanan diri kerana jiwa orang bujang ini sentiasa meronta lebih2 lagi jika hubungan itu berlandaskan syariat. Ia tidak seperti hubungan kapel yang lain yang menyebabkan pasangan tersebut bebas berjumpa, bebas meluahkan kasih sayang. Untuk berlaku adil maka Islam menggalakkan perkahwinan di usia muda secara tidak langsung dapat menghindarkan maksiat dan penyakit hati yang melalaikan manusia. 

Tapi itu mungkin hanya tinggal angan2 sahaja.  Ada sahaja halangannya hinggakan saya penat nak memikirkan tentang perkara ini. Mungkin ada hikmah di sebalik ni semua. Jadi saya ambil keputusan untuk memberi tumpuan pada kerjaya, bagi kesenangan dan keselesaan pada diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu. 













Sumber: Google Image


Saya dah tak kisah nak berkahwin bila2 pun. Ada jodoh adalah.. Memang seronok tengok seorang demi seorang kawan2 lain yang melangsungkan perkahwinan. Saya hanya menumpang gembira dan mendoakan kebahagian mereka.  Nak kata belum habis belajar, sesungguhnya saya sudah rasmi tamat pengajian. Jika nak kata tiada pekerjaan, saya juga sudah mempunyai pekerjaan. Nak kata tidak mampu, insyaAllah dengan gaji lulusan ijazah saya ini saya sudah mampu untuk berkahwin. Rakan2 saya semasa belajar di universiti dahulu yang belum bekerja pun mampu untuk berkahwin inikan pula jika sudah mempunyai pendapatan. 

Jika isunya adalah supaya membantu keluarga dahulu, pada pendapat, saya sebagai seorang anak lelaki sulung memang sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu keluarga dari sebelum saya berkahwin hinggalah selepas berkahwin. Memang sudah menjadi tanggungjawab anak lelaki terutama lelaki sulung untuk melakukan perkara yang demikian. Apa yang saya boleh katakan ialah mungkin belum sampai seru lagi untuk saya berkahwin ataupun ianya mengenai teka-teki jodoh yang sememangnya menjadi rahsia dan diluar jangkauan ilmu manusia.

Ini serba sedikit kisah "Dunia Baru" saya untuk setakat ini. Jika ada masa dan cerita menarik selepas ini saya akan sambung lagi.. Wallahua'alam~

Siru 'ala barakatillah..


Alhamdulillah! =D


Saturday, August 4, 2012

:::Pencak Silat UIAM Dalam Memori:::

Pada tanggal 29 Julai 2012 merupakan satu tarikh yang akan diingati kerana pada tarikh itu saya secara rasminya melepaskan jawatan sebagai kapten pasukan Pencak Silat UIAM setelah selama satu penggal (setahun) diamanahkan untuk memimpin pasukan itu. 

Alhamdulillah banyak kenangan, pengalaman dan pengajaran yang diperoleh sepanjang berada dalam pasukan pencak silat UIAM terutama sebagai ketua pasukan, lebih2 lagi kenangan sewaktu di penghujung tempoh iaitu membawa pasukan ke kejohanan MASUM Fasa II di UTHM Johor pada 13-19 Julai 2012 yang lepas. 

Dalam kejohanan MASUM tersebut pasukan Pencak Silat UIAM telah berjaya memenangi 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa sekaligus menjadikan satu-satunya pasukan yang menyumbang pingat terbanyak kepada UIAM dalam kejohanan MASUM 2012 dan lebih bermakna lagi kami telah berjaya membuka mata pihak pusat sukan UIAM kerana berjaya menyumbang pingat emas yang mana pada ketika itu prestasi pasukan lain seperti rugby, badminton, bola keranjang, dan lain2 semuanya agak merudum. Ini menjadikan UIAM hanya mampu mengumpul 3 pingat emas sahaja iaitu 2 pingat emas itu disumbangkan dari pasukan Pencak Silat UIAM. 

Inilah serba sedikit kenangan manis ketika memimpin pasukan Pencak Silat UIAM. Saat melepaskan jawatan dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada seorang rakan saya yang paling rapat (Sodiqin Masengat), hati terasa begitu sayangkan pasukan ini, sayangkan ahli2nya kerana keakraban kami sudah seperti sebuah keluarga besar kerana segala susah dan senang bukan sahaja dikongsi, malah telah kami laluinya bersama. 

Pertikaian, berselisih pendapat menjadi asam garam yang mengeratkan lagi tali ukhwah sesama kami. Tapi sudah tiba masanya untuk melepaskan mereka untuk bergerak di bawah pimpinan yang baru yg mana akan menjadikan pasukan ini lebih maju dan disegani, insyaAllah.. =)

3 Ogos 2012
Ingatkan setelah melepaskan jawatan maka segalanya sudah berakhir. Peranan sebagai ketua pasukan dan segala apa yang telah disumbangkan tidak pernah diharapkan dengan apa2 balasan. Tapi pada tarikh ini suatu yang mengharukan berlaku. Kami mengadakan iftar kecil-kecilan di kafe KAED (Kuliyyah of Architecture and Environmental Design) iaitu iftar kali kedua selepas majlis iftar dan majlis perletakan jawatan saya sebagai ketua pasukan, yang mana majlis iftar kali kedua ini dirancang oleh ketua pasukan baru bersama ahli2nya. Pada mulanya saya fikir iftar ini adalah biasa2 sahaja. Rupa2nya ianya telah dirancang hingga menjadi 1 majlis penghargaan kepada saya sebagai ketua pasukan sebelum ini. 

Apa yang membuatkan hati saya betul2 terharu adalah ketika mendapat 1 bungkusan hadiah yang tak pernah saya bayang dan harapkan daripada ahli pasukan. Ianya adalah sepasang kasut sukan berjenama NIKE bagi menggantikan kasut sukan saya yang sedia ada iaitu kasut sukan yang saya telah gunakan selama 2 tahun dan sudah secara jelas kelihatan kerosakan pada kasut tersebut. 

Rupa-rupanya mereka pun menyedari keadaan kasut sukan saya yang begitu uzur dan sepatutnya tidak digunakan lagi dan perlu digantikan dengan yang baru. Memang sudah lama nak beli sendiri cuma disebabkan masalah kewangan maka ditangguhkan dulu niat tersebut dan gunakan wang untuk perkara yang lebih berhak.

Mungkin bagi orang lain hadiah seumpama ini adalah biasa. Tetapi bagi saya ianya terlalu berharga kerana pemberian itu membawa maksud yang mendalam. Ia sebagai harapan menggunung dan sebagai tanda supaya pasukan ini sentiasa diingati.

Terima kasih kepada ketua pasukan yang baru, terima kasih kepada rakan2 semua. 

Persahabatan itu berlaku bilamana terdapat kerelaan pada kita untuk saling berkongsi suka dan duka bersama. Tapi pengalaman ini bukanlah sekadar persahabatan, malah lebih dari itu. Inilah yg dikatakan sebagai sebuah keluarga kerana kita bukan sahaja sekadar berkongsi suka duka, tetapi kita telah pun melaluinya bersama..

Dalam keluarga ini juga tidak terjalin persefahaman antara 2 pihak semata-mata, tetapi persefahaman yg wujud itu merangkumi setiap individu yg berada dalam keluarga besar ini.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama manusia. Pertikaian mahupun perbezaan pendapat yg ada selama ini merupakan rahmat untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita, maka hadapilah dengan hati yg terbuka.

Siapa pun kita sekarang dan masa hadapan jangan dilupakan keluarga ini yg sedikit sebanyak mengajar kita tentang "itu dan ini".

LOVE u guys!


 Gambar Kiri: Keadaan kasut sukan saya yang telah uzur.
Gambar kanan: Kasut sukan baru yang dihadiahkan oleh ahli pasukan saya. =')




 Hadiah-hadiah yang diberikan kepada saya: Kasut sukan NIKE, Keychain Adidas, dan Kad Ucapan yang ditandatangan oleh ahli beserta kata2 semangat dari mereka.. =)




Penyerahan hadiah dilakukan oleh kapten baru yang juga kawan rapat saya dalam pasukan 
(Sodiqin Masengat)
Masa ni saya dah basah kuyup sebab kena prang dengan belon air. Memang tak jangka yang mereka nak buat kejutan macam ni..huhu..




Mengimbau kenangan ketika sesi latihan sebelum ke MASUM 2012


 Mendengar amanat dari coach


 Sesi terapi di Hulu Yam





Kejayaan di MASUM 2012



Medalists UIAM (Pencak Silat) 


 Kontinjen Pencak Silat (No Pain No Gain!)



Perlawanan Peringkat Akhir (Bertemu Tuan Rumah UTHM)







Pencak Silat Team Grand Iftar


29 Julai 2012: Grand Iftar dan majlis perletakan jawatan dan penyerahan kuasa kepada kapten pasukan yang baru.. =)





Monday, April 16, 2012

:::Menitikberatkan Etika Dalam Media Untuk Tujuan Politik:::

Ini adalah komen ringkas berkenaan etika media dalam menyampaikan suatu mesej ataupun berita terutama mengenai politik. Bila menyebut tentang etika, ia berkait rapat dengan budaya sesetengah masyarakat. Ianya adalah mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam masyarakat tersebut atas sebab kebiasaan atau ritualnya seperti itu.

Sebagai contoh budaya di negara-negara Barat, kebebasan media adalah dititik beratkan atas faktor demokrasi yang diperjuangkan. Demokrasi yang terdapat padanya amalan kebebasan bersuara atau mengenengahkan pendapat menjadikan negara-negara Barat begitu sensitif terhadap pencabulan hak-hak kebebasan ini. Walaupun secara kasar ianya nampak begitu baik kerana media diberikan tempat yang seluas-luasnya dalam menyampaikan maklumat, tetapi malangnya ia juga menjurus ke arah mencabuli hak individu atau kumpulan yang lain. Kebebasan untuk membuat liputan ini adalah hingga merangkumi aspek peribadi seseorang sampaikan mengkritik keperibadian individu juga dibenarkan. Ia adalah merupakan "kebebasan dalam mencabuli hak privasi orang lain". Sehinggakan seorang ilmuan membawa datang suatu konsep "empowerment" yang mana beliau takrifkan sebagai "kemampuan melakukan sesuatu yang difikirkan baik". Hal ini adalah subjektif kerana belum tentu seuatu yang difikirkan baik oleh seseorang itu adalah juga baik kepada seseorang yang lain.

Kemudian kita lihat pula kepada konsep "ahimsa" yang dibawa oleh Ghandi dalam memperjuangkan hak masyarakat di India. Bersesuaian dengan adat ketimuran, ia begitu menjaga sensitiviti setiap individu dengan melarang penyerangan peribadi seseorang samada berbentuk fizikal mahupun emosi. Dalam konsep "ahimsa" ini juga menerangkan bahawa penderaan terhadap seseorang individu itu bukan sahaja berlaku pada apa yang kelihatan sahaja, malah ia juga diambil kira kepada kesan psikologi yang dihadapi seseorang itu jika pencabulan haknya dilakukan. Konsep ini begitu berbeza dengan budaya Barat yang sentiasa menjuarai amalan budaya mereka yang sentiasa dianggap paling betul.

Itulah dua contoh perbezaan budaya yang dapat kita lihat dalam penggunaan media. Saban hari kita sering terlihat laporan media terutama berkenaan politik semasa yang begitu lantang membuat liputan tanpa menghiraukan moraliti atau etika sepertinya tidak wujud satu garis panduan yang jelas dalam membimbing kepada arus yang satu.

Maka Islamlah yang sepatunya dijadikan tempat rujukan utama dalam menyelesaikan hal ini kerana Islam telah pun menggariskan panduan yang bersesuaian dengan semua masyarakat yang wujud. Islam secara moderate-nya tidak menentang amalan demokrasi iaitu kebebasan yang diperjuangkan, malah ia menyokong hak-hak manusia supaya sentiasa terpelihara dan tidak pula dieksploitasi dan dimanipulasi. Maka oleh itu Islam tidak juga menyokong sepenuhnya amalan tersebut seperti pemikiran Barat yang membenarkan apa sahaja yang difikirkan enak.

Tidak juga seperti konsep "ahimsa" yang langsung tidak membenarkan ruang untuk mengkritik individu kerana ingin menjaga perasaannya, tetapi Islam memperjuangkan keadilan sejagat yang membenarkan melaporkan dan mengkritik amalan-amalan atau tindakan ynag membawa kepada kezaliman dan merugikan umat keseluruhannya. Maka peranan media dalam Islam adalah perlu menghebahkan setiap kecurangan atau perkara sumbang yang dilakukan seseorang individu terutama pemimpin masyarakat.

Ia bukanlah dengan membuka aib tentang sifat buruk individu terbabit seperti suka bersembang, suka bermain video game dan sebagainya. Ia tidak boleh berkaitan dengan tabiat peribadinya, tetapi mestilah berkenaan dengan amalan yang mana jika dibiarkan akan merugikan umat yang lain atau menjahanamkan agama dan bangsa, sebagai contoh laporan mengenai pemimpin yang rasuah, penyelewengan kuasa dan kegagalan dalam mengurus tadbir negara dan kezaliman lain yang dilakukan.

Sebagai kesimpulannya, etika dalam media adalah sangat penting terutama dalam melaporkan tentang aktiviti politik semasa. Tetapi ia mestilah mempunyai suatu garis panduan yang jelas. Bukanlah semata-mata mengikut atau melakukan apa sahaja yang difikirkan baik, atau menutup mata terhadap kecurangan yang berlaku seperti apa yang ditekan dalam konsep "ahimsa" , tetapi Islam secara jelas membawa konsep Keadilan sejagat dengan menjaga hak-hak manusia yang lainnya dan memperjuangkan kebenaran dengan menolak amalan yang menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.



Sunday, March 18, 2012

:::Warkah Cinta Dari Ilahi:::

Tidak seperti hari-hari lain, hari itu aku agak sedih.  Fikiran bercampur. Tertekan dengan hal kesihatan, soal belajar kerana pergerakan terbatas dan sukar untuk pergi ke perpustakaan dan lab. Tidak ketinggalan juga dalam soal hubungan.

Semuanya seolah-olah menjadi penyebab kepada mainan perasaan aku. Aku cuba membanding-bandingkan diri dengan orang lain yang jauh lebih hebat, secara totalnya aku jauh ketinggalan di belakang mereka. Dari sudut hubungan sesama manusia, sudut ibadat dan kehambaan dan juga sudut2 yang lain, aku berasa aku begitu lemah. Maka hari itu seakan suram kerana terasa diri tidak mampu menghadapi cabaran dunia yang mendatang.

Lalu pada hari itu aku mendirikan solat 2 rakaat, mengadu pada Allah dan aku ulangi solat 2 rakaat itu setiap kali aku berasa lemah. Memang menjadi lumrah manusia, bila susah baru teringatkan Tuhannya. Tidak terlepas juga aku. Waktu senang jarang sekali "berkomunikasi" denganNya.

Selesai solat aku mengambil kitab suci al-Quran dan membacanya. Baris demi baris, ayat demi ayat aku baca dengan tartil. Hinggalah pada hari itu setelah selesai solat maghrib dan seperti biasa aku melakukan zikir munajat dan menyambung semula bacaan al-Quran demi mencari jawapan dan meminta petunjuk dariNya.

Sedang kusyuk membaca aku terhenti pada sebahagian ayat. Ayat yang berlainan pada setiap surah. Aku yakin Allah menunjukkan sesuatu pada aku.

Hati aku tersentuh disaat Dia membalas pertanyaan ku sebagai bukti cintaNya sebagai maha Pencinta. Ya, aku adalah hambaNya dan hanya perlu bergantung harap padaNya. Dia sentiasa membuka pintu-pintu taubat untuk hamba2Nya.

Tanpa aku sedar air mata telah pun bercucuran jatuh, menitis di atas "surat cinta" dari yang maha Agong itu, hingga kelabu jadinya dan tidak ternampak tulisan pada helaiannya disebabkan air mata yang memenuhi kelopak.

Selesai membaca aku merenung kitab suci itu sambil mengusapnya lembut. Dengan hati yang sayu aku bukanya kembali seolah-olah seorang kekasih yang sedang angau dek cinta, mendapat surat cinta daripada pasangannya dan membaca surat itu berulang kali. Tetapi ini cinta yang sejati antara Tuhan dan hambaNya. Cinta yang perlu diletakkan pada darjat yang tertinggi. Aku membuka pada halaman surah al-'Alaq dan ayatnya ku baca. Bermula dengan bacaan "iqra'", berguguran kembali air mata  aku yang mula kering dan terketar-ketar seluruh anggora badan kerana terasa hebatnya kuasa Allah yang menurunkan wahyu pertama itu kepada junjungan mulia kekasih ku Muhammad SAW. Tidak mampu rasanya untuk meneruskan bacaan kerana esakan seolah-olah menghukum diri yang selama ini penuh dengan kotoran dosa.

Ia kemudian seperti aku mendapat kekuatan dengan membaca ayat cinta pertama Tuhan kepada hambaNya yang bernama Muhammad SAW itu. Aku kagum dengan apa yang Dia kurniakan. Itulah jawapan cinta pertama oleh Allah kepada hambaNya. Sambil aku terkenangkan kepayahan dan pengorbanan Baginda SAW dalam menyebarkan "cinta" ini, aku sekali lagi berasa suatu kuasa yang memberi kekuatan pada diri aku. Mungkin pada ayat dan surah yang sama dapat memberi makna dan jawapan yang berbeza kepada setiap orang. Ia mengikut kepada apa yang diniatkan, wallahua'alam.

Untuk bahagia kita tidak perlu mengharapkan orang lain untuk membahagiakan kita. Hanya Allah sahaja yang mampu melakukannya.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali aku mengadu kepadaNya, pada hari itu Dia berbicara melalui warkah cinta yang sememangnya menjadi pengubat hati dikala duka..

:::Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul:::

Apa sangatlah ujian yang aku alami ini jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih hebat dugaannya. Itulah realitinya dan sebagai motivasi untuk kekuatan diri.

Ketika aku sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor, lokasinya di Pusat Kesihatan UIAM, kelihatan seorang lelaki bertongkat melangkah masuk dari pintu utama klinik. Dalam hati aku mengusik nakal; "eh, aku ada kawan juga!". Ini kerana aku juga bertongkat kerana mengalami kecederaan patah tulang metatarsal pada kaki kanan. Kemalangan itu berlaku ketika pertandingan silat di UKM Bangi pada 1 Februari 2012 yang lalu.

Lelaki itu terus menuju ke kaunter pendaftaran. Ketika itu aku amat terkejut kerana dia hanya mempunyai sebelah kaki sahaja. Dan aku membuat andaian, kemungkinan dia begitu memang sejak lahir lagi.

Setelah terdengar perbualannya dengan jururawat di kaunter pendaftaran, rupanya andaian aku silap. Sebenarnya dia telah mengalami kemalangan motorsikal 9 bulan yang lalu dan akibat daripada kemalangan tersebut dia kehilangan kaki kanannya!

Astaghfirullah.. Berulang-ulang kali aku beristighfar dan minta dijauhkan daripada kejadian seperti itu. Seorang yang dahulunya normal tapi akibat kemalangan, secara drastik dan tiba2 telah mengubah hidupnya. Itulah hakikat yang dia perlu terima sekarang. Aku bertongkat, dia juga bertongkat. Sekarang aku bergelar OKU, dia juga OKU. Beza antara kami ialah aku begini hanya sementara tetapi dia selamanya.

Aku tidak dapat bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku pada aku, Nauzubillah.. Aku melihat kesedihan pada raut wajahnya, tapi semangat untuk teruskan hidup menjadikan dia tabah dan dapat mengatasi kesukaran itu. Ya, ia tidak bermaksud kehidupan sudah berakhir tetapi ia merupakan  episod baru dalam hidupnya.

Semoga dia dan orang2 yang senasib dengannya terus diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh hari2 yang mendatang.

Pesanan buat diri juga semua, hargai diri dan bersyukur dengan nikmat Ilahi. Jika kita berasa kita telah diberi ujian yg dahsyat, maka ingatlah bahawa ada orang lain yang menanggung derita yang lebih hebat daripada kita.

Wallahua'lam~

Thursday, March 1, 2012

:::Peranan Kita Bersama:::

Ada seorang rakan menceritakan masalah peribadi dia kepada ana. Ianya berkenaan dengan konflit yang dia alami bersama tunangnya.

Di awal waktu perkenalan mereka begitu bahagia, tidak banyak perkara yang tidak disepakati. Akan tetapi setelah beberapa bulan bertunang dan saat hari pernikahan hampir tiba, hubungan mereka seolah-olah renggang. Ada sahaja perkara yang hendak bangkitkan. Ada sahaja yang tidak puas hati oleh kedua-duanya hinggakan dia terasa semakin jauh dengan tunangnya hingga menyebabkan mereka jarang berhubung berbanding dulu.

Ana memberi respon.. Kita perlu pandang musibah yang berlaku dari dimensi atau sudut pandang yang lain. Jika suatu masalah itu datang dan kita memandangnya sebagai benar2 masalah maka ia menjadi beban kepada diri kita yang akhirnya menjadikan kita buntu daripada menyelesaikannya.

Jadi dengan memandang sesuatu itu dari sudut yang lain akan membuatkan kita lebih terbuka, kreatif dan berfikiran jauh serta tidak mudah menyerah kalah kerana setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.

Sebagai contoh; terdapat 2 orang lelaki A & B yang memandang sekeping duit syiling 50sen. Lelaki A memandang sebahagian duit syiling tersebut dan hanya akan mampu melihat satu permukaannya sahaja iaitu ukiran nombor "50", beserta tahun pengeluarannya dan juga ukiran "bunga raya". Manakala lelaki B pula melihat ke atas sebahagian yang satu lagi maka akan kelihatanlah ukiran "Wau".

Jadi atas sebab lelaki A hanya melihat pada satu sudut pandang sahaja, maka dia tidak akan mempercayai apa yang disampaikan oleh lelaki B bahawa terdapat ukiran lain di belakang duit syiling tersebut, dan begitu jugalah yang berlaku kepada lelaki B. Masing2 ingin menegakkan pendapat mereka dan menafikan kewujudan maklumat yang lain kerana mereka tidak mahu memandang dari sudut yang lain.

Jika dilihat secara keseluruhannya, walaupun ia mempunyai 2 permukaan yang berbeza tetapi sebenarnya ia tetap berada pada 1 benda yang tidak dapat dipisahkan, iaitu sekeping duit syiling 50sen.

Ana beritahu dia bahawa ini adalah untuk dia lebih mengenali bakal isterinya nanti. Soal perkahwinan bukanlah perkara main2. Kita ingin mendirikan sebuah masjid yang padanya pahala dan sepanjang itu kita akan dapat menghasilkan pahala juga. Jika sebelum ini mereka kerap berhubung yang mana sudah pasti tidak terlepas daripada perkara2 lagha dan maksiat, jadi inilah masanya untuk mereka bermuhasabah dan perbetulkan kembali kerosakan yang mereka lakukan supaya hubungan mereka diredhai dan perkahwinan mereka nanti berada dalam keberkatan.

Kemudian soal toleransi. Sebagai seorang lelaki memang tidak dapat lari daripada ego. Tapi keegoan tersebut tidak semstinya menjadikan seorang lelaki untuk tidak bersikap toleransi terutama terhadap isterinya nanti. Toleransi itu perlu, dan itu bukan dayus! Dayus ialah bilamana suami membiarkan isterinya melakukan kemungkaran tanpa dia menegur, malah membiarkan sahaja.

Kepada wanita pula, jika pasangan anda bersikap toleransi, itu bermaksud dia mempercayai dan menyokong anda. Jadi jangan sesekali hilangkan keyakinan dia kepada anda. Jika pasangan anda menegur sesuatu yang baik, tidak salah untuk anda ikut. Anda perlu bersedia untuk berubah selagi mana ianya tidak menyalahi syarak. Adakah anda mementingkan kepuasan hati anda sendiri berbanding keharmonian rumah tangga walaupun dasar perselisihan adalah suatu yang boleh diubah.

Lelaki memang mempunyai sifat cemburu yang tinggi. Jadi pastikan ia sentiasa dalam keadaan terkawal supaya kita dapat bertindak di bawah rasional dan menjadi professional. Selain itu bukan wanita sahaja yang perlukan perhatian yang tinggi daripada suami, tapi suami juga memerlukan perhatian yang tinggi daripada isteri, hinggakan si suami itu akan bertindak seperti anak kecil yang inginkan perhatian isterinya. Sebab itu jika kita lihat rumah tangga yang bergolak kebanyakannya kerana perhatian yang kurang diberikan oleh kedua-dua pasangan yang akhirnya membawa kepada ketidak sefahaman, nauzubillah...

Jadi perancangan awal sebelum mendirikan rumah tangga adalah penting. Selain itu sentiasa bersikap positif dan bersedia menerima pandangan dan nasihat daripada pasangan. Jadilah suami yang baik yang dapat memimpin isteri dan anak2 ke jalanNya. Dan isteri pula perlulah bersedia menjadi sayap kiri yang solehah, taat kepada suami, bukan memeningkan kepala suami,huhu.. Wallahua'lam~

Wednesday, January 25, 2012

:::Persoalan Terjawab:::

Alhamdulillah, setelah sekian lama berada dalam kekeliruan untuk mengetahui kebenaran dalam tindakan sesebuah jamaah Islam, akhirnya ianya terungkai juga. Perkara yang menjadi kekeliruan tersebut adalah berkenaan menjalankan satu kemungkaran dalam gerak kerja dakwah. Kemungkaran yg bagaimana? Sukar untuk mendefinisikan maksud kemungkaran tersebut, tapi yg pasti ianya sepatutnya mestilah hanya bersifat sementara sahaja.

Pernah sebelum ini ana bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus tentang hukum melakukan provokasi politik melalui fitnah terhadap pihak lawan, tetapi persoalan ana itu tidak dijawab. Ana hampir ingin melupakan terus tentang itu. Tetapi dengan kuasa Allah, Dia tidak mahu ana terus berada dalam keadaan kekeliruan dan bersangka buruk dengan jamaah yang ana dokong sekarang ini.

Maafkan ana. Sebelum ini ana tersalah anggap kepada mereka kerana tindakan mereka yang melakukan provokasi dengan memfitnah pihak lawan demi merealisasikan matlamat mereka. Allah itu Maha Besar dan Mengetahui apa yg dihajatkan oleh hambaNya. Jika kita berusaha mencari kebenaran maka Dia tunjukkan jalan ke arah itu. Terima kasih kepadaNya kerana menghadirkan seorang insan yang menjadi penyebab kepada ana untuk mendapat jawapan bagi persoalan tersebut.

Mana tidaknya, dengan ilmu yang cetek ana berpegang secara membuta terhadap ayat Quran yang menyatakan "fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh." dan hukumnya adalah haram tanpa melihat pada sudut yang lain. Ilmu Allah itu luas. Ada hikmah di sebalik apa yg berlaku. 

Sebagai contoh:
1. Pihak A memfitnah peribadi seorang INDIVIDU dari pihak lawan(e.g: Pemimpin kumpulan terbabit) dengan tujuan untuk ia kekal berkuasa dan dapat menyembunyikan korupsi dan kezaliman yg ia lakukan selama ini. Maka perbuatan fitnah ini HARAM kerana ia melakukan kemungkaran demi mempertahankan kemungkaran yg ia lakukan secara kekal abadi.

2. Pihak A melakukan fitnah terhadap suatu kumpulan secara amnya tanpa melibatkan peribadi individu2 tertentu supaya sokongan terhadap kumpulan tersebut berkurangan demi untuk menjatuhkan kemungkaran dan kezaliman yg berlaku dan dengan tujuan menaikkan agama Islam dan membawa keadilan kepada masyarakat seluruhnya. 

-Maka perbuatan ini adalah HARUS dengan syarat ianya bersifat sementara kerana mengikut maslahah keadaan ketika itu. Ini bersesuaian dengan satu kaedah Hukum Fiqh (Qawaidul Fiqh) dalam perkara cabangnya yang membawa kepada pendekatan "Melakukan kerosakan yang bersifat sementara dibolehkan demi untuk mendapatkan kebaikan yang bersifat kekal abadi." (Rujuk "Fiqh Keutamaan" karangan Sheikh Yusof al-Qardhawi). 

Sama juga dengan perbuatan berdakwah melalui hiburan dengan menggunakan alat muzik seperti gitar dan drum. Hukum asalnya adalah haram kerana boleh menjerumus kepada kelalaian dan maksiat. Tetapi atas faktor muda-mudi sekarang ini yang lebih tertarik dengan hiburan seperti itu, maka dakwah untuk menarik mereka kepada Islam perlulah dilakukan dengan bijaksana.

Berdakwah menggunakan alat2 muzik seperti yang dinyatakan seperti di atas dibenarkan sehingga tercapai tujuan dakwah tersebut. Jika objektifnya tercapai maka perlu ditinggalkan semula alat2 muzik tersebut dan kembali kepada hukum asal.

Alhamdulillah kini ana sudah paham tentang tindakan yang mereka lakukan. Jadi ana ingin nasihatkan kepada sahabat2 seperjuangan ana sekalian, antum perlu tahu apa yang antum lakukan. Jika terdapat kekeliruan dalam suatu gerak kerja itu, janganlah mengikutnya secara membuta tuli, tetapi antum perlu jelas dengan perlakuan yang antum lakukan. 

Jangan memberi jawapan "walak dengan pimpinan", jangan beri jawapan "kita perlu thiqah dengan pimpinan". Semua ini memang kita semua sudah tahu. Tapi kita perlu jelas dengan hujah2nya mengapa kita perlu lakukan sedemikian rupa supaya orang2 seperti ana tidak lagi keliru dan berburuk sangka dengan jamaah. Jadi inilah jawapan mengapa kita dibolehkan melakukan perbuatan seperti itu. 

"MELAKUKAN KEROSAKAN YANG BERSIFAT SEMENTARA ADALAH DIBOLEHKAN DEMI UNTUK MENDAPATKAN KEBAIKAN YANG KEKAL ABADI (menegakkan Islam)."

Walau bagaimanapun ianya tidak sama dengan konsep yang dibawa oleh seorang tokoh yang bernama Macheaveli yang mana beliau berpendapat suatu matlamat menghalalkan cara. Ini bermaksud kita boleh melakukan apa2 sahaja demi mencapai tujuan.


Konsep ini secara jelas adalah salah kerana ia tidak meletakkan jenis tujuan ataupun matlamat yang ingin dicapai itu dan ia disandarkan kepada kepentingan individu2 tertentu. Selain itu konsep ini diguna pakai dalam apa2 bentuk keadaan sekalipun tanpa melihat kepada keperluan ianya dipraktikkan. 


Kaedah fiqh yang kita amalkan ini sebenarnya adalah dengan melihat matlamat kita itu adalah untuk mencapai kebaikan yang abadi iaitu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, bukannya untuk kepentingan peribadi seseorang. Selain itu ia perlu mengambil kira keperluan melaksanakannya. Tidak bolehlah melaksanakannya dengan mengikut emosi dan telunjuk nafsu. 


Sama seperti jihad mengangkat senjata. Jika terdapat cara lain yang lebih berkesan untuk berjihad maka ambilllah wasilah tersebut. Jihad mengangkat senjata adalah jalan terakhir sekiranya pintu2 perdamaian telah tertutup ataupun jika umat Islam tidak lagi diberi peluang untuk berdakwah selain dengan berperang di medan perang.


Jadi berkenaan dengan amalan ini, terdetik pula di hati ana tentang keperluan ianya dilakukan di peringkat kampus. Adakah begitu teruk keadaan di kampus sehingga menyebabkan kita mengambil pendekatan tersebut? Sama-sama kita renungkan.

Apa yang baik untuk Islam ana terus menyokong antum. Berselisih pendapat itu merupakan suatu hikmah dan rahmat supaya kita lebih membuka mata dan peka dalam hal2 agama. Wallahua'lam~



Tuesday, January 24, 2012

Ogos atau Januari?

Tarikh yang tepat untuk ana abis pengajian dan menjadi graduan UIAM masih menjadi teka-teki. Ini kerana terdapat masalah2 yang menyebabkan perancangan ana terganggu. Maklumlah, tiada satu pun perancangan manusia yang sempurna. "Manusia merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih teliti."

Jika lihat pada "study plan", sepatutnya ana boleh tamat pengajian, insyaAllah pada bulan Ogos 2012 ini iaitu pada semester pendek untuk sesi pengajian 2011/2012. Tapi baru-baru ini ana dengar pihak pentadbiran UIAM nak memansuhkan semester pendek. Bagi ana mungkin bukan secara drastik. Barangkali ianya dilakukan berperingkat. Cuma masalahnya terdapat khabar2 angin mengatakan jabatan Sains Politik iaitu kursus bagi bidang pengajian ana akan menguatkuasakan peraturan tersebut tidak lama lagi.

Ana sendiri tidak pasti sejauh mana benarnya khabar angin tersebut. Jika ianya dikuatkuasakan maka tak dapatlah ana abiskan pengajian pada bulan Ogos ni, sebaliknya terpaksa melanjutkannya pada semester panjang yg baru iaitu bermula pada bulan September 2012 hingga Januari 2013. 

Allah...Jika beginilah jadinya lama sungguh nak tunggu.. Terpaksa buat "back up plan" sebab dah tentu akan memberi kesan terhadap perancangan2 awal ana. Nak bekerja, nak bernikah, nak itu, nak ini..bla bla bla..huhu..

Takpe lah.. Dia tahu apa yg terbaik untuk diri kita. Moga dipermudahkan perjalanan kehidupan ini. 

Cepat atau lambat, tetap akan abis nanti, insyaAllah.. 


Friday, January 20, 2012

:::Menghayati Kehidupan Beragama:::

Bismillahirrahmanirrahim.. Entry kali ini berkenaan tentang "Menghayati Kehidupan Beragama dari surah al-Kahfi menerusi teori "Iceberg" adalah ringkasan daripada kuliah online yang disampaikan oleh Ust Hasrizal Abdul Jamil. Secara ringkasnya ialah;

Surah al-Kahfi mengandungi banyak hikmah yang terdapat padanya. Salah satunya ialah ia membawa kita mengenal Allah dan supaya kehidupan kita lebih bermakna sebagai seorang muslim. Bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan haji, tetapi ianya lebih daripada itu.

Sebagai seorang Muslim kita perlu memandu kehidupan kita ke arah mencapai mardhatillah. Kita tidak memisahkan hal urusan dunia dengan akhirat ataupun hal agama. Setiap yang kita lakukan mestilah dalam ruang lingkup agama Islam itu sendiri.

Ini dapat mengelakkan kita daripada terjerumus kepada amalan "materialisme" yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat hari ini. Materialisme bukanlah bermaksud kita hanya mengejar harta, wang ringgit dan memandang semuanya untuk memperoleh keuntungan. Tetapi maksud materialisme itu adalah dengan memisahkan hal2 agama dengan hal2 dunia. 

Ramai antara kita hari ini hanya berinteraksi dengan Allah melalui solatnya sahaja, sesudah solat ibarat sudah terputus hubungan tersebut dan menjalani kehidupan seperti biasa. Maka kehidupan seperti ini kita boleh katakan sebagai kehidupan materialisme

Untuk mengelakkan perihal ini daripada berlaku kita mestilah melibatkan nilai Islam dan juga Allah dalam urusan seharian kita. Apa yang kita lakukan mestilah disertakan dengan niat keranaNya barulah perjalanan hidup kita terbimbing ke jalan yang lurus dan tidak terpesong daripada landasan agama.

Mungkin ramai yang menganggap memisahkan agama dengan urusan dunia termasuk di bawah kategori 'sekularisme". Benar, sekularisme juga bermaksud memisahkan urusan agama dengan urusan dunia. Tapi ianya lebih kepada memisahkan urusan politik dengan agamaSekularisme boleh dikatakan sebagai cabang kepada materialisme. Sama tapi tak serupa..

Jadi ana ringkaskan teori 'Iceberg" yang diperkenalkan oleh Ustaz Hasrizal sebagai satu kaedah supaya kita lebih dapat memahami dan menghayati kehidupan beragama dengan seperti berikut;

1. Bermula dengan mengenal pasti pegangan aqidah iaitu agama Islam kita sendiri memudahkan kita membuat hala tuju kehidupan ini. 

2. Kemudian menanamkan prinsip atau pandangan hidup supaya selari dengan tuntutan Islam.

3. Seterusnya dengan prinsip atau pandangan hidup yang jelas maka kita berusaha merealisasikannya melalui nilai yang kita letakkan terhadap sesuatu itu.

4. Melalui nilai tersebut ia membawa kepada pengamalan yg mana tindak tanduk kita sebagai refleksi daripada keseluruhan "aqidah, prinsip dan nilaian kita terhadap sesuatu itu".

Maka dengan menghayati kehidupan beragama secara tidak langsung dapat memuhasabahkan diri kita. Perbaikilah diri dan libatkan Allah dalam setiap urusan pekerjaan kita, insyaAllah ianya lebih bermakna~




Wednesday, January 18, 2012

:::Kenali Mad'u:::

Mesyuarat kawasan yang berlangsung malam tadi sepatutnya hanya di kalangan pemuda di Majlis Tindakan Dun (MTD) Ayer Molek. Sejak dah merantau ke luar ni agak kurang menyertai aktiviti2 dan mesyuarat di tempat sendiri. Jadi peluang cuti semester ni dapatlah menyertai mereka mana yang termampu.

Berbalik kepada cerita asal. Seperti yang diberitahu pada mulanya mesyuarat tersebut hanya di kalangan pemuda. Akan tetapi disebabkan terdapat perkara penting yang nak dibincangkan berkenaan gerak kerja menghadapi pilihanraya yang berkemungkinan berlaku pada bila2 masa sahaja, jadi ianya turut dihadiri daripada seluruh peringkat termasuk wakil daripada muslimat kawasan.

Di penghujung mesyuarat tersebut seorang hamba Allah berpangkat "pakcik" telah menyuarakan berkenaan mengenal pasti komuniti kita. Siapakah orang ataupun masyarakat sekeliling kita yang kita hidup sekarang ini. Kita tidak boleh pukul rata! Mereka terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza. Ada yang tinggi ilmu agamanya, ada pula yang kurang. Ada yang tua dan ada juga yang muda. 

Jadi atas faktor ini kita sebagai da'ie perlu menitik beratkan method dakwah yang berkesan supaya maklumat ataupun dahwah yang ingin disampaikan menyeluruh dan berkesan. Satu perkara yang ditekankan berkenaan ini adalah tentang penggunaan bahasa yang mudah difahami ketika berhujah ataupun berceramah.

Lebih2 lagi di kawasan ini ramai di kalangan orang2 tua yang tidak tinggi pendidikan mereka ditambah lagi kebanyakan tempat di kawasan ana adalah di kampung2 yang mana mereka sukar untuk mendapat maklumat selain bergantung kepada media arus perdana.

Jadi penggunaan bahasa dan perkataan ketika menyampaikan maklumat samada berbentuk lisan ataupun tulisan perlulah bersesuaian dengan kapasiti mereka kerana mereka lah mad'u kita. Jika mereka tidak paham akan apa yang hendak disampaikan tidak bermakna apa2 dakwah yang kita lakukan. Jadi rendahkanlah diri kita, buang segala ego. Kita perlu tunjukkan bahawa kita adalah golongan yg terdidik, tetapi gunakan kecerdikan dalam menghadapi komuniti yang berbeza ini.




Inilah pesanan yang menarik perhatian ana. Kadang2 kita terlepas pandang akan perihal ini. Kita menganggap setiap orang mempunyai kapasiti intellektual yang sama. Kita tidak memikirkan perasaan mereka yang mungkin akan terguris jika kita tidak meletakkan diri kita dalam keadaan mereka.

Ini merupakan peringatan buat diri dan untuk sahabat2 yang lain. Sama2 kita betulkan niat dan moga mendapat keredhaan Allah. 

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu "perniagaan" yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman dengan Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya." (As-Sof: 10-11)


Tuesday, January 17, 2012

:::Hidup Berlandaskan Syariah:::

Sebagai seorang Muslim kita perlu tahu tentang perkara yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita yang memandu kita atas landasan yang betul. Dalam istilah yang tepat ianya disebut sebgai "maqasid al-syariah" yang mana padanya terdiri daripada 3 bahagian iaitu Dharuriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat.

Pada bahagian yang pertama iaitu Dharuriyyat (penting) yang mana ianya suatu yang wajib dipertahankan. Ia mengandungi persoalan tentang menjaga hak2 kemanusiaan dan juga melindungi manusia daripada kecelakaan. Jika ianya ditinggalkan atau diabaikan maka akan mengundang kepada kerosakan dalam hidup dan membawa kepada kebinasaan. 

Dalam Dharuriyyat ini ia dipecahkan pula kepada 5 perkara yang wajib dijaga dalam kehidupan manusia yang dikenali juga sebagai al-Dharuriyyat al-Khamsah, iaitu:
1) Pemeliharaan agama
2) Pemeliharaan diri
3) Pemeliharaan maruah
4) Pemeliharaan akal
5) Pemeliharaan harta 

Kelima-lima perkara ini menjadi asas kepada keharmonian dalam kehidupan manusia dan Islam menuntut supaya ianya dipelihara kerana pengabaiannya membawa kepada kebinasaan dalam kehidupan yang normal.

1. Pemeliharaan Agama
Islam menuntut kita supaya memelihara agama yang ada pada kita. Ianya dengan cara mendalami ilmu2 agama serta mengamalkannya dalam kehidupan. Selain itu juga memelihara agama bermaksud kita mempertahankan agama Islam daripada dicabuli oleh pihak asing. Kita mempertahankan negara daripada dijajah serta berusaha mendaulatkan syi'ar Islam di muka bumi ini.

2. Pemeliharaan Diri
Memelihara diri bermaksud melindungi diri kita daripada perkara2 yang merosakkan diri kita. Kita dilarang daripada terjebak dalam aktiviti yang memudaratkan diri serta kesihatan kita. Selain itu kita perlu faham tentang konsep kehidupan yang mana kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah. Dialah yang memberikan kehidupan kepada kita maka kita tiada hak untuk menyakiti diri sendiri, membunuh diri ataupun membunuh orang lain. 

Oleh sebab itu dalam Islam terdapat hukuman bagi orang yang melakukan pembunuhan dengan dikenakan Qisas dan bagi sesiapa yang membunuh diri pula maka adalah berdosa besar dan tempatnya adalah di neraka.

3. Pemeliharaan Maruah
Dalam Islam ianya adalah sangat penting untuk menjaga maruah diri dan orang lain. Kita perlu mengelakkan daripada melakukan perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah sendiri dan juga tidak dibenarkan membuka aib orang lain.

Jika kita menjaga aib orang lain sudah pasti aib kita juga akan dijaga. Begitu juga kita tidak dibenarkan membuka aib sendiri sehinggakan disebut dalam 1 hadis, ana x berapa ingat tapi mafhumnya ialah jika telah melakukan sesuatu yang tidak elok maka pada keesokan harinya selepas bangun daripada tidur kita menceritakan perihal kejahatan yang dilakukan seolah-olah kita berbangga dengan perbuatan itu maka kita telah membuka aib kita sendiri, dan ianya dikira sebgai dosa besar.

Sama juga dengan menyebarkan fitnah. Menyebarkan fitnah adalah berdosa besar dan hukumnya adalah lebih dahsyat daripada membunuh. Lihatlah betapa telitinya Islam menjaga dan melindungi maruah setiap manusia, maka peliharalah ia.

4. Pemeliharaan Akal
Otak merupakan organ yang penting pada tubuh badan manusia. Pada otak terdapat akal yang membezakan manusia dengan haiwan yang menjadikan manusia itu mampu berfikir dan bertaakul tentang kebesaran Allah dan dapat memilih antara yang baik dan jahat.

Islam melarang segala aktiviti yang membawa kepada kerosakan akal seperti meminum arak dan mengambil dadah. Dalam al-Quran juga ada menyebut tentang pengharaman meminum arak dan hukuman baginya adalah hudud dengan 80 kali sebatan.

Jika seseorang itu rosak akalnya maka tidak kurang ia seperti haiwan dan akan menjerumuskan dirinya kepada perlakuan yang tidak rasional. Itulah sebabnya melindungi akal menjadi perkara yang penting dan wajib dipelihara dalam maqasid syariah ini.

5. Pemeliharaan Harta
Islam juga menganjurkan supaya kita melindungi harta. Melindungi harta yang dimaksudkan adalah dengan memastikan harta kita berpunca daripada sumber yang halal. Ia tidak datang daripada sumber yang haram ataupun yg meragukan iaitu syubhah. 

Maka dengan itu amalan-amalan seperti rasuah, mengambil riba' dan juga mencuri adalah dikira haram. Ini bertujuan untuk menjaga kesucian harta kita dan bebas daripada kekotoran yang akhirnya disebabkan harta yang kotor melahirkan generasi yang tidak bermoral.

Selain itu memelihara harta juga adalah dengan tidak menceroboh hak orang lain. Adalah menjadi kesalah jika kita mencuri ataupun merampas harta orang lain tanpa hak.


Pada bahagian kedua dalam maqasid al-syariah iaitu Hajiyyat yang mana ianya adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada manusia. Perkara ini amat digalakkan untuk dilakukan bagi mengelakkan kesulitan dalam melalui aktiviti2 harian kita. Jika ianya ditinggalkan tidak pula membawa kepada kebinasaan sistem sosial manusia, tetapi cuma membawa kepada kesusahan dan menjadi beban.

Islam itu mudah, maka dibawa kepada kita berkenaan rukhsah. Rukhsah bertujuan memudahkan manusia terutama muslim dalam beribadah dengan melonggarkan kaedah perlaksanaannya. Sebagai contoh adalah solat.
Jika seseorang itu sedang bermusafir maka rukhsah baginya untuk membuat solat jamak dan qasar.
Begitu juga dengan wuduk iaitu bila tidak terdapat air selepas puas mencari maka kita dibolehkan untuk bertayammum. 

Perlu ditegaskan bahawa Hajiyyat ini merupakan suatu pilihan bagi memudahkan urusan seharian kita. Jika ianya tidak diambil maka akan membawa kepada kesulitan dan tidak pula hingga membawa kepada kebinasaan hidup.


Perkara terakhir dalam maqasid al-syariah ialah Tahsiniyyat iaitu sesuatu yang bila dilakukan membawa kepada keadaan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Dengan melaksanakan tahsiniyyat ia membawa keselesaan dalam kehidupan kita dan jika ditinggalkan kita sekadar berasa kurang selesa dan tidak membawa kepada apa2 kesusahan dan tidak mengundang kebinasaan dalam sistem sosial manusia.

Contoh terbaik bagi tahsiniyyat adalah berkenaan dengan menjaga kebersihan. Islam menganjurkan ummatnya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih baik pada tubuh badan, tempat tinggal mahupun tempat ibadat.
Dengan menjaga kebersihan kita dapat beribadah dan melakukan aktiviti harian dengan lebih selesa.


Inilah dia tiga tujuan syariah ataupun maqasid al-syariah yang memandu kehidupan manusia supaya lebih teratur dan sentiasa berada pada landasan yang betul. Jadi jika ditinggalkan salah satu daripadanya maka kehidupan kita akan menjadi tempang, lebih2 lagi berkenaan dengan perkara Dharuriyyat yang mengandungi perkara2 penting kehidupan yang wajib dilaksanakan bagi mengelakkan kebinasaan dalam sistem sosial manusia dan yang paling penting bakal mengundang kemurkaan Allah.. Nauzubillahi min zalik.



* Ini sekadar perkongsian daripada secebis ilmu yang diperoleh sepanjang 1 semester yang lepas. Moga mendapat manfaat dan sama2 hidup berlandaskan syariah.. Wallahua'lam~