Friday, July 10, 2015

:::Memenangi Perlumbaan Masa:::

Pepatah Arab ada menyebut bahawa "masa" itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita.
Dalam al-Quran juga ada satu surah mengenai masa yang mana dalam surah al-'Asr, Allah telah bersumpah "demi masa" yang menggambarkan betapa pentingnya makhluk bernama "masa' tu terhadap manusia. "Masa" memang memberi pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan manusia terumat mereka yang mahu membuktikan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Masa sering dikaitkan dengan disiplin. Orang yang menepati masa biasanya dikategorikan sebagai seorang yang kuat disiplin dirinya. Malah, ramai yang tak sanggup menyertai bidang ketenteraan kerana menganggap tahap disiplin yang diterapkan dalam tentera terutama soal masa adalah begitu tinggi sehingga merasakan dirinya tidak mampu ikut.

Sebenarnya hal disiplin terutama pengurusan masa ni takde kaitan pun samada korang tentera ataupun orang awam. Selagi mana korang bergelar Muslim memang wajib ada sifat untuk menepati masa dan berdisiplin dalam setiap pekerjaan yang dilakukan..

Kalau kita tengok orang2 yang berjaya semuanya adalah mereka yang sangat hormat dengan masa. Hormat dengan masa maksudnya tidak membazir masa dengan perkara tidak berfaedah dan sangat menepati masa. Orang yang hormat dengan masa bererti dia menghormati hak orang lain. dan biasanya orang ini akan disegani oleh orang sekeliling.

Sebagai seorang ketua, lebih-lebih lagi bergelar muslim yang mukmin, cubalah berusaha untuk memenangi dalam "perlumbaan masa". Memenangi perlumbaan masa bukan bermaksud kita berlumba sesama kita. tetapi berlumba dengan masa itu sendiri melalui pengurusan masa yang baik

Sebagai contoh, jadilah orang yang terawal hadir sekiranya membuat temujanji, dan dalam masa yang sama mampu memperuntukkan masa untuk orang lain supaya mereka gembira ketika berurusan dengan kita. Memenuhi masa dengan perkara-perkara berfaedah sambil membuat perancangan aktiviti untuk masa seterusnya. Lihatlah betapa besarnya pengaruh masa dalam kehidupan kita sehingga dengan masa itu sendiri menjadikan kita mampu untuk menguruskan hal-hal di masa hadapan. Oleh itu, hanya dengan semua ini kita telah mampu memenangi perlumbaan masa.

Wallahua'lam~





No comments:

Post a Comment