"Kalaulah akak ada adik perempuan dah lama akak lamar kau bagi pihak dia..." Kata seorang staf CIMB Bank yang berpangkat 'kakak' kepada aku. Aku hanya panggil dia dengan panggilan "Kak Lin".
Waktu tu baru sebulan aku bekerja di sana. Kami bekerja dalam sebuah kumpulan kecil yang terdiri daripada sembilan orang ahli, iaitu empat lelaki dan lima wanita.
Kesemua kami datang daripada pelbagai latar belakang. Begitu juga aku.. Hanya menjadi diri sendiri.. Mungkin kerana keadaan diri yang agak "innocent", mengamalkan integriti yang tinggi, tegas serta ramah dengan rakan pasukan serta pembawakan tarbiah "Universiti Islam" maka aku dilihat sebagai seorang yang berbeza daripada orang lain.
Kak Lin antara orang yang paling rapat dengan aku, walaupun di pejabat ada segelintir staf yang tidak selesa dan kurang suka dengan sikapnya. Tetapi aku tak hiraukan cakap2 orang. Aku lebih suka berkawan daripada bermusuh. Sepanjang sebulan aku di situ hubungan aku dengan pekerja2 lain juga sentiasa baik, alhamdulillah..
Cumanya dengan Kak Lin, beliau selalu bawakan aku makanan sperti kek, durian crepe, dan masakan2 lain yang dibawa dari rumah.. Nyum3... Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Lebih-lebih lagi aku hidup membujang dan kalau nak makan biasanya aku tapau je dekat kedai makan.
Mungkin melihatkan keadaan aku berkelana seorang diri berjauhan dengan keluarga maka Kak Lin secara berseloroh mengatakan ingin melamar aku jika dia mempunyai adik perempuan. Hakikatnya tiada..haha..
Aku pun tersipu-sipu macam kerang dan siput yang menyusur perlahan meninggalkan ofis untuk keluar rehat..... ^_^
-
-
-
-
-
-
-
-
Dalam cerita yang lain pula ialah ketika aku mengadakan lawatan ke salah sebuah cawangan CIMB Bank di ibu kota. Memang menjadi tugas aku untuk melawat ke cawangan-cawangan CIMB sekitar Kuala Lumpur bagi membuat laporan prestasi bagi tujuan latihan pekerja.
Jadi di sebuah cawangan ni semasa aku ingin pulang ke ofis di Bukit Damansara, aku sempat berbual dengan driver ofis tersebut. Aku pun tak ingat namanya, tapi umur dalam lingkungan lewat 40-an. Banyak yang kami bualkan. Antara soalan yang diajukan kepada aku ialah 'sudah berapa lama kerja?", "berasal dari mana?", "study dulu belajar bidang apa?" dan macam2 lagi.. Dia pun ada menceritakan mengenai keluarga dan anak-anaknya.
Tiba-tiba dia tanya aku samada sudah berkahwin ke belum? Aku pun jawablah belum..
Kemudian dia tanya, "Nak tak kalau pakcik kenalkan dengan anak pakcik..?"
Erk.... -.-"
"Anak pakcik ni janda. Pernah berkahwin dan ada seorang anak. Umur 28 tahun. Muka memang cantik macam Erra Fazira, tapi anak pakcik pakai tudung.." Sambung pakcik tu lagi..
Aku terdiam tanpa mampu membalasnya.. Sampai je ofis sekali lagi aku menyusur dengan tenang seperti siput yang tidak tahu apa yang berlaku sebentar tadi....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masih di ofis yang sama iaitu di CIMB Bank. Kali ini seorang staf lain tapi merupakan ahli kumpulan kami juga. Dia lebih mesra dengan panggilan Elly. tapi untuk adik-adik bawahan macam aku ni panggil Kak Elly la.. Dia sudah bertunang. Tapi dengar-dengar cerita dia ada masalah dengan tunangnya.
Dua minggu terakhir sebelum aku menamatkan perkhidmatan di CIMB, Kak Elly datang jumpa aku dan beritahu yang dia dah putus tunang. Dia ceritalah masalah dia tu sampailah mereka putus. Dia kata kebetulan sejak aku mula-mula kerja dulu dia macam dah ada feeling kat aku.. Dia harap aku dapat terima dia.... Arrghh... dalam hati aku, "kenapalah semua ni beraku...???"
Tapi alhamdulillah aku menolaknya dengan baik. Tapi still dari segi layanan dan gerak gerinya membuatkan aku tidak selesa. Mujurlah sudah minggu-minggu terakhir. Tiba masanya aku pun tinggalkan CIMB dan berpindah ke RHB Bank... phew..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lamaran terhadap diri aku tidak berakhir di CIMB.. Seolah-olah terkena sumpahan.. Nauzubillah tapi (Alhamdulillah juga..hehe).. Di RHB pun aku mengalami perkara serupa.
Di RHB aku bekerja di sebuah cawangan kecil yang mempunyai pekerja seramai lapan orang sahaja. Disebabkan bilangan kami yang sedikit maka hubungan kami juga rapat. Aku ada seorang rakan yang agak rapat di situ. Nizam namanya dan memang aku akui Nizam ni baik orangnya.. Boleh dikatakan masalah kami abis dikongsi bersama. Jika tak cukup duit pun saling pinjam meminjam..haha..
Boleh dikatakan kami berdua ni agak spoting la sebab kadang-kadang sebelum balik kerja kami sempat berlatih silat sama-sama. Dalam ofis tu yang tak boleh blah.. :D
Dia pun dah kenal hati budi aku dan aku pun kenal hati budi dia termasuklah menceritakan pasal keluarga masing-masing. Sampaikan dia nak jodohkan aku dengan salah seorang adik perempuan dia yang bekerja di Petronas. Fuhh.. Gaji pun besar.. RM4k beb.. Tapi apakan daya, hati ku bukan untuk siapa-siapa melainkan yang telah tercatatkan untuk ku "my Mrs. Right"... =)
Jodoh ku menanti di sana, cuma tidak ku tahu kapan waktunya...
Kini aku meneruskan kerjaya aku di Pusat Asasi UIAM sebagai pensyarah. Moga dapat dijauhkan ujian bagi hati dan nafsu..
Siiru 'Ala Barakatillah~
tak ley blah.. haha drama yg amat.. apa pun, moga sentiasa dlm lindungan Allah dr fitnah.. ameen.. haha sorry, tergelak-gelak baca..
ReplyDeleteHaha.. Ape boleh buat.. Macam gini jela.. Lebih2 takleh.. -_-"
ReplyDelete