Saturday, November 23, 2013

:::Muhasabah Cinta:::

Pada suatu ketika dahulu "Y" (bukan nama sebenar) pernah mempunyai hubungan cinta dengan "N" (bukan nama sebenar). Seperti remaja2 lain yang baru ingin mengenal dunia, kurang tarbiahnya maka mudahlah mereka jatuh ke alam yang dinamakan cinta. 

Y adalah seorang lelaki yang baik, berlatar belakangkan keluarga yang kuat pegangan agamanya. Tapi iman itu tidak boleh diwarisi lebih2 lagi tiada kefahaman yang jelas mengapa seseorang itu tidak boleh bercinta sebelum berkahwin. Yang dia tahu orang2 tua pasti akan marah jika bercinta ketika belajar, tanpa tahu hukumnya yang jelas dalam agama. Maka dengan jiwa remaja yang sentiasa ingin mencuba, ingin diberi perhatian, disayangi maka Y mengambil keputusan melafazkan cinta dan perasaannya kepada N ketika mereka sama-sama menuntut di sebuah institusi.

N pula adalah seorang gadis biasa, latar belakang keluarga juga biasa. Di awal perkenalan dengan Y, dia agak sukar dan kekok untuk membiasakan diri dengan cara kehidupan Y. Pada waktu itu Y mempunyai prinsip yang agak kurang jelas. Keliru antara sifat cemburu dan tuntutan agama, maka dengan itu Y meminta N supaya mengenakan pakaian yang longgar dan bertudung labuh. 

Dia tahu wanita wajib menutup aurat dengan mengenakan pakaian sebegitu. Tapi dalam masa yang sama berasa cemburu terhadap mata-mata liar yang memerhatikan buah hatinya itu. Mungkin itulah alasannya dia menyuruh N berubah terutama dari segi pemakaian.

Pada mulanya N agak keberatan, namun lama-kelamaan alhamdulillah dia berubah ke arah yang positif. N mula memakai tudung labuh, mengenakan stokin kaki dan sarung tangan. Yang pastinya N berubah bukanlah kerana desakan daripada Y, tetapi atas kemahuan dirinya sendiri. 

Dua tahun mereka bercinta hingga tiada seorang pun kenalan rapat yang tidak mengetahui hubungan mereka. Hinggalah pada suatu hari Y menyertai suatu program dan berkenalan dengan seorang gadis yang merupakan ahli kumpulannya. Mungkin silap Y sendiri kerana terlalu mudah jatuh hati. Seminggu berkenalan maka hubungan mereka semakin rapat dan perkara itu disedari rakan2 nya yang lain. 

Rakan2 Y cuba menasihatinya supaya tidak mengecewakan N dan melupakan gadis tersebut. Lebih2 lagi mereka mendapat tahu bahawa gadis tersebut bukanlah gadis yang baik dan hanya ingin berseronok sahaja. Tetapi diibaratkan orang yang mabuk cinta, Y tidak mengendahkan nasihat rakan2nya.

Kedegilan Y menyebabkan rakan2nya membuat keputusan memberitahu kepada N. Mendengar berita tersebut N begitu sedih dan cuba meminta penjelasan daripada Y. Perkara yang diharapkan berlaku sebaliknya. Y begitu berang dan tanpa berfikir panjang mengambil keputusan menamatkan hubungan dengan N.

Tindakan zalim Y menyebabkan N betul2 sedih dan terseksa. Rakan2 yang lain turut bersimpati terhadap N dan menyalahkan Y. Penangan kekecewaan itu memberi kesan yang sangat mendalam kepada diri N hinggakan dirinya tidak terurus dan perlu mendapatkan kaunseling dan sokongan rakan2. 

Dalam masa yang sama Y sedang dalam lamunan cinta dengan gadis baru tersebut dan langsung tidak menghiraukan penderitaan N. Rakan2nya turut menghukum dengan memulaukannya, namum Y sedikit pun tidak berasa terancam kerana baginya dunia ini hanya ada dia dan gadis baru tersebut. 

Hinggalah pada suatu hari giliran Y menerima nasib yang sama kerana gadis tersebut memberitahu bahawa dia tidak pernah mempunyai perasan cinta kepada Y tetapi menganggap Y seperti kawan biasa. Sedangkan dalam pada itu rupa2nya gadis tersebut sedang menjalin hubungan cinta bersama lelaki lain.

Hancurnya hati Y hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hidupnya dirasakan begitu gelap. Dia mula mencari rakan2nya untuk menjadi tempat mengadu tetapi rakan2nya telah tekad meninggalkannya dan tidak menghiraukannya lagi. Kini Y betul2 keseorangan. Dirasakan alam ni sedang menghukumnya atas kesilapan yang dia lakukan. Dia terperangkap dalam egonya sendiri. Kini barulah dia sedar yang mana kaca dan permata.

Setahun berlalu. Apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Siapa sangka sejak peristiwa itu Y telah melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan dakwah dan membina persahabatan dengan rakan2 baru. Kini dia lebih memahami tentang agama dan batas2 dalam pergaulan antara lelaki dan wanita. Baginya tiada lagi istilah "kapel" sebelum kahwin. Yang ada hanya cinta kepada Allah dan Rasul selain cinta kepada ibu bapa dan keluarga.

Suatu ketika dia terpandang dari jauh kelibat N. Masih sama seperti dulu. Berpakaian longgar, bertudung labuh, berstokin serta mengenakan sarung tangan. Sungguh ayu mengikut syariatNya.. Maka Y cuba mendekati N melalui risikan terhadap rakan2nya. N berjaya dihubungi. Dia cuba melamar N sekali lagi dengan pendekatan berbeza. Lamaran yang serius untuk memperisterikan N. 

Gambar Hiasan


Tetapi N begitu kuat pendiriannya. Walaupun dia mengaku sudah memaafkan Y atas apa yang telah berlaku tetapi N tidak mahu lagi kenangan lama kembali dalam hidupnya. Lalu N menolak lamaran Y. Berat hatinya atas penolakan tersebut. Tetapi Y begitu optimis bahawa jika jodohnya dengan N sudah pasti mereka akan bersatu juga akhirnya. 

Setahun sebelum tamat pengajian di kampus Y cuba menghubungi N. Tetapi berita yang dia peroleh amat menyedihkan. N telah bernikah sebulan yang lalu atas pilihan keluarga. Bermakna Y terlewat sebulan untuk melamar N. Perasaan sedih menyelubungi Y. Dia tidak sangka gadis yang pernah dia cintai sebelum ini, seorang yang biasa2 berubah ke arah yang jauh lebih baik atas usahanya, kini sudah bergelar isteri orang.

Apa pun berlaku Y harus redha. Terima dengan ketentuanNya. Y berharap N bahagia bersama suami dan keluarga tersayang. Sesekali Y dalam diam2 mengikuti perkembangan N dan seronok melihat kebahagiaan mereka. Alhamdulillah.. Dia telah memperoleh orang yang selayaknya untuk dia yang boleh membimbing, menjaga dan memberi kebahagian kepadanya. Semoga N menjadi isteri yang solehah..









Gambar Hiasan


Masa berlalu begitu cepat. Y meneruskan hidupnya seperti biasa. Perkara lalu hanya tinggal kenangan. Dia mengambil pengajaran atas pengalaman hidupnya. Jika dia berkahwin suatu hari nanti dia akan menerapkan kefahaman yang jelas tentang agama terhadap anak2nya. Suatu larangan itu perlulah mempunyai penerangan. Bukan hanya sebagai larangan semata-mata. Dan yang paling penting adalah meletakkan cinta kepada Allah dan rasul lebih utama daripada cinta kepada yang lainnya. "Jika cinta mestilah membawa ke syurga~ "


Wallahua'lam.. Cerita ini tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Jika ada mungkin ianya suatu kebetulan.. ^_^ V



Gambar Hiasan






No comments:

Post a Comment