Tuesday, April 8, 2014

:::Bahagia mu Derita ku:::

Pepatah menyebut "berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian". Hidup ni merupakan cabaran. Cabaran yang tidak bermusim.

Semuanya berkaitan dengan "survival of the fittest". Siapa yang terkuat akan menang. Tidak kira bagaimana cara memperoleh kemenangan tersebut, tujuannya adalah hanya untuk memenangi pertandingan ini.

Namun sebagai umat Islam, untuk survive dalam kehidupan ini perlulah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Tidak boleh melakukan penipuan, tidak boleh menindas dan juga memanipulasi orang lain demi kepentingan diri. Jadi apakah pilihan yang kita ada sebagai umat Islam untuk memenangi kehidupan yang penuh cabaran ini?

Kata kuncinya adalah "sabar". Sabar merupakan kekuatan umat Islam yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sabar juga membezakan tahap keimanan seseorang Muslim dengan yang lain. Namun bersabar tanpa melakukan sebarang usaha adalah sia-sia. Kita perlu terus bergerak untuk memperbaiki kelemahan diri dan untuk meletakkan diri dalam persaingan manusia yang lain.

Doa juga adalah senjata umat Islam. Berdoa bererti meminta daripada Allah untuk segala bentuk bantuan dan pertolongan. Bersabar berserta doa adalah kombinasi yang penting yang menjadikan seorang Muslim itu bermotivasi tinggi dan positif.

Percayalah kalamullah yang menyebut "sangkaan Allah terletak kepada sangkaan hambaNya." Jika baik sangkaan kita kepadaNya maka baiklah. Jika buruk sangkaan hamba kepadaNya maka buruklah hasilnya. Jadi berfikiran positif adalah penting.

Fikirkanlah tentang perkara2 baik sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita sambil berharap ianya menjadi realiti. InsyaAllah Allah akan merealisasikan apa yang difikirkan hambaNya.. Jadi untuk mengecapi kebahagiaan perlulah merasai dahulu kepahitan dalam kehidupan. Sabar+usaha+doa+tawakal= insyaAllah kejayaan menanti.. =)


No comments:

Post a Comment