Sebagai seorang anak sudah pasti aku bercita-cita ingin
membahagiakan
kedua ibu bapa, berbakti dan membantu mereka
selari dengan kemampuan yang Allah kurniakan kepada ku
selagi mana mereka masih dipinjamkan nyawa untuk hidup
sebagai hamba di muka bumi ini, insyaAllah..
Tak sanggup rasanya hati ini melihat kesusahan yang
mereka alami sedangkan aku selesa di sini. Tiga tahun yang lalu,
ketika aku bergelar pelajar sepenuhnya berada di bawah
tanggungan mereka, tidak mempunyai wang ringgit, hanya bergantung kepada ihsan
kedua ibubapa ku untuk meneruskan
hidup sebagai perantau di bumi orang, menuntut ilmu untuk
menggenggang segulung ijazah dengan harapan dapat mengubah nasib
keluarga suatu hari nanti..
Kini "suatu hari" itu telah sampai masanya. masa yang dahulunya sekadar harapan .
Harapan diri, lebih-lebih lagi harapan keluarga.
Ketika aku menawarkan diri untuk membantu meringankan
beban si ayah, lantas ayah ku menolaknya dengan alasan kerana
aku baru sahaja bekerja dan masih belum stabil.
Padahal ketika ini ayah ku sedang bergelut dengan
kesusahan hidup, hutang keliling pinggang kerana terpaksa meminjam
sewaktu kami adik-beradik sedang menuntut di IPT. Jika bukan kerana pertimbangan, sudah tentu si ayah sudah lama meminta-minta daripada aku supaya membantunya, bahkan juga tidak menjadi kesalahan jika ayah ku berbuat demikian.
Satu persatu kenangan menjelma diingatan ku. Ketika
masih belajar dahulu, ketika duit
poket aku sudah hampir kering, aku cepat-cepat telefon
ibubapa aku untuk meminta duit untuk membeli makanan. Tanpa
banyak soal ayah ku berusaha mendapatkan sejumlah
wang yang difikirkannya cukup untuk aku belanja
membeli makanan. Tiada cara lain melainkan dengan meminjam daripada
orang lain.
Ayah ku terpaksa menebalkan muka meminta belas
daripada kenalan yang ada. Terpaksa mengikat perut
dengan membataskan perbelanjaan dapur dirumah demi menunaikan
kehendak anak-anak mereka.
Allah.. Bersalah rasanya .. Allah itu Maha Agong, Maha
Pemberi, dan Maha Adil. Jika kita ikhlas berjalan
di muka bumi ini kerana redhaNya, insyaAllah Dia
permudahkan. Walaupun aku baru bekerja, dengan pendapatan
yang ada ini akan aku cuba membahagiakan kedua ibubapa ku,
cuba membantu mereka seadanya..
Jika dengan menghulurkan wang ringgit
kepada ibubapa ku menyebabkan aku terpaksa berlapar,
itu lebih aku sanggup daripada membiarkan
kedua ibubapa ku mengalirkan air mata kerana memikirkan masalah
hidup yang tiada noktah.
Salam. Bro boleh bertanya? I pun dari uia juga. I baru nk mulakan kerjaya sbg asst sales manager easy rhb. Boleh cerita pengalaman bro x?
ReplyDeleteSalam..
Delete1st of all, maaf sebab respon terlalu lewat.
Tahniah sebab berjaya mendapat pekerjaan dan mencuba pengalaman baru!
Sebenarnya bekerjaya di bahagian sales memang terlalu mencabar. Mana taknya kita perlu kejar target setiap bulan. (Kerja apa2 pun memang tak lari daripada kejar target)
In fact, bermula dari bahagian sales ni la saya belajar mendisiplin kan diri, belajar menguruskan tekanan, belajar untuk bersabar dan cekal.
Actually, saya tak banyak pengalaman di Easy RHB sebab jodoh saya di sana hanya 6 bulan sebelum saya berhenti dan mendapat tawaran bekerja di UIA Kuantan.
Namun, dalam tempoh 6 bulan tu banyak benda yang saya belajar dan didedahkan. Saya berpeluang mengasah teknik komunikasi sebab dalam bahagian sales ni memang tak dapat lari daripada bercakap dengan orang. Kalau tak cakap tak bolehla nak promote product ^^"
Selain tu jgk pengetahuan2 tentang ASB seperti kebaikan die tu pun secara tak langsung kita boleh tau. So kalau nak sampaikan pada pelanggan, kte tak perlu nak goreng, tak perlu nk guna ayat manis. Sebab kita memang akui kebaikan die sampaikan kita sendiri pun dan daftar masuk ASB..hehe..
Dan yang paling penting ialah teamwork! Dekat kiosk tu, janganla anggap staf2 di situ sebagai pesaing. Anggapla mereka sebagai 1 pasukan yang mana jika mereka tiada kita bukanlah siapa2..
Susun strategi bersama kawan2.. Tak perlu terlalu skema utk ikut tatacara yang ditetapkan oleh pihak bank. Kalau ada idea2 baru untuk buat promosi juz do it..
rasa setakat ni jela kot.. Saya pun dah lama tinggalkan RHB. Tapi alhamdulillah dengan pengalaman di RHB tula saya boleh survive better di UIA sekarang ni.. :)
Saya doakan semoga awak berjaya!