Wednesday, March 2, 2011

Mengapa Mencari Pasangan?


Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
Aku rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu tentang perihal memilih pasangan untuk dijadikan sebagai calon suami atau isteri..

Al-kisahnya, pagi tadi aku berborak dengan seorang ustaz. Memang aku agak rapat dengan ustaz tu. kami selalu berkongsi cerita dan dia pun banyak menasihati aku. Tapi pagi tadi apa yang kami bincangkan adalah tentang gejala sosial yang berlaku di kalangan muda mudi di luar sana yang rata-rata sebaya dengan kita.

Secara kesimpulan daripada apa yang beliau beritahu kat aku tadi, terdapat dua sebab kenapa seseorang individu itu mencari pasangan. Sebab yang pertama ialah kerana si dia sekadar ingin bercinta dan nak mengisi masa lapang atas sebab berasa sunyi bila keseorangan.

Jadi dengan adanya pasangan maka adalah tempat untuk dia mengadu dan meluahkan perasaan cinta, rindu dan sayang.. Perkara2 macam ni berlaku mungkin atas faktor terpengaruh dengan rakan2 yang dah ada pasangan masing2 dan dia pun terasa perlu untuk turut sama mencari dan ada seorang teman. Pada hal niat pertamanya langsung tidak menjurus kearah perkahwinan, tidak langsung timbul perasaan ingin berkahwin.

Akan tetapi, disebabkan perasaan cinta yang disemai, keinginan utk berkahwin itu pun datang dan jika ditakdirkan maka mereka pun berkahwin. Malangnya perkahwinan itu tidak senikmat yang digambarkan kerana kesilapan yang dilakukan iaitu mengadakan perasaan cinta sebelum berkahwin, maka bila dah berkahwin tiada lagi nikmat kemesraan antara suami dan isteri, tiada perasaan malu, tiada lagi perkara yang nak diceritakan kerana semuanya sudah dilakukan ketika sebelum berkahwin. Apa yang dapat hanya kepuasan nafsu semata-mata..

Sebab kedua mengapa seseorang itu ingin mencari pasangan adalah kerana telah timbul niat ataupun keinginan untuk berkahwin, maka dia mencari pasangan adalah untuk dijadikan suami atau isteri, bukan untuk dijadikan kekasih. Ini bermakna, tiada istilah cinta sebelum berkahwin. Jadi atas sebab keinginan untuk berkahwin, maka pasangan ini pun melangsungkan perkahwinan mereka.

Alangkah nikmatnya jika kita menjalani kehidupan dengan seseorang yang baru hadir dalam hidup kita, yang mana hubungan itu tidak tercemar dengan maksiat dan perkara2 yang lagha..Pada masa itulah kita mula terbitkan rasa cinta padanya. Pada masa itu perasaan malu masih lagi menyelubungi diri dan terdapat terlalu banyak perkara yang hendak dikongsikan bersama pasangan kita.

Maka hubungan yang macam inilah yang dikatakan berlandaskan syarak dan perkahwinan dilaksanakan atas dasar syariat, bukan nafsu semata-mata..

Sahabat2..wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya.. Maka kita cuba perbaiki diri kita, serahkan ketentuan padaNya. Kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah adalah lebih teliti. Jika kita dah bertemu dengan seseorang yang sesuai, maka segerakanlah untuk adakan ikatan bersamanya. Jika belum berkemampuan, maka tahanlah diri kita, jaga hubungan itu sebaik yang mungkin supaya ianya tidak langsung tercemar dengan kotoran maksiat. Wallahua'lam~~


No comments:

Post a Comment