Thursday, March 17, 2011

"Confession"

"About today Public Speaking Test, actually I have prepared nothing. As madam keep giving me zero for the previous tests, so it demotivate me to do well in my performance. I have nothing to say but only my confession. Actually I don't like this class. I don'like this class, but it does mean that I don't like madam. I don't like all subjects under Public Administration specialization because it does not suit me. Other subjects in other specialization were not being offered for this semester, therefore I have to take this subject because I have no choice. If not, I cannot graduate.
InsyaAllah I can perform well for other subjects that I'm taking now, but for this subject I'm really feel sad. I just want to ask your kindness to atleast give me C. Atleast I pass in this subject.."

Semua kelas sunyi sepi tatkala seorang daripada rakan sekelas aku membuat pengakuan sekaligus menunjukkan kekecewaan yang dia hadapi berhubung subjek ini. Secara peribadi, aku sendiri terharu dan berasa kesian dengan nasib yang dialaminya. Aku terlihat ada antara rakan2 yang mengesat air mata mereka, mungkin dapat merasai kesedihan yang sedang ditanggung oleh rakan aku itu.

Sebelum ni aku selalu rasa aku diuji dengan ujian yang sangat berat, tetapi rupanya ada orang lain yang menerima ujian yang lebih berat lagi.

Memang aku tak sangka dia berani membuat pengakuan yang sedemikian rupa. Aku dan rakan2 sekelas yang lain turut menyokong tindakan dia. Bukanlah nak meletakkan kesalahan pada lecturer. Lecturer kami memang sangat baik.

Tapi tula..tak tau kat mana silapnya, hampir semua pelajarnya pada semester ni bakal fail termasuklah aku..nauzubillahi minzalik..

Pendapat aku la kan, lecturer kenalah ada sikap tolak ansur dengan student jugak..Bukannya student tersebut tidak melaksankan tugasan yang diberikan. Cuma mungkin cara menjawab tak memenuhi kehendak ataupun citarasa lecturer.

Kalau nak dikira, setiap latihan yang diberikan, semuanya kami siapkan, dan semuanya betul. Tapi lecturer tak nak bagi markah hanya kerana merasakan student tidak betul2 paham dengan apa yang diajarnya. Hanya dengan meletakkan "value judgement" sendiri, student yang jadi mangsa..hmm...

Apa2 pun mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku harap kawan2 yang lain jangan berputus asa, jangan cepat mengalah. Teruskan berjuang hingga penghujung, selebihnya berdoa dan tawakal kepada Allah..


No comments:

Post a Comment