Wednesday, March 9, 2011

:::Hidup Umpama Roda:::

Hidup ini umpama sebuah roda yang sedang berputar. Kadang-kadang kita berada di atas, menikmati kesenangan, memperolehi penghargaan serta mengecapi kejayaan samada daripada hasil usaha sendiri ataupun secara kebetulan. Yang pastinya kita merasa kemanisan dalam perjalanan hidup kita ini.

Disebabkan bulatnya roda itu maka kita yang leka berada di atas kembali turun ke dasar, diuji dengan bermacam kesukaran, kegagalan dan kekecewaan. Tidak pasti samada hasil daripada kesilapan sendiri ataupun semuanya sudah diatur dengan takdirNya..

Nabi Adam A.S telah diturunkan ke muka bumi setelah mendapat kemaafan daripada Allah SWT atas dosa yang dilakukan. Tetapi persoalannya, adakah turunnya nabi Adam ke bumi merupakan suatu balasan ataupun terdapat nikmat dan hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Jika diteliti dan dihayati, nabi Adam masih juga dihantar ke bumi setelah diampunkan oleh Allah adalah merupakan suatu hikmah dan nikmat, bukanlah merupakan balasan kepada dosa yang baginda telah lakukan. Kita akan tertanya-tanya, jika Allah telah mengampunkan dosa baginda, tetapi mengapa masih juga dihantar ke dunia yang serba kekurangan ini? Kenapa tidak dibiarkan sahaja tinggal di syurga untuk menikmati kemudahan dan kesenanagn? Jika di dunia, manusia akan merasai segala bentuk keperitan, kepayahan hidup, malah dikaitkan juga dengan rasa sakit perut yang manusia alami itu adalah berasal daripada dosa nabi Adam itu sendiri yang telah memakan buah daripada pohon Khuldi.

Jawapannya adalah untuk memberi peluang kepada manusia belajar tentang kehidupan. Bukan mudah untuk hidup kerana sebagai hambaNya kita bukan sekadar perlu beribadat dan menyembah Allah. Sebagaimana kita tahu peranan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi, menunjukkan Allah mengangkat darjat manusia di tempat yang mulia.

Kesusahan di dunia mengajar manusia erti kesabaran dan dengan kesabaran akan menjadikan manusia itu lebih bersyukur. Inilah hikmah yang Allah tunjukkan kepada kita dengan diturunkan Adam ke dunia. Jika dibiarkan hidup di syurga sudah pasti nilai2 seperti ini tidak akan dipelajari dan manusia akan tiada bezanya dengan makhluk2 yang lain.

Kembali kepada realiti kehidupan aku sejak akhir2 ini, sungguh banyak ujian yang tak diduga datang melanda. Mungkin aku sudah lama diuji dengan kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan yang datang bergolek sehinggakan aku lupa diri dan tidak bersyukur dengan apa yang aku perolehi.

Sekarang ini aku betul2 diuji dengan kekangan masa yang mana jadual yang padat selain keputusan2 peperiksaan yang tidak memberansangkan. Jika nak dibandingkan dengan usaha, alhamdulillah aku lakukan sama seperti sebelum2 ini. Adakah aku tidak paham dengan apa yang aku belajar? Rasanya penerangan dalam bilik kuliah ditambah lagi dengan ulangkaji sendiri sudah membuatkan aku faham hampir keseluruhan apa yang aku pelajari.

Ntah di mana silapnya, untuk semester ini sahaja 4 subjek boleh dikatakan keputusannya langsung tidak memuaskan dan berada di tahap kritikal. Bila ditanya mengapa aku mendapat markah sedemikian, lecturer tidak dapat memberikan alasan, sebaliknya mengarahkan aku membuat kerja tambahan. Ada juga lecturer yang tidak menghiraukan persoalan aku..hmm..

Tidak pernah aku lalui pengalaman seperti ini. Walau bagaimanapun ujian macam ni dah mengajar aku tentang kesabaran. Aku diajar untuk lebih berdisiplin dan tidak memandang ringan tetang sesuatu perkara. Mungkin ini adalah saat kejatuhan aku, tapi sebagai seorang muslim tiada istilah berputus asa. Jadi dengan saki baki masa yang ada dan dengan kudrat serta peluang yang masih ada, insyaAllah aku berusaha lebih lagi untuk tidak jatuh tersungkur. Kejatuhan sekarang merupakan kekuatan asas untuk aku bangkit dan bina semula kecemerlangan seperti dulu, insyaAllah..


No comments:

Post a Comment