Wednesday, December 14, 2011

:::Muhasabah Menuntut Ilmu:::

Hari ini ramai yang inginkan pendidikan yang tinggi. Kita sedar bahawa dengan kelulusan yang tinggi dapat menjamin masa depan yang cerah, insyaAllah.. Oleh yang demikian kita sedaya upaya berusaha untuk menuntut ilmu dengan mengorbankan masa, wang ringgit dan juga tenaga demi memperoleh segulung ijazah.

Ilmu itu ada keberkatannya. Ketika menuntut ilmu ianya bukanlah sekadar untuk menghadapi peperiksaan mahupun sekadar menyiapkan tugasan yang diberikan. Ianya lebih daripada itu. Ketika menuntut ilmu kita inginkan keberkatan ilmu tersebut. Ilmu yang berkat ialah bilamana ianya kekal berada dalam hati kita juga berjaya diamalkan.

Kita bukannya mahukan ilmu untuk suatu jangka masa pendek, tetapi ia sepatutnya merentasi jangka masa yang panjang. Ramai antara kita yang belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan dan bila selesai peperiksaan maka tinggallah segala apa yang telah dihafal.

Benarlah kata2 pujangga, "al-'ilmu fi sudur, la fi sutur.." Yang bermaksud ilmu itu di dalam dada, bukan di atas kertas. Maka berubahlah sewajarnya. Jadikanlah menuntut ilmu itu sebagai suatu tabiat yang bilamana dilakukan ianya menggembirakan hati dan menenangkan jiwa. Bukanlah menuntut ilmu itu sebagai suatu bebanan dan akan berasa tertekan kerana payahnya ilmu tersebut dan akhirnya menarik diri daripada kepayahan tersebut.

Tidak mengapa bersusah sekarang. Tidak mengapa berasa tertekan, tapi janganlah berputus asa. Keberkatan juga akan datang dari keikhlasan, kesabaran dan hati yang cekal. Jika menuntut ilmu itu mudah maka ramailah cendikiawan dan para ilmuan berbanding dengan mereka yang bukan dari golongan itu.

Sebab itulah Allah mengangkat darjat orang2 yang berilmu. Bukanlah sebab tidak adilnya Allah itu, tapi sebagai anugerah kepada mereka yang sanggup bersusah payah untuk mendapatkan ilmu dan mengamalkannya sekaligus dapat membantu pada Islam.

Jadi dengan peluang dan ruang yang diperolehi ini kita gunakanlah sebaik-baiknya. Kesusahan sekarang adalah untuk kesenangan masa hadapan, insyaAllah. Mungkin kita susah untuk memahami apa yang dipelajari sekarang, tapi dengan berkat kesabaran dan semangat yang tidak pernah luntur barangkali itulah yang akan menjadikan ilmu itu terkesan hingga dapat diaplikasi dalam kehidupan harian..

Ujian itu adalah untuk menilai tahap prestasi kita. Begitu juga dengan ujian dalam kehidupan, ianya untuk menilai sekuat mana iman kita, kuatkah kita selepas kita mempromosi tentang "kesabaran". 

Allah tidak membebankan seseorang melainkan bersesuaian dengan kemampuan dan mengikut atas kapasiti dirinya. 

Wallahua'lam~



I want to be a professional Mukmin! ;)



Chaiyok! All the best to all Muslims!




Tuesday, November 15, 2011

:::Zero to Hero:::

Dah dua hari demam+selesema+sakit tekak. Maybe atas faktor cuaca yang tak menentu sekarang ni. Tapi insyaAllah masih dalam keadaan terkawal dan tak menjejaskan perancangan sebab sekarang ni adalah waktu kritikal untuk menyiapkan segala assignment, persediaan untuk perbentangan dan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pertengahan semester yg berbaki lagi dua subjek sahaja lagi.

Moga segala sakit yang dihadapi insyaAllah menjadi kafarah kepada dosa2 yg dilakukan samada secara sedar ataupun tak sedar.

Tambahan lagi hujung minggu ni aku ada pertandingan silat anjuran Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia Selangor bagi memilih wakil kebangsaan mereka. Walaupun aku bukan ahli Gayong tapi aku still join jugak sebab sebagai medan latihan dan persedian menjelang pertandingan yg besar2.


So dengan keadaan kesihatan yg tak berapa baik ni agak mengganggu konsentrasi dan prestasi aku, tapi harap2 dapat sembuh cepat.

Ntah apa2 je yg aku nak cerita ni.. Apa boleh buat, bila dah stuck dengan kerja, kat sini jela tempat aku membebel dan lepaskan tekanan.

Hmm.....Sepanjang aku jadi kapten untuk team silat UIA ni, banyak perkara baru yang aku belajar. Antaranya belajar mengawal emosi supaya tidak bekerja di bawah tekanan, memahami org lain (tapi siapa yg nak paham diri kita ni?), menjadi tegas dalam keadaan yg sepatutnya dan juga belajar menguruskan masa dengan jadual yg agak padat.

Tak mudah menjadi seorang pemimpin, tak mudah untuk buat keputusan. Kena jaga hati banyak pihak juga perlu pertimbangkan banyak hal. Lain orang lain juga kerenahnya. Sebagai kapten perkara2 beginilah yg aku harus hadapi. Aku bukan sahaja perlu menjadi ketua yg memimpin ahli, tapi juga perlu bertindak sebagai abang kepada mereka. Dalam erti kata lain mengambil berat dan memotivasikan mereka supaya mereka tidak berasa down dan mengalah.

Hmm....nampak macam mudah.. Tapi siapa pula yg akan menjaga hati dan memotivasikan diri aku? Ni lah soalan yg kerap aku tanya kat diri sendiri. Maybe ni bukan masanya untuk aku beremosi dan mengharapkan ahli mengambil berat terhadap kapten mereka. Aku lah yg sepatutnya memotivasikan diri aku sendiri supaya setiap masa aku dapat tampil bersemangat dan memjadi sumber inspirasi kepada ahli2 yang lain.

Dah penat membebel.. Kadang2 terasa macam Adolf Hitler pulak. Kalau sapa2 yang tak tahu, Hitler ni seorang pemimpin Nazi dulu. Tapi aku bukanlah nak cakap aku ni Nazi. Tapi satu karakter yang ada kat Hitler ialah dia akan banyak membebel dan bersajak untuk naikkan semangat dia dan naikkan semangat pengikut dia. Dia bersajak sampai menangis...err......Hati ada taman kot...



Tuesday, November 8, 2011

Kristianisasi Adalah Realiti!

Kristianisasi ataupun suatu proses di mana untuk meng-kristian-kan masyarakat seluruh dunia terutama di Malaysia bukanlah suatu perkara baru lagi, malah sudah menjadi barah sehingga virus penyebarannya berlaku telalu pantas. Ianya adalah proses memurtadkan masyarakat Islam!

Sebelum ni aku hanya mendengar daripada pengalaman orang luar dan maklumat daripada media. Tetapi kali ini ianya berlaku sendiri dalam keluarga kami.

Dengan nama misi kemanusiaan, atas dasar simpati terhadap mangsa kebakaran, seramai 2 orang "father" dan 2 orang "sister" dari agama Kristian yang menjadikan mereka seramai 4 orang telah datang dan cuba mendekati pakcik aku di kampung di Simpang Ampat Alor Gajah Melaka pada bulan Oktober yang lepas.

Mereka datang bertujuan membantu pakcik aku sekeluarga selepas rumah pusaka yang mereka duduki atas tinggalan arwah nenek musnah dalam kebakaran pada hari raya ketiga yang lalu dengan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM60000.

Empat orang pendakwah Kristian itu datang dengan membawa sebuah beg yang berisi sejumlah RM80000 tunai untuk diberikan kepada pakcik aku. Mereka ingin membantu mendirikan semula rumah tersebut, dalam masa yang sama ingin memurtadkan pakcik aku sekeluarga.

Mereka menyuruh pakcik aku menukar agama kepada Kristian dan meninggalkan Islam dengan alasan pihak kerajaan takkan datang membantu mereka. (Tak ada kena mengena langsung antara Islam & kerajaan). Bagi aku kerajaan taknak bantu tak bolehlah dikaitkan dengan agama. Ini cuma cara mereka untuk mempengaruhi dan mengelirukan orang.

Selain itu juga mereka telah menunjukkan statistik jumlah orang Islam seluruh Malaysia yang mereka telah berjaya murtadkan hingga bilangannya mencapai "juta"! Tapi aku tak ingat secara tepat berapa juta, yang pasti jumlah ini sama seperti ynag dikeluarkan oleh PAS Selangor baru2 ini.

Alhamdulillah pakcik aku menolak tawaran mereka, tetapi aku masih tidak berpuas hati kerana sebelum mereka pergi mereka memberi kata dua kepada pakcik aku dan telah memberi peluang untuk berfikir dan mereka akan kembali lagi. 

Keadaan ini memang sangat bahaya kerana bagi aku orang yang tiada pegangan agama yang kukuh dan memang betul2 memerlukan bantuan kewangan sudah tentu akan terpedaya dan menerima tawaran mereka. Tidak pelik jika ramai yang berjaya dimurtadkan. Mereka hanya berjumpa dengan orang2 yang berada dalam kesusahan terutama orang2 kampung yg miskin, golongan muda dan yang kurang pendidikannya. 

Dengan ini sama2 lah kita menjaga dan ambil berat terhadap rakan2 dan saudara mara kita supaya tidak menjadi mangsa pendakwah Kristian ini. Nauzubillahi min zalik.


Monday, November 7, 2011

Parents as Friend

Parents are person that is very close to their children than others. The father as a leader in his family, not only playing his role in administering and managing the welfare of family, but also to give love, to concern and to build good relationship with all members in his family. The mother as the assistant to the father is certainly should have full commitment and attention to the family especially to her children. Both father and mother play an important role in educating their children, molding them to be good people in the future. Therefore, instead of just being their parents, they have to ensure themselves to be as closer as possible to their children like friendship relationship. Only then the children will have courage and feel motivated to share everything with the parents.

            First and foremost I would like to define what the meaning of friend is actually.  The most basic definition of a ‘friend’ is someone whom a person knows and likes. Importantly, this knowledge and liking are assumed to be mutual: that is a person does not call another person a friend unless he or she knows and likes that person, and assumes that the other person knows and likes him or her as well. Friendships may also include a high level of intimacy, a closeness that leads friends to talk freely with one another about their personal thoughts and feelings.

            From this definition of friend we know how close a friend is. Therefore it is important for parents to have this kind of relationship with their children. Becoming a friend does not mean the parents have to give up all their right as parents and channel their responsibility to the responsibility of friend. They should not do that. What they have to do is just by adding new role in the relationship. 

In order to be a friend to the children, parents should act accordingly with what is usually a friend does to his or her friend. There are certain roles and characteristics of friendship that the parents should possess. The characteristics of friendship are trust, chemistry, concern or caregiver, learning as well as playing partner.

Firstly, the characteristic of friend that parents should possess is a trust. Trust is important between both parents and their children. The parents should have trust in their children and at the same time their children also will develop indivisible trust in their parents. By this trust, parents will not have bad feeling to their children and let the children to manage themselves and correct their mistake through good advice. Besides, the children also will not hesitate to ask a favor and talk their problem freely to their parents. They believe their parents can be good listener and advisor to them.

The second characteristic of friend is the chemistry. Chemistry can be defined as mutual understanding between parents and children. It is not only one party to understand but both parties must understand each other in order to solve any dispute and it will lead to the toleration. Here, parents should put their self in the shoe of their children. They have to understand the interest and tendency of their children. It is better if parents also involve in the daily activities of their children.

 The parents have to update with the current situation and to be able to use the language or slang during conversation with their children. It is to ensure the children to feel comfort and have confident to talk with parents. It means the parents should not be too strict, rigid and formal. Parents have to know by approaching their children through this way, it becomes a mean to dakwah to their children because the Prophet PBUH also talked with people based on their level of mind and their age.

The third characteristic is the concern or caregiver. Nowadays, it becomes something normal if the children always seek advice and share their problem with friends. However, it is not a good culture in the society. It should be channeled to the parents who should be the true caregiver and concern to the welfare of their children. Therefore, the parents should encourage the children to share problem with them. At the very first stage, the parents should not refuse to listen and give favor to the children. It is to avoid bad perception from the children and in the long term they will go far from their parents.

Finally, the role of friend that parents should possess is the learning and playing partner to their children. At the very beginning, the parents should stick with their children, teach them a lesson and make it interesting. Parents should not get angry if the children keep asking them about something. Parents also should not give severe punishment to the children if they are quite slow in learning. But parents should teach them with love and become their partner. The children will be more motivated to ask anything that they do not understand rather than remain silence.

Besides, parents also must play role as the children’s playing partner. Since they are small, the parents should accompany their children to play. They should not let the children to play alone because while they are playing they are also learning. Parents must attend their children effectively and should not get bored with them.

As a conclusion, father and mother should not play a role as parents only, but they have to be a close friend to their children also. It is the synchronization of all values of learning and playing partner, trust, chemistry as well as concern. Becoming learning and playing partner to their children is a good start to create friendship with the children. Only then the children will develop all the values of friendship to their parents. When parents play a game with their children, the children will develop trust to their parents and feel happy moment in the family. Since the trust has been developed, there will be understanding between both parents and children. This chemistry will ensure the intimacy of them as a family and finally leads to the role of concern in family.

Reference:
1. Handbook of Peer Interaction, Relationship and Groups by Kenneth H. Rubin.
2. http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/2243-ibu-bapa-ku-kawan-karib-ku.html
3. Handbook of Psychology: Developmental Psychology by Irving B. Weiner.



Saturday, November 5, 2011

:::Festival Seksualiti Merdeka:::

Hari ini sekali lagi rakyat malaysia yang beragama Islam terasa tercabar dengan propaganda2 jahat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memperjuangkan suara mereka atas tiket hak asasi manusia. Propaganda ataupun dakyah jahat tersebut ialah Festival Seksualiti Malaysia yang merupakan festival yang mengumpulkan dan memperjuangkan hak golongan seks songsang (gay dan lesbian).

Apa tidak malukah mereka ini bila secara terbuka membuat pengakuan menjijikkan seperti ini dan sekaligus cuba memperjuangkan hak mereka yang kononnya kebebasan setiap individu! Inilah akibatnya bila mana masyarakat tidak mengamalkan ajaran Islam, bila mana pemerintah tidak melaksanakan dan mempromosi cara kehidupan Islam.

Bersandarkan pada prinsip Human Right, mereka cuba memanipulasi kebebasan tersebut iaitu kebebasan tanpa sepadan. Inilah konsep yang diagung2 kan yang asal usulnya bukanlah daripada Islam. Dalam Islam hak manusia itu terbahagi kepada 3 iaitu hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia sesama makhluk yang lain. Jadi untuk mendapat keredhaan dan hak yang betul, setiap hak dan hubungan yang disebutkan tadi perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Asalnya daripada sekelompok manusia yang saling berbalah, mereka berdiskusi mencari penyelesaian dan terbitlah apa yang dikatakan sebagai kontrak sosial. Kontrak sosial adalah bagi memelihara hak2 asasi sesama manusia dengan tidak menyakiti sesama mereka.

Masyarakat pada ketika itu menyerahkan hak mereka untuk di-regulate-kan oleh authority supaya semuanya mendapat keadilan dan dilindungi. Ini bermakna masyarakat ataupun manusia itu diberikan kedaulatan yang mana mereka tidak boleh sama sekali di perlakukan sesuka hati.

Inilah konsep kontrak sosial dan hak asasi manusia pada asalnya. Nampak seperti sangat bagus. Tapi ianya berbeza dengan kontrak yang diperkenalkan oleh Islam yang meletakkan kedaulatan tertinggi kepada Allah, bukan kepada manusia, masyarakat mahupun pemerintah!

Manakala hak asasinya juga terbatas dalam lingkungan nilai2 Islam. Manusia tiada hak menuntut kebebasan yang keterlaluan kerana manusia itu sendiri tidak bebas. Manusia berhutang kepada Allah atas nyawa dan kehidupan yang dipinjamkan dan kedudukan manusia sebagai hamba kepada Allah sebagai tuan dan tuhan, bukannya manusia itu dianggap sebagai tuan di dunia ini.

Kejelikan pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba membawa pengaruh kotor ke dalam hidup muda mudi sekarang amat dikecam. Ianya bukan sahaja bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat setempat, tetapi juga nilai masyarakat seluruh dunia dan yang lebih penting ianya bertentangan dengan nilai dan ajaran Islam.

Jadi segala tuntutan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai hak asasi manusia kerana ianya terkeluar daripada sosial kontrak masyarakat dan secara islamiknya bertentangan dengan kontrak hamba dengan tuhannya..

Secara sekularnya, sekali lagi ditekankan, hak asasi manusia hanya berlaku sekiranya ianya tidak mengguris hati dan perasaan mana2 pihak dan kedaulatan setiap individu itu dipelihara dan dipertahankan. 'It's to serve the right of many rather than individual interest.'

Friday, November 4, 2011

:::Home Sweet Home:::

Alhamdulillah sampai jua ke rumah setelah 2 bulan lebih tidak pulang sejak bermulanya semester baru. Tak banyak perubahan yang ada, tapi semua tu tak mengapa. Yang penting aku dapat melepaskan segala kerinduan terhadap keluarga.

Semuanya dapat berkumpul, umi & buyah dan semua adik beradik ada bersama. Dan tak ketinggalan jugak anak buah pertama aku, Muhammad Khalil al-Murtadha yang dah berusia 9 bulan. Wah, rasa lama sangat tak berjumpa. Dah besar dah budak tu. Dah pandai bertatih, dah pandai bermain.. =)

Bila dikenangkan kembali, dulu kami adik beradik semuanya kecil2 lagi, buyah dan umi terpaksa melayan kerenah kami semua. Keriuhan kami bertengkar, bermain dan segala macam ragam menjadikan warna warni dalam kehidupan berkeluarga yang dapat memberikan senyuman kepada umi & buyah.

Sekarang kami adik beradik semua dah besar, sudah merantau jauh dari rumah, jauh dari umi & buyah. Tak pernah terfikirkan kesunyian yang mereka hadapi setelah anak2 pergi meninggalkan mereka. Tapi walau pahit mcam mana pun, inilah lumrah kehidupan. Sampai bila kita harus berkepit bersama ibubapa. Tiba masanya kita akan berpisah dengan mereka. Cuma yang membezakan anak soleh dan tidak adalah mereka yang sentiasa teringatkan ibubapa dan mendoakan untuk mereka dan cuba sedaya upaya untuk pulang menziarahi mereka.

Kepada umi & buyah, insyaAllah kami sebagai anak2 cuba menjadi anak2 yang baik dan akan sentiasa membanggakan keluarga. Alhamdulillah sekarang ni kami adik beradik semuanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Kak Yong dan suami dia melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhaz Mesir, adik lelaki aku di UKM, adik perempuan pula di USIM dan aku sendiri berada di UIAM. Cuma tinggal adik yang bongsu sahaja yang masih menuntut di sekolah menengah.

InsyaAllah, kami akan berusaha untuk mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik. Hmm..rindunya pada kalian..

Saturday, October 29, 2011

HSC TR 13

Pada pagi Ahad yang kebiasaannya pelajar2 lain menggunakan masa untuk berehat, pergi berjalan dan berseronok, tapi bagi aku hari ni perlu digunakan sebaiknya dan hari ni aku memencilkan diri seharian untuk  duduk di HSC TR 13 sebuah tutorial room di Human Science building di UIA bagi menyiapkan segala tugasan yang tertangguh yang perlu dihantar pada minggu hadapan. Alhamdulillah siap jua...

Ketika sedang asyik menaip assignment, slides untuk presentation dan juga nota peribadi, tiba2 terasa nak buka blog yang dah terlalu lama terbiar. Kemudian terasa pula untuk menulis sesuatu sebagai diari kehidupan.

Apa yang menyebabkan aku terlalu sibuk sampaikan tak ada masa untuk update blog? Actually aku baru dilantik sebagai kapten team silat UIA dan aku rasa banyak perubahan yang aku perlu lakukan demi kebaikan team silat sendiri. Selain tu komitmen lain yang ada sekarang ialah aku juga dilantik sebagai mainboard bagi sekretariat Pencegahan Rasuah UIAM (SPRM) dan satu tugas lain ialah aku mengikat kontrak sebagai tutor dengan mengajar pelajar2 junior Sains Politik. Tak cukup dengan semua ni, jumlah jam kredit untuk semester kali ni pun agak tinggi iaitu 22 credit hour.

Tapi sebenarnya aku tak boleh jadikan alasan dan menyalahkan perkara lain atas kelemahan diri sendiri dalam soal menguruskan masa. Bukankah bebanan tanggungjawab itu diberi bersesuaian dengan kapasiti diri kita? Yup benar.. Tapi untuk realiti kehidupan aku sekarang itulah hakikatnya.

Apa yang aku kejarkan selama ini dan apa yang dah aku miliki sekarang bukanlah untuk bermegah-megah, tapi sebagai persiapan diri untuk menjadi pemimpin diri, keluarga dan masyarakat untuk masa hadapan. Aku cuba belajar untuk lebih bersyukur dengan nikmat masa yang ada dan belajar nilai2 yang lain. Tidak bekerja di bawah tekanan dan cuba uruskan masa sebaiknya.

Aku selalu nasihat dan bagi motivasi kepada orang lain, tapi diri sendiri juga perlu amalkan apa yang selalu dikatakan itu dan cuba memotivasikan diri untuk meningkatkan kualiti diri dalam semua hal, insyaAllah..

Optimis... Yup, satu nilai yang perlu aku selalu tanamkan dalam diri aku. Orang lain boleh lakukannya, kenapa aku tidak? Aku juga boleh lakukannya! Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza, tapi objektifnya sama, adalah untuk mencapai pengakhiran yang baik.

Wallahua'lam~


Thursday, May 26, 2011

:::Cinta Yang Membawa Kepada Bibit2 Ketaqwaan:::

Alhamdulillah sempat juga menulis walaupun agak sibuk untuk menyiapkan research ditambah lagi dengan badan yang tidak sihat akibat faktor cuaca yang tidak menentu. Semua tu adalah ujian dan semoga menjadi kafarah dosa2 yang lalu, ameen insyaAllah.. Syukran kepada seseorang yang mengingatkan aku kembali tentang ini..

Kali ni tajuk agak jiwang, tapi amat mendalam. Tiada istilah "kapel" ataupun cinta sebelum kahwin. Tapi bagaimana kita nak selarikannya dengan tuntutan fitrah semulajadi kita? Jawapannya adalah melalui satu ikatan tidak rasmi yang dipanggil sebagai "khitbah" yang membawa maksud pertunangan.

Khitbah atau pertunangan ini bukanlah suatu ikatan yang biasa. Ianya adalah perkara yang disyariatkan dalam Islam bagi pasangan yang berniat mendirikan rumah tangga. Ikatan ini adalah merupakan suatu janji setia yang dibuat oleh kedua belah pihak lelaki dan perempuan sebagai penerimaan terhadap diri pasangan mereka.

Dalam tempoh ikatan ini berlangsung pasangan itu akan melalui satu sesi yang dipanggil sesi "taaruf" bertujuan untuk mengenali lebih dekat tentang diri bakal teman hidup mereka itu nanti.

Walau bagaimanapun ianya masih lagi terbatas, dalam kata lainnya tiada kebebasan dalam pergaulan. Setiap perkara yang dilakukan hendaklah berlandaskan syariat, cuma diberi kelonggaran untuk mendengar suara, melihat wajah dan sebagainya bagi tujuan taaruf tersebut, selagi mana tidak melampaui hingga melakukan maksiat dan dinodai nafsu. Berhubung atas tujuan yang munasabah adalah yang lebih selamat, insyaAllah..

Ikatan pertunangan yang terjalin juga bermakna individu2 terbabit telah menutup ruang kepada orang lain daripada mendekati mereka. Hukum bagi sesiapa ynag telah tahu seorang wanita itu telah "diikat", maka haram ke atas mereka untuk meluahkan perasaan terhadap wanita tersebut, apa ntah lagi melakukan pinangan kedua terhadap wanita tersebut.

Betapa Islam menitik beratkan perihal ini, ingin menjaga keharmonian ummah. Setiap apa yang disyariatkan itu ada hikmah di sebaliknya yang kita sendiri boleh fikirkan..

Kita semai perasaan cinta itu hingga membawa kepada bibit-bibit ketaqwaan. Jaga dan peliharalah ikatan tersebut sehingga sah diijab qabul kan nanti..

Saturday, May 21, 2011

:::Menawan Puncak Highland Tower:::

Alhamdulillah, hari ni aku berjaya menyelesaikan misi menawan puncak Highland Tower iaitu dengan mendaki sehingga ke tingkat 13 bangunan usang berkenaan.

Kepada sesiapa yang tidak tahu apa dia dan di mana terletaknya Highland Tower tu, ianya sebenarnya terletak di Hillview Ulu Klang Selangor, dekat2 je dengan jalan nak ke Ukay Perdana kat Ampang. Ianya adalah sebuah bangunan yang telah lama ditinggalkan. Pada tahun 1993 salah satu daripada blok bangunan tersebut telah rebah ke bumi disebabkan oleh tanah runtuh, terkesan daripada hujan lebat yang tidak berhenti selama 10 hari. Dalam kejadian tersebut seramai 48 orang penghuni maut termasuklah anak kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Musa Hitam.

Highland Tower ni ada 3 blok, tapi yang runtuh cuma 1 blok sahaja. Dua blok lagi masih tegak berdiri tanpa ada tanda2 nak runtuh walaupun pakar kaji bumi pernah keluarkan amaran bahawa bangunan tersebut bakal runtuh bila2 masa sahaja. (Sumber daripada wikipedia)

Sejak daripada kejadian tu bangunan tersebut tidak lagi didiami dan dibiarkan kosong dan sekarang ni memang dipenuhi dengan semak samun dan memang agak menyeramkan..huhu.. Orang kata bangunan tersebut "keras", wallahua'lam..

Kalau nak diikutkan, dah lama aku nak pergi melawat bangunan tersebut, tapi atas sebab kekangan masa, so tak dapatla..Cuma pada tanggal 21 May 2011 (pagi tadi, pukul 10), aku dan 3 orang rakan yang lain buat keputusan untuk pergi dan tengok sendiri bangunan usang tersebut. Aku sediakan bukti yang kami dah tawan tingkat ke-13 (puncak) Highland Tower.. Enjoy! ;-)

Sebelum masuk ke dalam bangunan Highland Tower. (Belakang tula Highland Tower)
Baca ayat Kursi dulu sebelum masuk.. =)

Tingkat paling bawah

Berada di puncak, tingkat 13 Highland Tower

 Tingkat atas dipenuhi dengan semak

 Pintu ke bilik janaan elektrik. Tapi dah kosong, takde pape dah.. Kat sini aku disambut dengan tahi burung. Tiba2 je ada sekor burung terbang & melepaskan bahan buangan dari atas tepat kena tanagn kiri aku..huhu

Pandangan dari puncak Highland Tower 

 Merentasi "halangan" dalam bangunan Highland Tower

Keadaan di tingkat atas. (Di sudut lain) 

"Klik!"  Sempat snap gambar bangunan sebelah. (Blok ketiga yang tidak runtuh)

Pandangan dari bawah. Usangnya..seram pulak masa upload gambar ni..huhu.. 

 Dah macam taman Botanikal je..

Lagi pandangan dari bawah.. 


Macam gambar dari CCTV je kan3.. ;-) 

Depan Lif di tingkat 13 yang dah lama ditinggalkan. Lif pun dah hilang ntah ke mana.. Meremang bulu roma masa ni,huhu..

perigi buta di tingkat 13..hehe..

Berdasarkan pengalaman sendiri ketika masuk ke dalam bangunan usang ni, sebenarnya tak ada apa2 pun. Semuanya bergantung kepada mental dan psikologi kita. Apa yang kita fikirkan maka perkara tula yang akan berlaku. Tapi khabar2 angin yang mengatakan bangunan ini berpenunggu tidak boleh dinafikan juga sebab makhluk halus tu memang wujud. Alhamdulillah kami dihijabkan daripada dunia mereka. Kita tidak boleh terlalu takut dan tidak boleh terlalu berani. Berada di tengah-tengah adalah yang paling selamat.

Islam pun menganjurkan konsep "wasatiah", so kita apply kan lah dalam kehidupan seharian kita. Jika terlalu extream akan membawa kita kepada keganasan/ perkara tak diingini, tapi jika terlalu takut akan jadikan kita orang yang pengecut..nauzubillahi min zalik..

Monday, May 9, 2011

:::Lembaran Baru:::

Alhamdulillah hari ni secara rasmi bermulanya semester baru bagi pelajar2 UIAM. Tapi ni bukanlah sem panjang. Sem pendek, makan masa sebulan lebih je..Hujung bulan Jun nanti dah final exam dh..huhu..

Seperti semester2 sebelum ni, sem pendek yang baru ni pun merupakan satu lembaran baru untuk aku. Ada azam lama yang nak ditunaikan dan ada jugak azam baru yang nak dicapai, insyaAllah..

Nama pun sem pendek, so subjek pun tak banyak. Aku amek 3 subjek je.. Tapi takleh main2, kena struggle untuk naikkan CGPA yang dah jatuh sikit masa sem lepas.

Lumrah hari pertama semester, mood cuti masih segar lagi. Mane taknye, sempat cuti 3 minggu je. Tapi walau macam mana pun masa cuti yang singkat tu membawa kenangan sangat berharga untuk aku. Tak perlu aku share kat sini sebab ni terlalu personal. Lagi pun hal ni tak perlu diheboh2 kan. Cukup sekadar pihak tertentu je yang tahu. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Haa, berbalik ke sem baru ni. Antara agenda penting dalam sem ni ialah aku nak capai target aku untuk pingat emas dalam MASUM bulan Jun nanti. Apa pulak MASUM tu ek? Majlis Sukan Universiti2 Malaysia..Aku main acara silat olahraga, kategori D putera..Haa, lengkap lagi tu..hehe.. Tapi ada masalah sikit. Tarikh MASUM tu betul2 kena kat tarikh final exam. Hopefully aku dapat manage sebaiknya dan tak ketinggalan menyertai MASUM kali ni sebab ni aku punya last MASUM. Next MASUM aku dah grad..huhu..

Ok, setakat ni jela.. Kepada rakan2 yang amek sem pendek ni, selamat menuntut ilmu, do the best. Dan rakan2 yang tak amek sem pendek dan sedang bekerja ataupun lepak2 goyang kaki kat rumah, jumpa lagi kat sem panjang bulan September nanti. Jangan sampai aku tak kenal korang lagi pulak. Mana taknye, makan tido je tau, silap2 bulat jadinya nanti..eheh..

Kepada kawan2 yang dah grad pulak, semoga berjaya dalam hidup korang. Semoga peroleh kerja yang baik. Gaji pertama belanja le....hehe.. :-D

Wednesday, May 4, 2011

:::Takutkan Bini:::

Al-kisah di sebuah negeri yang tidak diketahui namanya di mana rajanya seorang yang sangat bengis. Tetapi sungguh mengaibkan kerana raja tersebut diketahui kelemahannya yang takut kepada isterinya iaitu permaisuri di negeri tersebut. 

Setiap urusan pemerintahan diuruskan oleh si permaisuri sehinggakan hal berkaitan hobi si raja pun turut dikawal. Si raja tidak berasa bebas dan sering dimarahi oleh permaisuri walaupun baginda melakukan kesalahan kecil dan perkara ini amat memalukan dan menjatuhkan air muka baginda.

Lalu pada suatu hari tanpa pengetahuan permaisuri, si raja telah bertemu secara sulit dengan bendahara raja dan meminta bendahara mengumumkan kepada rakyat jelata bahawa raja menitahkan supaya kaum lelaki berkumpul di suatu tempat yang ntah di mana lokasinya. Betapa si raja takut akan permaisurinya kerana semuanya dilakukan secara sulit.

Maka berkumpul lah semua rakyat negeri tersebut yang lelaki demi memenuhi titah si raja di suatu tempat yang tidak diketahui oleh permaisuri. Tidak ada seorang lelaki pun yang tidak hadir pada hari itu kerana beria benar untuk mengetahui apa hajatnya si raja memanggil mereka. Maka si raja pun bertitah, "Siapakah antara kalian yang tidak takut kepada isteri silalah bergerak membentuk kumpulan di sebelah kiri beta!"

Maka semua lelaki yang hadir pada hari itu bergerak dan membentuk satu kumpulan di sebelah kiri baginda kecuali hanya seorang lelaki yang dilihat tidak bergerak dan memandang tenang ke arah si raja.

Melihat akan perihal itu si raja berasa sungguh kagum dengan lelaki tersebut, lalu diperintahkan lelaki itu untuk menghadap si raja. Sudah tiga kali si lelaki itu dipanggil untuk menghadap si raja akan tetapi lelaki tersebut masih juga tidak bergerak dari tempat asalnya untuk menghadap baginda.

Sekali lagi si raja berasa kagum dengan si lelaki tersebut dan terdetik di hati baginda, "sedangkan perintah beta tidak diendahkannya, apa ntah lagi perintah isterinya. Memang dia seorang yang berani dengan isterinya!"

Lalu si raja mencemar duli dengan pergi sendiri menghampiri si lelaki dan bertanya kepadanya; "wahai tuan hamba, apakah rahsianya tuan hamba menjadi berani dengan isteri tuan hamba? Beta benar-benar ingin mengetahuinya.."

Si lelaki pun menjawab; "Bagaimana tuanku tahu patik berani dan tidak takut dengan isteri patik? Sebenarnya patiklah yang paling takut dengan isteri patik.."

Mendengar jawapan lelaki itu si raja berasa murka seolah-olah dipermain-mainkan. Lalu dengan perasaan marah si raja bertanya kepadanya; "Bukankah beta sudah mengarahkan sesiapa yang takutkan isteri sila bergerak dan membentuk satu kumpulan di kiri beta?!"

Si lelaki menjawab; "Benar tuanku. Tetapi apakan daya, patik terlalu takut dengan isteri patik. Sebelum patik ke mari isteri patik telah berpesan supaya setibanya patik ke sini patik tidak dibenarkan untuk bergerak ke mana-mana. Itulah sebabnya patik terpaksa mengingkari perintah tuanku dan duduk diam-diam di sini."

Semua yang ada di situ diam seribu bahasa.. hehe..



Thursday, April 28, 2011

:::Majlis Khatam al-Quran:::

Alhamdulillah baru sebentar tadi telah berlangsung satu lagi majlis khatam al-Quran di rumah, sekaligus menjadikan jumlah murid yang telah khatam di sini mencapai 43 orang. Di rumah kami memang dijadikan tempat belajar mengaji dan ramai penduduk taman perumahan di sini menghantar anak-anak mereka untuk belajar mengaji. Pada awalnya ketika kami adik-beradik masih kecil hanya umi dan buyah sahaja yang menjadi guru mengajar murid-murid yang sebaya dengan kami. 

Apabila masa berlalu dan anak-anak semakin membesar dan kami pun turut membantu mengajar mengaji kepada adik-adik yang sedang meningkat umurnya. Dan murid yang berkhatam pada hari ini iaitu adik Syahir Syazani adalah antara murid yang telah berjaya dididik untuk menamatkan pengajian al-Qurannya.

Memang menjadi kebiasaan sekiranya ada pelajar yang tamat pengajiannya, mereka akan dirai dengan mengadakan majlis khatam al-Quran dengan mengikut kaedah tradisional iaitu guru akan perdengarkan bacaan dan diikuti oleh pelajar yang terbabit. Dan untuk bacaan berikutnya akan diteruskan oleh pelajar itu sendiri dan disambut dengan tasbih setiap kali tamatnya satu surah yang dibaca.

Khatam al-Quran ini diambil sempena peristiwa Nabi Muhammad SAW ingin memilih calon menantu baginda dengan meminta kepada para sahabat baginda supaya mengkhatamkan bacaan al-Quran. Maka setiap daripada sahabat baginda pun memulakan bacaan dari surah al-Baqarah, kecuali Sayyidina Ali yang memulakan bacaan daripada surah ad-Dhuha sehingga surah an-Nas. Dengan peristiwa itu nabi Muhammad SAW telah mengambil Sayyidina Ali sebagai menantu baginda untuk dikahwinkan dengan puteri baginda iaitu Fatimah. 

Akan tetapi kesahihan cerita ini tidak diketahui kerana penulis sendiri sekadar mendengarnya daripada arwah Datuk penulis iaitu Sheikh Hassan Bin Sheikh Ahmad dan juga melalui ayah penulis iaitu Yusof Bin Sheikh Hassan.

Dalam majlis khatam al-Quran ini, pelajar terbabit akan memperdengarkan bacaannya bermula daripada surah ad-Dhuha hingga surah an-Nas. Sepanjang bacaannya itu, perihal hal asas tajwid akan diberi perhatian. Ini kerana khatam al-Quran bukanlah bermaksud pelajar terbabit sudah tamat pengajiannya dan dianggap tidak perlu untuk mengaji al-Quran lagi, tetapi ianya sebenarnya sebagai permulaan bagi pelajar tersebut untuk lebih mendalami pengajian al-Quran dengan memperbaiki bacaannya dari semasa ke semasa.








Penulis duduk di sebelah ayah penulis sedang memangku anak buah pertama berusia 3 bulan.




Murid-murid kelas al-Quran 


Adik Syahir Syazani 


Menerima cenderamata daripada ayah penulis merangkap guru di kelas al-Quran.


Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami, wahai tuhan sekalian alam..

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkanlah kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran..
Ameeen ya Robbal 'alamin..


Wednesday, April 27, 2011

:::Pembebasan Constantinople:::

Nabi Muhammad SAW ketika menggali parit Khandak pernah berkata bahawa pada suatu hari nanti Constantinople akan dimiliki oleh orang Islam yang mana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Mendengar kata-kata Rasullullah itu maka ramailah di antara para sahabat yang berusaha untuk membebaskan Constantinople melalui beberapa siri kempen yang dilakukan termasuklah ketika zaman pemerintahan Bani Umayyah, Abasiyyah dan juga Uthmaniah. Tetapi malangnya kesemua kempen tersebut menemui kegagalan. Salah seorang sahabat yang sudah terlalu uzur ketika itu yang bernama Abu Ayyub al-Ansari telah mengikut satu kempen peperangan untuk membebasan Constatinople, malangnya beliau telah menemui ajal di sana dan sebelum kematiannya beliau telah meminta supaya jasadnya dikebumikan di tepi tembok Constatinople tersebut. Bila ditanya mengapa beliau meminta berbuat demikian, lalu beliau menjawab bahawa beliau ingin mendengar derapan tapak kaki kuda tentera Islam yang akan menawan Constatinople pada ketika itu yang mana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera!

Sultan Muhammad II atau dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 telah diangkat menjadi Raja menggantikan ayahanda beliau Sultan Murad II, khalifah bani Uthmaniah pada ketika itu pada usia 19 tahun. Di peringkat awalnya baginda telah dididik dengan ilmu agama yang cukup oleh gurunya iaitu Sheikh Syamsudin al-Wali. Sungguhpun baginda merupakan pewaris takhta, akan tetapi baginda telah dibiasakan dengan kehidupan yang sederhana untuk menanamkan sifat tawadhu' dalam diri baginda. Dalam ilmu peperangan pula baginda telah dilatih menunggang kuda, strategi-strategi peperangan serta dilatih menggunakan senjata.

Ketika baginda diangkat menjadi raja menggantikan ayahandanya, baginda telah bercita-cita untuk menawan dan membebaskan Constantinople daripada cengkaman Raja Byzantine yang zalim. Maka selama dua tahun baginda telah mengkaji pelan Kota Constantinople setiap malam bagi mencari titik kelemahan serta mencari jawapan bagi setiap kekalahan yang dialami oleh tentera Islam sebelum ini.

Antara usaha yang dilakukan sebagai persediaan menangkis serangan musuh, baginda telah membina sebuah benteng. Dalam pembinaan benteng tersebut baginda sendiri telah membuka baju dan serbannya untuk mengangkat pasir dan batu yang mana tingkah lakunya itu telah menyebabkan para menteri dan ulamak terpaksa ikut serta. Begitu tawadhu'nya sifat yang dimiliki oleh baginda hasil didikan awal daripada gurunya sendiri.  

Setelah semua persediaan dilakukan dengan kelengkapan dan senjata moden yang dimiliki, maka pada 19 April 1453 baginda yang ketika itu berusia 21 tahun telah menggerakkan 72 buah kapal ke perairan Teluk Golden Horn dan melancarkan serangan ke atas tentera Byzantine. Dalam misi tersebut baginda telah membawa sekali para ulamak dan pakar motivasi bagi meniup semangat jihad tenteranya. Tentera musuh berasa gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat dibelakang pemimpin mereka dengan satu laungan takbir. Dalam serangan ini tentera Islam telah mengepung Kota Constantinople selama 48 hari disusuli dengan tembakan meriam yang bertali arus yang menyebabkan kerosakan teruk pada dinding luar kota tersebut, akan tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Senjata yang dimiliki tidak mampu untuk memecahkan dinding tengah Kota tersebut. Kemudian tentera Islam ditekan lagi dengan bantuan daripada Pope Vatican kepada tentera Byzantine yang menghantar lima buah armada yang dilengkapi dengan senjata dan tentera. Ditambah pula rantai besi telah direntangkan di perairan Teluk Golden Horn tersebut bagi menghalang kemaraan tentera Islam. Tentera Byzantine bersorak gembira kerana menyangka kemenangan sudah berpihak kepada mereka.

                               Perairan Teluk Golden Horn yang dirintangi rantai besi.


                               Rantai besi yang merintangi Perairan Teluk Golden Horn. 


Dengan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Sultan al-Fateh, baginda telah menggunakan satu strategi yang tidak pernah digunakan oleh sesiapa pun sebelum ini. Pada waktu malamnya baginda telah mengarahkan tentera-tentera bagindauntuk menebang pokok-pokok di kawasan bukit dan mengangkut kapal-kapal mereka ke sana dan diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn.

                          Jalan yang dibina di atas bukit untuk laluan kapal tentera Islam.


Subhanallah, amat menakjubkan! Hanya dengan satu malam sahaja baginda berjaya membawa 72 buah kapal melalui bukit dan menyusur semula ke laut bagi mengelak halangan rantai besi yang merintangi perairan Teluk Golden Horn sekaligus menggemparkan tentera Byzantine setelah menyedari kehadiran 72 buah kapal tentera Islam di hadapan mereka pada keesokkan paginya.

Peluang itu digunakan sebaiknya dengan membedil pertahanan tentera Byzantine dan menyebabkan pertahanan musuh semakin lemah. Pada waktu malamnya Sultan al-Fateh telah menaikkan semangat tentera-tenteranya dengan mengingatkan kembali hadis Rasullullah SAW serta berdoa kepada Allah.

Keesokkan harinya mereka melancarkan lagi serangan dengan harapan untuk menamatkannya sekaligus menawan Kota Constatinople. Akan tetapi tembok tinggi yang dibina menyukarkan kemaraan tentera-tentera Islam, malah ramai yang telah gugur syahid.

Serangan yang masuk hari ke-53 tanpa menunjukkan tanda-tanda kemenangan telah menimbulkan rasa bosan dan melemahkan keyakinan diri tentera baginda. Melihat akan perihal itu maka Sultan al-Fateh bangun membakar semangat tentera baginda dengan berkata; "Wahai tentera ku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku."

Mendengar kata-kata itu, maka seorang panglimanya yang bernama Hassan Ulubate bingkas bangun diikuti dengan 30 tentera bawah pimpinannya lalu memanjat dinding kota tersebut dan masuk ke kubu musuh lantas memacakkan bendera Islam di situ. Keberanian mereka dibayar dengan mati syahid akibat dihujani dengan anak panah tentera musuh. Kemudian, dengan semangat jihad yang dimiliki maka tentera-tentera Islam yang lain terus menyerbu bertali arus ke kubu musuh dengan melaungkan kalimah Allahu Akbar dan menghasilkan kemenangan kepada tentera Islam. 

Maka pada tanggal 19 Mei 1453 Kota Constatinople telah berjaya jatuh ke tangan Islam. Dan Baginda telah menukarkan namanya kepada Istanbul. Dalam satu peristiwa ketika mana solat Jumaat pertama hendak didirikan telah timbul pertanyaan siapa yang layak untuk menjadi imam. Baginda telah mengarahkan semua tenteranya untuk bangun termasuklah dirinya. Lalu baginda bertanyakan soalan; "Siapkah antara kita yang sejak akhil balighnya hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walaupun sekali sila duduk."  Tiada seorang pun yang duduk kerana tiada seorang pun antara mereka yang pernah meninggalkan solat fardhu.

Lalu baginda bertanya lagi; "Siapa antara kita yang sejak akhil baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk."  Kelihatan sebahagian tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi; "Siapa antara kita yang sejak akhil baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat sunat tahajjut walaupun satu malam sila duduk."  Kali ini semua tenteranya duduk kecuali Sultan Muhammad al-Fateh. Memang benar baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, sunat rawatib serta tahajjut. Inilah dia anak didik gurunya iaitu Sheikh Syamsudin al-Wali

Hanya selepas 800 tahun hadis tersebut diucapkan barulah ianya menjadi kenyataan yang mana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.