Alhamdulillah, hari ni aku berjaya menyelesaikan misi menawan puncak Highland Tower iaitu dengan mendaki sehingga ke tingkat 13 bangunan usang berkenaan.
Kepada sesiapa yang tidak tahu apa dia dan di mana terletaknya Highland Tower tu, ianya sebenarnya terletak di Hillview Ulu Klang Selangor, dekat2 je dengan jalan nak ke Ukay Perdana kat Ampang. Ianya adalah sebuah bangunan yang telah lama ditinggalkan. Pada tahun 1993 salah satu daripada blok bangunan tersebut telah rebah ke bumi disebabkan oleh tanah runtuh, terkesan daripada hujan lebat yang tidak berhenti selama 10 hari. Dalam kejadian tersebut seramai 48 orang penghuni maut termasuklah anak kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Musa Hitam.
Highland Tower ni ada 3 blok, tapi yang runtuh cuma 1 blok sahaja. Dua blok lagi masih tegak berdiri tanpa ada tanda2 nak runtuh walaupun pakar kaji bumi pernah keluarkan amaran bahawa bangunan tersebut bakal runtuh bila2 masa sahaja. (Sumber daripada wikipedia)
Sejak daripada kejadian tu bangunan tersebut tidak lagi didiami dan dibiarkan kosong dan sekarang ni memang dipenuhi dengan semak samun dan memang agak menyeramkan..huhu.. Orang kata bangunan tersebut "keras", wallahua'lam..
Kalau nak diikutkan, dah lama aku nak pergi melawat bangunan tersebut, tapi atas sebab kekangan masa, so tak dapatla..Cuma pada tanggal 21 May 2011 (pagi tadi, pukul 10), aku dan 3 orang rakan yang lain buat keputusan untuk pergi dan tengok sendiri bangunan usang tersebut. Aku sediakan bukti yang kami dah tawan tingkat ke-13 (puncak) Highland Tower.. Enjoy! ;-)
Sebelum masuk ke dalam bangunan Highland Tower. (Belakang tula Highland Tower)
Baca ayat Kursi dulu sebelum masuk.. =)
Tingkat paling bawah
Berada di puncak, tingkat 13 Highland Tower
Tingkat atas dipenuhi dengan semak
Pintu ke bilik janaan elektrik. Tapi dah kosong, takde pape dah.. Kat sini aku disambut dengan tahi burung. Tiba2 je ada sekor burung terbang & melepaskan bahan buangan dari atas tepat kena tanagn kiri aku..huhu
Pandangan dari puncak Highland Tower
Merentasi "halangan" dalam bangunan Highland Tower
Keadaan di tingkat atas. (Di sudut lain)
"Klik!" Sempat snap gambar bangunan sebelah. (Blok ketiga yang tidak runtuh)
Pandangan dari bawah. Usangnya..seram pulak masa upload gambar ni..huhu..
Dah macam taman Botanikal je..
Lagi pandangan dari bawah..
Macam gambar dari CCTV je kan3.. ;-)
Depan Lif di tingkat 13 yang dah lama ditinggalkan. Lif pun dah hilang ntah ke mana.. Meremang bulu roma masa ni,huhu..
perigi buta di tingkat 13..hehe..
Berdasarkan pengalaman sendiri ketika masuk ke dalam bangunan usang ni, sebenarnya tak ada apa2 pun. Semuanya bergantung kepada mental dan psikologi kita. Apa yang kita fikirkan maka perkara tula yang akan berlaku. Tapi khabar2 angin yang mengatakan bangunan ini berpenunggu tidak boleh dinafikan juga sebab makhluk halus tu memang wujud. Alhamdulillah kami dihijabkan daripada dunia mereka. Kita tidak boleh terlalu takut dan tidak boleh terlalu berani. Berada di tengah-tengah adalah yang paling selamat.
Islam pun menganjurkan konsep "wasatiah", so kita apply kan lah dalam kehidupan seharian kita. Jika terlalu extream akan membawa kita kepada keganasan/ perkara tak diingini, tapi jika terlalu takut akan jadikan kita orang yang pengecut..nauzubillahi min zalik..
wawa! Knpe awk berani sngt masuk tmpt nieh? Sngt menyeramkn tgk gmbr2 dia..
ReplyDeletecool!!
ReplyDeletetgh selidik tntang cite HT .. huhuhu .. dulu mase skola rendah ade ckgu cite .. tp lupe ! sumpah seram gile kott .. moga2 satu hari nnti, kaki nih kuat utk jejak HT .. insyaallah :)
ReplyDeletesy suka jgk kaji pasal highland tower ni...tp sekadar di Internet sbb blom berkesempatan dan berkeizinan nk ke sana...hopefully one day dpt jgk tgk highland tower ni scra live....
ReplyDelete1hb 12 2015 ni ,dlm planing mau menjejakkan kaki ke HT ,,maklum la org sabah da lma dgr ceta ,ini kali mau d tngok
ReplyDelete