Hari ini sekali lagi rakyat malaysia yang beragama Islam terasa tercabar dengan propaganda2 jahat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memperjuangkan suara mereka atas tiket hak asasi manusia. Propaganda ataupun dakyah jahat tersebut ialah Festival Seksualiti Malaysia yang merupakan festival yang mengumpulkan dan memperjuangkan hak golongan seks songsang (gay dan lesbian).
Apa tidak malukah mereka ini bila secara terbuka membuat pengakuan menjijikkan seperti ini dan sekaligus cuba memperjuangkan hak mereka yang kononnya kebebasan setiap individu! Inilah akibatnya bila mana masyarakat tidak mengamalkan ajaran Islam, bila mana pemerintah tidak melaksanakan dan mempromosi cara kehidupan Islam.
Bersandarkan pada prinsip Human Right, mereka cuba memanipulasi kebebasan tersebut iaitu kebebasan tanpa sepadan. Inilah konsep yang diagung2 kan yang asal usulnya bukanlah daripada Islam. Dalam Islam hak manusia itu terbahagi kepada 3 iaitu hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia sesama makhluk yang lain. Jadi untuk mendapat keredhaan dan hak yang betul, setiap hak dan hubungan yang disebutkan tadi perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
Asalnya daripada sekelompok manusia yang saling berbalah, mereka berdiskusi mencari penyelesaian dan terbitlah apa yang dikatakan sebagai kontrak sosial. Kontrak sosial adalah bagi memelihara hak2 asasi sesama manusia dengan tidak menyakiti sesama mereka.
Masyarakat pada ketika itu menyerahkan hak mereka untuk di-regulate-kan oleh authority supaya semuanya mendapat keadilan dan dilindungi. Ini bermakna masyarakat ataupun manusia itu diberikan kedaulatan yang mana mereka tidak boleh sama sekali di perlakukan sesuka hati.
Inilah konsep kontrak sosial dan hak asasi manusia pada asalnya. Nampak seperti sangat bagus. Tapi ianya berbeza dengan kontrak yang diperkenalkan oleh Islam yang meletakkan kedaulatan tertinggi kepada Allah, bukan kepada manusia, masyarakat mahupun pemerintah!
Manakala hak asasinya juga terbatas dalam lingkungan nilai2 Islam. Manusia tiada hak menuntut kebebasan yang keterlaluan kerana manusia itu sendiri tidak bebas. Manusia berhutang kepada Allah atas nyawa dan kehidupan yang dipinjamkan dan kedudukan manusia sebagai hamba kepada Allah sebagai tuan dan tuhan, bukannya manusia itu dianggap sebagai tuan di dunia ini.
Kejelikan pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba membawa pengaruh kotor ke dalam hidup muda mudi sekarang amat dikecam. Ianya bukan sahaja bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat setempat, tetapi juga nilai masyarakat seluruh dunia dan yang lebih penting ianya bertentangan dengan nilai dan ajaran Islam.
Jadi segala tuntutan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai hak asasi manusia kerana ianya terkeluar daripada sosial kontrak masyarakat dan secara islamiknya bertentangan dengan kontrak hamba dengan tuhannya..
Secara sekularnya, sekali lagi ditekankan, hak asasi manusia hanya berlaku sekiranya ianya tidak mengguris hati dan perasaan mana2 pihak dan kedaulatan setiap individu itu dipelihara dan dipertahankan. 'It's to serve the right of many rather than individual interest.'
No comments:
Post a Comment