Alhamdulillah sampai jua ke rumah setelah 2 bulan lebih tidak pulang sejak bermulanya semester baru. Tak banyak perubahan yang ada, tapi semua tu tak mengapa. Yang penting aku dapat melepaskan segala kerinduan terhadap keluarga.
Semuanya dapat berkumpul, umi & buyah dan semua adik beradik ada bersama. Dan tak ketinggalan jugak anak buah pertama aku, Muhammad Khalil al-Murtadha yang dah berusia 9 bulan. Wah, rasa lama sangat tak berjumpa. Dah besar dah budak tu. Dah pandai bertatih, dah pandai bermain.. =)
Bila dikenangkan kembali, dulu kami adik beradik semuanya kecil2 lagi, buyah dan umi terpaksa melayan kerenah kami semua. Keriuhan kami bertengkar, bermain dan segala macam ragam menjadikan warna warni dalam kehidupan berkeluarga yang dapat memberikan senyuman kepada umi & buyah.
Sekarang kami adik beradik semua dah besar, sudah merantau jauh dari rumah, jauh dari umi & buyah. Tak pernah terfikirkan kesunyian yang mereka hadapi setelah anak2 pergi meninggalkan mereka. Tapi walau pahit mcam mana pun, inilah lumrah kehidupan. Sampai bila kita harus berkepit bersama ibubapa. Tiba masanya kita akan berpisah dengan mereka. Cuma yang membezakan anak soleh dan tidak adalah mereka yang sentiasa teringatkan ibubapa dan mendoakan untuk mereka dan cuba sedaya upaya untuk pulang menziarahi mereka.
Kepada umi & buyah, insyaAllah kami sebagai anak2 cuba menjadi anak2 yang baik dan akan sentiasa membanggakan keluarga. Alhamdulillah sekarang ni kami adik beradik semuanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Kak Yong dan suami dia melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhaz Mesir, adik lelaki aku di UKM, adik perempuan pula di USIM dan aku sendiri berada di UIAM. Cuma tinggal adik yang bongsu sahaja yang masih menuntut di sekolah menengah.
InsyaAllah, kami akan berusaha untuk mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik. Hmm..rindunya pada kalian..
No comments:
Post a Comment