Saturday, November 23, 2013

:::Muhasabah Cinta:::

Pada suatu ketika dahulu "Y" (bukan nama sebenar) pernah mempunyai hubungan cinta dengan "N" (bukan nama sebenar). Seperti remaja2 lain yang baru ingin mengenal dunia, kurang tarbiahnya maka mudahlah mereka jatuh ke alam yang dinamakan cinta. 

Y adalah seorang lelaki yang baik, berlatar belakangkan keluarga yang kuat pegangan agamanya. Tapi iman itu tidak boleh diwarisi lebih2 lagi tiada kefahaman yang jelas mengapa seseorang itu tidak boleh bercinta sebelum berkahwin. Yang dia tahu orang2 tua pasti akan marah jika bercinta ketika belajar, tanpa tahu hukumnya yang jelas dalam agama. Maka dengan jiwa remaja yang sentiasa ingin mencuba, ingin diberi perhatian, disayangi maka Y mengambil keputusan melafazkan cinta dan perasaannya kepada N ketika mereka sama-sama menuntut di sebuah institusi.

N pula adalah seorang gadis biasa, latar belakang keluarga juga biasa. Di awal perkenalan dengan Y, dia agak sukar dan kekok untuk membiasakan diri dengan cara kehidupan Y. Pada waktu itu Y mempunyai prinsip yang agak kurang jelas. Keliru antara sifat cemburu dan tuntutan agama, maka dengan itu Y meminta N supaya mengenakan pakaian yang longgar dan bertudung labuh. 

Dia tahu wanita wajib menutup aurat dengan mengenakan pakaian sebegitu. Tapi dalam masa yang sama berasa cemburu terhadap mata-mata liar yang memerhatikan buah hatinya itu. Mungkin itulah alasannya dia menyuruh N berubah terutama dari segi pemakaian.

Pada mulanya N agak keberatan, namun lama-kelamaan alhamdulillah dia berubah ke arah yang positif. N mula memakai tudung labuh, mengenakan stokin kaki dan sarung tangan. Yang pastinya N berubah bukanlah kerana desakan daripada Y, tetapi atas kemahuan dirinya sendiri. 

Dua tahun mereka bercinta hingga tiada seorang pun kenalan rapat yang tidak mengetahui hubungan mereka. Hinggalah pada suatu hari Y menyertai suatu program dan berkenalan dengan seorang gadis yang merupakan ahli kumpulannya. Mungkin silap Y sendiri kerana terlalu mudah jatuh hati. Seminggu berkenalan maka hubungan mereka semakin rapat dan perkara itu disedari rakan2 nya yang lain. 

Rakan2 Y cuba menasihatinya supaya tidak mengecewakan N dan melupakan gadis tersebut. Lebih2 lagi mereka mendapat tahu bahawa gadis tersebut bukanlah gadis yang baik dan hanya ingin berseronok sahaja. Tetapi diibaratkan orang yang mabuk cinta, Y tidak mengendahkan nasihat rakan2nya.

Kedegilan Y menyebabkan rakan2nya membuat keputusan memberitahu kepada N. Mendengar berita tersebut N begitu sedih dan cuba meminta penjelasan daripada Y. Perkara yang diharapkan berlaku sebaliknya. Y begitu berang dan tanpa berfikir panjang mengambil keputusan menamatkan hubungan dengan N.

Tindakan zalim Y menyebabkan N betul2 sedih dan terseksa. Rakan2 yang lain turut bersimpati terhadap N dan menyalahkan Y. Penangan kekecewaan itu memberi kesan yang sangat mendalam kepada diri N hinggakan dirinya tidak terurus dan perlu mendapatkan kaunseling dan sokongan rakan2. 

Dalam masa yang sama Y sedang dalam lamunan cinta dengan gadis baru tersebut dan langsung tidak menghiraukan penderitaan N. Rakan2nya turut menghukum dengan memulaukannya, namum Y sedikit pun tidak berasa terancam kerana baginya dunia ini hanya ada dia dan gadis baru tersebut. 

Hinggalah pada suatu hari giliran Y menerima nasib yang sama kerana gadis tersebut memberitahu bahawa dia tidak pernah mempunyai perasan cinta kepada Y tetapi menganggap Y seperti kawan biasa. Sedangkan dalam pada itu rupa2nya gadis tersebut sedang menjalin hubungan cinta bersama lelaki lain.

Hancurnya hati Y hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hidupnya dirasakan begitu gelap. Dia mula mencari rakan2nya untuk menjadi tempat mengadu tetapi rakan2nya telah tekad meninggalkannya dan tidak menghiraukannya lagi. Kini Y betul2 keseorangan. Dirasakan alam ni sedang menghukumnya atas kesilapan yang dia lakukan. Dia terperangkap dalam egonya sendiri. Kini barulah dia sedar yang mana kaca dan permata.

Setahun berlalu. Apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Siapa sangka sejak peristiwa itu Y telah melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan dakwah dan membina persahabatan dengan rakan2 baru. Kini dia lebih memahami tentang agama dan batas2 dalam pergaulan antara lelaki dan wanita. Baginya tiada lagi istilah "kapel" sebelum kahwin. Yang ada hanya cinta kepada Allah dan Rasul selain cinta kepada ibu bapa dan keluarga.

Suatu ketika dia terpandang dari jauh kelibat N. Masih sama seperti dulu. Berpakaian longgar, bertudung labuh, berstokin serta mengenakan sarung tangan. Sungguh ayu mengikut syariatNya.. Maka Y cuba mendekati N melalui risikan terhadap rakan2nya. N berjaya dihubungi. Dia cuba melamar N sekali lagi dengan pendekatan berbeza. Lamaran yang serius untuk memperisterikan N. 

Gambar Hiasan


Tetapi N begitu kuat pendiriannya. Walaupun dia mengaku sudah memaafkan Y atas apa yang telah berlaku tetapi N tidak mahu lagi kenangan lama kembali dalam hidupnya. Lalu N menolak lamaran Y. Berat hatinya atas penolakan tersebut. Tetapi Y begitu optimis bahawa jika jodohnya dengan N sudah pasti mereka akan bersatu juga akhirnya. 

Setahun sebelum tamat pengajian di kampus Y cuba menghubungi N. Tetapi berita yang dia peroleh amat menyedihkan. N telah bernikah sebulan yang lalu atas pilihan keluarga. Bermakna Y terlewat sebulan untuk melamar N. Perasaan sedih menyelubungi Y. Dia tidak sangka gadis yang pernah dia cintai sebelum ini, seorang yang biasa2 berubah ke arah yang jauh lebih baik atas usahanya, kini sudah bergelar isteri orang.

Apa pun berlaku Y harus redha. Terima dengan ketentuanNya. Y berharap N bahagia bersama suami dan keluarga tersayang. Sesekali Y dalam diam2 mengikuti perkembangan N dan seronok melihat kebahagiaan mereka. Alhamdulillah.. Dia telah memperoleh orang yang selayaknya untuk dia yang boleh membimbing, menjaga dan memberi kebahagian kepadanya. Semoga N menjadi isteri yang solehah..









Gambar Hiasan


Masa berlalu begitu cepat. Y meneruskan hidupnya seperti biasa. Perkara lalu hanya tinggal kenangan. Dia mengambil pengajaran atas pengalaman hidupnya. Jika dia berkahwin suatu hari nanti dia akan menerapkan kefahaman yang jelas tentang agama terhadap anak2nya. Suatu larangan itu perlulah mempunyai penerangan. Bukan hanya sebagai larangan semata-mata. Dan yang paling penting adalah meletakkan cinta kepada Allah dan rasul lebih utama daripada cinta kepada yang lainnya. "Jika cinta mestilah membawa ke syurga~ "


Wallahua'lam.. Cerita ini tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Jika ada mungkin ianya suatu kebetulan.. ^_^ V



Gambar Hiasan






Tuesday, November 19, 2013

:::Mari Menjadi Hamba:::

Hidup ini selain untuk beribadah kepada Allah, menjadi khalifah di muka bumi serta menjadi hambaNya, ia juga adalah suatu medan ujian yang perlu dilalui demi menuju Ilahi..

Tidak kira siapa pun samada aku, engkau, dia mahupun mereka... Yang kecil, besar, tua ataupun muda. Lelaki dan wanita. Islam, Yahudi juga Nasrani. Selagi bergelar seorang manusia maka engkau pasti diuji. Ia bertujuan menujukkan bahawa engkau adalah makhluk yang lemah lagi hina, tidak terdaya kepada suatu pun melainkan dengan izinNya. Lemahnya engkau, berertinya hebatnya yang Maha Berkuasa. 

Lebih-lebih lagi engkau yang mengaku Islam, malah BERIMAN. Lalu Allah berfirman dalam surah al-Ankabut, ayat 2-3 yang bermaksud: 

"Apakah manusia mengira mereka dibiarkan mengatakan; 'kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka dan benar-benar Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui pula orang-orang yang dusta."



Maka selayaknya engkau diuji menurut apa yang engkau ucapkan. Tetapi Allah itu Maha adil, Pengasih lagi Penyayang, lalu Dia berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang berbunyi "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..",  yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."



Jelaslah betapa Sang Pencipta itu lebih memahami akan perihal makhluk ciptaanNya dan Dia lebih mengetahui tahap daya upaya engkau dalam mengharungi ujian serta mehna itu. Kasihnya Allah dengan menimpakan sesuatu berdasarkan kemampuan diri, semata-mata supaya engkau ingat dan kembali kepadaNya.

Rakan-rakan sekalian, ketahuilah walau semua manusia itu diuji tetapi keistimewaan kepada mereka yang beriman adalah sifat sabar. Islam, Yahudi dan Nasrani semuanya diuji atas ujian yang tersendiri. Mukmin itu berbeza dengan yang lainnya melalui kesabaran atas ujian dan dugaan tuhannya.

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155)



Kenapa kita perlu bersabar dengan ujian tersebut? Setiap yang Allah jadikan itu punya hikmahnya tersendiri. Menerusi akal dan fikiran yang waras, jawapan bersama engkau. Kesabaran itu untuk mendidik engkau menjadi orang yang bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang sedia ada mahupun yang akan datang. 

Setelah ditimpa dugaan seorang mukmin itu akan sedar bahawa selama ini dia dilimpahi dengan pelbagai jenis nikmat, maka dengan itu dia mula belajar bersyukur. Lalu dapatlah dia harungi dugaan dengan tabah dan sabar hinggalah kemenangan menjadi miliknya. Syukur yang berterusan hingga terbit keikhlasan dalam tindakan juga amalannya. 

Dan dengan kesabaran itu juga sebagai tanda dan membuka peluang supaya iman dapat naik satu tingkat daripada sebelumnya, InsyaAllah.. Begitulah untungnya orang-orang beriman yang sentiasa teguh hatinya dengan kesabaran.

Jika tiada sabar dalam mengharungi ujian, maka syukur itu pasti tidak wujud. Tanpa syukur hilanglah keikhlasan dalam ibadah. Maka tiadalah bezanya antara engkau dengan Yahudi dan Nasrani.. Nauzubillahi min zalik.

Jadi ini adalah peringatan juga nasihat untuk engkau yang bergelar Muslim dan Mukmin. Bersabarlah atas ujian. Jadilah hamba yang bersyukur, refleksi dengan amalan. 

Dengan usaha yang merupakan mujahadah melalui jalan yang Allah redha, berkat doa yang menjadi senjata Muslim, dan tawakal sebagai bukti pergantungan harap yang tidak berbelah bahagi kepada Rabbul 'Alamin.. Moga Allah redha, insyaAllah Dia permudahkan.. Allahumma Ameen~








Sunday, November 17, 2013

:::Aku Ada, Kau Ada??:::

Penghujung tahun 2013, musim kenduri kahwin sana-sini. Ramai juga kawan aku yang berkahwin. Bulan ni dua pasangan. Bulan depan ada lagi beberapa pasangan. Tak termasuk lagi jemputan tahun-tahun yang lepas dan juga tahun-tahun yang akan datang.. 

Baik kawan masa sekolah, kawan di universiti mahupun kawan-kawan di tempat kerja... Ramai yang sudah dan sedang ke arah membina rumah tangga mereka.

Tapi aku.....? Err..... Wallahua'lam.. Tak tau lagi bila masanya nak tiba.. So, "aku ada, kau ada??  
Ok fine.. Sebenarnye korang je ada, aku tak ada.. -.-"
Lol.

Gambar-gambar di bawah ni merupakan majlis perkahwinan kawan-kawan sekolah yang aku sempat pergi. Kawan-kawan universiti sorry la, tak dan nak pergi sebab jauh-jauh belaka..huhu..




        Semalam, majlis kahwin ex-classmate masa sekolah dulu, Siti Mariah bersama pasangannya.



             Hari ini, majlis kahwin rakan sekolah juga. Irsyad & Ainul. Kedua mereka ni kawan sama sekolah. So orang kata cinta waktu sekolah ni cinta monyet adalah tahyul la kan3... ^_^




Yang ni majlis tahun lepas. Kawan rapat masa sekolah dulu, Shahir namanya.. Tapi pengapit lagi encem.... ^_^    haha.. 





         Semasa majlis akad nikah Shahir.. Macam aku pulak yang nak nikah.. -_*


Untuk pengetahuan korang, Shahir & Irsyad ni kawan aku paling rapat masa sekolah dulu. Gado sama2, melawak sama2.. Tapi time sekolah dulu aku la Mat Romeo nye.. Satu sekolah tahu aku bercinta sampaikan ustaz dan ustazah pun tahu.. Tapi la ni aku lah yang jadi antara yang paling lambat kahwin.. Kui3..

Tu namanya jodoh.. Urusan jodoh, ajal maut, rezeki dan perkara-perkara ghaib yang lain ni urusan Allah. Dia dah aturkan semolek-moleknya untuk hambaNya.. Lebih-lebih lagi aku ni bukanlah daripada keluarga yang senang, jadi segalanya mesti atas usaha sendiri tanpa bantuan keluarga. 

Takpe, tak tahun ni tahun depanla.. Tak tahun depan tahun2 depannya lagilah.. hehe..

Aku doakan untuk pasangan pengantin ni dan siapa2 sahaja moga hubungan yang terjalin tu kekal hingga ke syurga.. Moga Allah berkati dan rahmati kalian. Dan...................... Moga cepatla juga sampai jodoh bagi kami yang belum kahwin ni... Ngeee~    :D



Friday, November 15, 2013

:::Kembara Hamba: Berkali-kali Aku Dilamar:::

"Kalaulah akak ada adik perempuan dah lama akak lamar kau bagi pihak dia..."  Kata seorang staf CIMB Bank yang berpangkat 'kakak' kepada aku. Aku hanya panggil dia dengan panggilan "Kak Lin".
Waktu tu baru sebulan aku bekerja di sana. Kami bekerja dalam sebuah kumpulan kecil yang terdiri daripada sembilan orang ahli, iaitu empat lelaki dan lima wanita. 

Kesemua kami datang daripada pelbagai latar belakang. Begitu juga aku.. Hanya menjadi diri sendiri.. Mungkin kerana keadaan diri yang agak "innocent", mengamalkan integriti yang tinggi, tegas serta ramah dengan rakan pasukan serta pembawakan tarbiah "Universiti Islam" maka aku dilihat sebagai seorang yang berbeza daripada orang lain.

Kak Lin antara orang yang paling rapat dengan aku, walaupun di pejabat ada segelintir staf yang tidak selesa dan kurang suka dengan sikapnya. Tetapi aku tak hiraukan cakap2 orang. Aku lebih suka berkawan daripada bermusuh. Sepanjang sebulan aku di situ hubungan aku dengan pekerja2 lain juga sentiasa baik, alhamdulillah.. 

Cumanya dengan Kak Lin, beliau selalu bawakan aku makanan sperti kek, durian crepe, dan masakan2 lain yang dibawa dari rumah.. Nyum3... Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Lebih-lebih lagi aku hidup membujang dan kalau nak makan biasanya aku tapau je dekat kedai makan. 

Mungkin melihatkan keadaan aku berkelana seorang diri berjauhan dengan keluarga maka Kak Lin secara berseloroh mengatakan ingin melamar aku jika dia mempunyai adik perempuan. Hakikatnya tiada..haha.. 

Aku pun tersipu-sipu macam kerang dan siput yang menyusur perlahan meninggalkan ofis untuk keluar rehat..... ^_^
-
-
-
-
-
-
-
-

Dalam cerita yang lain pula ialah ketika aku mengadakan lawatan ke salah sebuah cawangan CIMB Bank di ibu kota. Memang menjadi tugas aku untuk melawat ke cawangan-cawangan CIMB sekitar Kuala Lumpur bagi membuat laporan prestasi bagi tujuan latihan pekerja. 

Jadi di sebuah cawangan ni semasa aku ingin pulang ke ofis di Bukit Damansara, aku sempat berbual dengan driver ofis tersebut. Aku pun tak ingat namanya, tapi umur dalam lingkungan lewat 40-an. Banyak yang kami bualkan. Antara soalan yang diajukan kepada aku ialah 'sudah berapa lama kerja?", "berasal dari mana?", "study dulu belajar bidang apa?" dan macam2 lagi.. Dia pun ada menceritakan mengenai keluarga dan anak-anaknya.

Tiba-tiba dia tanya aku samada sudah berkahwin ke belum? Aku pun jawablah belum..
Kemudian dia tanya, "Nak tak kalau pakcik kenalkan dengan anak pakcik..?"

Erk.... -.-"

"Anak pakcik ni janda. Pernah berkahwin dan ada seorang anak. Umur 28 tahun. Muka memang cantik macam Erra Fazira, tapi anak pakcik pakai tudung.."  Sambung pakcik tu lagi.. 

Aku terdiam tanpa mampu membalasnya.. Sampai je ofis sekali lagi aku menyusur dengan tenang seperti siput yang tidak tahu apa yang berlaku sebentar tadi....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Masih di ofis yang sama iaitu di CIMB Bank. Kali ini seorang staf lain tapi merupakan ahli kumpulan kami juga. Dia lebih mesra dengan panggilan Elly. tapi untuk adik-adik bawahan macam aku ni panggil Kak Elly la.. Dia sudah bertunang. Tapi dengar-dengar cerita dia ada masalah dengan tunangnya.

Dua minggu terakhir sebelum aku menamatkan perkhidmatan di CIMB, Kak Elly datang jumpa aku dan beritahu yang dia dah putus tunang. Dia ceritalah masalah dia tu sampailah mereka putus. Dia kata kebetulan sejak aku mula-mula kerja dulu dia macam dah ada feeling kat aku.. Dia harap aku dapat terima dia.... Arrghh... dalam hati aku, "kenapalah semua ni beraku...???"

Tapi alhamdulillah aku menolaknya dengan baik. Tapi still dari segi layanan dan gerak gerinya membuatkan aku tidak selesa. Mujurlah sudah minggu-minggu terakhir. Tiba masanya aku pun tinggalkan CIMB dan berpindah ke RHB Bank... phew..
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Lamaran terhadap diri aku tidak berakhir di CIMB.. Seolah-olah terkena sumpahan.. Nauzubillah tapi (Alhamdulillah juga..hehe).. Di RHB pun aku mengalami perkara serupa. 

Di RHB aku bekerja di sebuah cawangan kecil yang mempunyai pekerja seramai lapan orang sahaja. Disebabkan bilangan kami yang sedikit maka hubungan kami juga rapat. Aku ada seorang rakan yang agak rapat di situ. Nizam namanya dan memang aku akui Nizam ni baik orangnya.. Boleh dikatakan masalah kami abis dikongsi bersama. Jika tak cukup duit pun saling pinjam meminjam..haha..

Boleh dikatakan kami berdua ni agak spoting la sebab kadang-kadang sebelum balik kerja kami sempat berlatih silat sama-sama. Dalam ofis tu yang tak boleh blah..  :D

Dia pun dah kenal hati budi aku dan aku pun kenal hati budi dia termasuklah menceritakan pasal keluarga masing-masing. Sampaikan dia nak jodohkan aku dengan salah seorang adik perempuan dia yang bekerja di Petronas. Fuhh.. Gaji pun besar.. RM4k beb.. Tapi apakan daya, hati ku bukan untuk siapa-siapa melainkan yang telah tercatatkan untuk ku "my Mrs. Right"... =)

Jodoh ku menanti di sana, cuma tidak ku tahu kapan waktunya...

Kini aku meneruskan kerjaya aku di Pusat Asasi UIAM sebagai pensyarah. Moga dapat dijauhkan ujian bagi hati dan nafsu.. 

Siiru 'Ala Barakatillah~




Wednesday, November 13, 2013

:::Kembara Hamba: Kenangan Terindah:::

Beberapa bulan setelah bergelar graduan aku mula merindui zaman di kampus. Di kelilingi rakan-rakan, menyertai program, kuliyah agama, study group, pergi ke kelas, latihan silat, mengorat awek (masa tahun satu tengah nakal2), menduduki peperiksaan, menyiapkan assignment, pilihanraya kampus dan sebagainya... Semuanya dalam kenangan..

Kadang-kadang jika berkesempatan aku akan ke UIAM Gombak untuk berjumpa rakan-rakan yang masih ada di sana untuk bertanya khabar dan beraktiviti bersama mereka. 

Yang paling memberi kesan adalah pasukan pencak silat UIAM, yang aku pernah anggap sebuah keluarga suatu ketika dahulu. Susah senang kami bersama. Pernah menjadi Abang Long untuk mereka dan memimpin organisasi dan mencatat kenangan manis bilamana pasukan kamilah satu-satunya pasukan yang berjaya menyumbang pingat emas ketika Karnival MASUM 2012, yang mana kami berjaya merangkul 2 pingat emas, yang juga satu-satunya emas untuk kontinjen UIAM ketika itu.



                                     Latihan Sempena Kejohanan Taming Sari V 2011


Namun sekarang ini aku hanya orang luar bagi mereka. Tiada apa lagi yang boleh dikongsi dan dilalui bersama. Cuma sekali sekala datang menjenguk dan berlatih bersama. Adalah dalam sebulan cuma dua kali aku menyertai mereka.

Terkadang aku berasa cemburu kerana kemesraan sesama mereka tanpa penglibatan aku. Dalam diam aku memendam rasa sedih. Namun aku sedar bahawa masa ku telah berlalu...

Kini rutin pagi aku hanya seorang diri. Selesai mendirikan solat subuh dan mengaji al-Quran aku bersiap ke "Taman Layang-Layang" di Kepong dan melakukan aktiviti panas badan, ber-jogging dan sedikit latihan teknik silat olahraga. Setiap pergerakan latihan yang aku lakukan, pasti aku terbayangkan rakan-rakan di sana. 

Takpe, suatu hari nanti pasti ada seorang insan istimewa yang akan menemani, insyaAllah~  ^_^






Tuesday, November 12, 2013

:::Kembara Hamba: Lompat Si Katak Lompat:::

Sesungguhnya setiap manusia itu telah ditetapkan kepadanya oleh Allah rezeki yang tidak ketahui. 

Alhamdulillah belum pun tiba hari Konvokesyen UIAM pada 10 Oktober 2012, aku telah menerima surat tawaran kerja di sebuah institusi kewangan iaitu CIMB Bank Berhad yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Selesai sahaja istiadat Konvokesyen maka aku pun melaporkan diri di sana dan mula berkhidmat sebagai Exsekutif di bahagian latihan pejabat berkenaan. Akan tetapi telah tercatat di sana tempat aku cuma seketika. Dalam masa kurang daripada tiga bulan macam-macam kerenah dan masalah yang timbul baik dari kalangan pekerja, sistem dan juga hal kebajikan. Boleh dikatakan ianya merupakan hal-hal dalaman syarikat sebab tu orang awam tidak sedar akan kepincangan yang berlaku sesama kami.

Mungkin bagi mereka yang telah lama bekerja boleh menyesuaikan diri dengan hal-hal yang demikian. Tetapi sebaliknya bagi golongan seperti aku yang baru tamat pengajian yang belum ada pengalaman dan belum terbiasa dengan suasana seperti itu. Terdetik di hati untuk berhenti dan mencari pekerjaan lain.

Alhamdulillah, Allah itu Maha mendengar lagi Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Maka dalam tempoh tiga bulan terakhir tu aku mendapat tawaran kerja di sebuah institusi kewangan yang lain iaitu di Easy RHB Bank Berhad yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dan berlakulah lompatan pertama aku dengan jawatan yang ditawarkan sebagai "Assistant Outlet Manager" di branch berkenaan dan alhamdulillah gaji yang ditawarkan juga lebih tinggi berbanding sebelumnya..

Tiada masalah besar yang aku hadapi di RHB. Mungkin sebab aku sudah mula membiasakan diri dengan suasana kerja di bank atau mungkin kerana benar-benar tiada masalah besar seperti di CIMB bank, wallahua'lam..

Namun begitu setelah genap enam bulan bekerja maka siri lompatan seterusnya pula berlaku bilamana aku ditawarkan berkhidmat di Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya, sebagai pensyarah bagi matapelajaran Sains Politik. Peluang yang sudah pasti lebih baik buat masa ini dan tawaran gaji yang lebih lumayan menyebabkan aku berkobar-kobar untuk memulakan perkhidmatan di Pusat Asasi UIAM.

Tanggal 3 Jun 2013 aku pun memulakan tugas aku sebagai pensyarah di sana dan pengalaman menjadi pendidik membuatkan aku begitu teruja, selain memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Walaupun bidang akademik bukanlah minat aku yang sebenar, tetapi aku seronok dengan pekerjaan aku sekarang. Mungkin ini adalah pengalaman yang mengujakan sebelum aku melompat ke tempat lain yang benar-benar memberi kepuasan dan mencapai hasrat serta cita-cita besar aku, insyaAllah..

Begitulah cerita lompat-melompat aku dalam kerjaya buat setakat ini. Tak salah sebenarnya asalkan kita punyai prinsip dan tidak menjual harga diri. Bagi aku dalam tempoh lima tahun pertama selepas bergraduasi adalah merupakan tempoh percubaan dan menimba pengalaman serta belajar erti kehidupan yang sebenar. Pada waktu inilah kita menempuh segala mehnah kehidupan yang tidak sempat kita tempuh semasa berada di kampus, dan mengajar diri kita menjadi matang lebih-lebih lagi dalam memimpin diri dan membuat keputusan. 

Tetapi tidak dinafikan juga. Ada orang yang cepat memperoleh kerjaya yang sesuai dan diidamkannya. Jadi mereka ini sudah tentu akan kekal lebih lama bersama organisasi yang mereka sertai.

Justeru bagi diri ini, perjalanan aku masih panjang. Banyak lagi yang aku harus belajar selain masih mengejar impian yang tinggi menggunung. Prinsip yang menjadi pegangan dalam situasi begini ialah sentiasa berusaha, berdoa serta bertawakal kepada Allah. InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ Allah tunjukkan jalannya.. Ameen mudah-mudahan~     ^_^

Maghrib dulu yaw.. 


To be continued.....




Sunday, November 10, 2013

:::Suatu Kisah Dahulu:::

Solla'alaikallah wa Solli'ala Saidina Muhammad, Wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallam... 

Kisah ini adalah suatu "kisah" dahulu.. Bukanlah seperti yang dimainkan di pawagam tetapi realiti dan pengalaman diri ini yang sebenar..

Alhamdulillah diberi kesempatan berkongsi sesuatu malam ini. Sebenarnya aku ingin menulis tentang topik "Kembara Hamba", sambungan untuk entry yang lepas. Tapi aku tangguhkan dulu lalu menulis tentang "suatu kisah dahulu" kerana atas permintaan seorang hamba Allah yang sudi menjadikan diri ini inspirasi dalam mengejar cita-cita dan bermujahadah sebagai seorang anak, pelajar, dan hambaNya insyaAllah~

Walaupun begitu ingin aku tegaskan di sini bahawa aku bukanlah seorang yang sempurna. Sama sahaja seperti manusia lain yang dalam kekurangan dan tercari-cari peluang untuk kembali kepadanya. Ya, tiada siapa yang sempurna, barangkali hanya "limited edition" !     ^_^ v

Suatu kisah dahulu yang mengubah diri aku ke hari ini. Kerana yakin itulah jalan ku maka itulah aku di sana, di suatu tempat yang bernama "Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia".

Adakah kehebatan institusi Islam itu terletak pada namanya? Atau pada tenaga pengajarnya? Atau mungkin pelajar-pelajarnya..? Wallahua'lam. Tapi yang pasti ianya merupakan kesinambungan setiap entiti itu. Tanpa salah satu daripadanya maka tempanglah institusi yang gah itu.

Maka aku pun berazam meletakkan diri selayaknya dengan kemegahan nama tersebut kerana ingin bersama-sama menjadi entiti penting yang membawa kepada gemilangnya sebuah Taman Ilmu dan Budi, dan kerana aku sedar tanggungjawab dan tanggapan masyarakat yang memandang setiap isinya sebagai suatu imej yang tidak dapat disangkal lagi.

Bermula semester pertama dengan penuh mencabar. Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di samping aku yang hanya sekadar lulus matapelajaran berkenaan semasa SPM menyukarkan aku berinteraksi dan menguasai limpahan ilmu yang lain lebih-lebih lagi bahasa tersebut menjadi lingua franca di situ. Tapi aku tiada pilihan dan aku harus segera. Segera menyelesaikan masalah asas tersebut yang mana ianya menjadi medium untuk mengakses kepada yang lainnya.

Pengalaman ketika ditemuduga untuk masuk dalam jurusan pengajian Sains Kemanusiaan takkan pernah aku lupakan. Seorang yang hanya memperoleh gred 7D untuk matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM sedang cuba mencipta sejarahnya yang tersendiri, sedangkan belum pernah seorang pun sebelum ini yang berkelulusan sebegitu melepasinya.

Ketua Jabatan Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu, Madam Nursiah, merupakan individu penting dalam kisah ini yang mana beliaulah yang menemuduga aku ketika itu. Disebabkan aku tidak menepati kelayakan yang dikehendaki (kelemahan Bahasa Inggeris) untuk masuk dalam jurusan tersebut. beliau menasihati supaya tidak meneruskan hasrat aku itu dengan alasan ramai pelajar telah gagal walaupun mereka cemerlang dalam penguasaan Bahasa Inggeris. 

Namun aku tidak berputus asa dan meyakinkan beliau bahawa penguasaan bahasa tanpa minat dan usaha tidak ke mana, dan kemahiran bahasa Inggeris juga tidak menjamin kejayaan seseorang. Aku minta diberi peluang membuktikan kemampuan aku dalam jurusan berkenaan. Rayuan aku itu kerana betapa aku ingin mempelajari pengajian Sains Politik, untuk mengetahui situasi politik semasa yang tidak stabil ketika itu dan memberi sumbangan yang sepatutnya kepada negara, bangsa dan agama insyaAllah..

Semester berikutnya tiba. Alhamdulillah, aku lulus temuduga tersebut dan dikehendaki menduduki ujian bertulis sebagai ujian kelayakan sebelum aku diterima secara rasmi meneruskan pengajian dalam jurusan Sains Kemanusiaan. Alhamdulillah Allah permudahkan jua.. Maka semester tersebut secara rasminya aku bergelar pelajar Sains Kemanusiaan. 

Kini cabaran seterusnya bermula. Aku harus menghadiri kelas-kelas Bahasa Inggeris mengikut tahap yang ditentukan. Dengan usaha, doa dan tawakal akhirnya aku berjaya melepasi setiap tahap tersebut dan berjaya membuktikan kemampuan aku seperti yang dijanjikan kepada Madam Nursiah sewaktu temuduga dahulu dan berjaya mengatasi pelajar lain yang cemerlang penguasaan Bahasa Inggerisnya. 

Dan kenangan manisnya juga aku menjadi pelajar terbaik beliau, bahkan pelajar terbaik setiap pensyarah yang mengajar aku sepanjang berada di institusi berkenaan, alhamdulillah... Setelah dua tahun menuntut maka tamatlah pengajian aku di sana dan kini aku meneruskan perjuangan di kampus utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di gombak.

Hebatnya nama universiti itu, maka aku harus seiring dengannya. Bukan hanya menumpang, tetapi peneraju untuk suatu kejayaan daripada jenis-jenis kejayaan yang lain. Bukan hanya berkadar-kadar tetapi mencabar diri untuk berada dalam kelompok yang disegani..

Semester demi semester telah aku harungi. Pelbagai ranjau dan kesusahan telah aku tempuh. Di uji dengan kewangan, terpaksa menjual laptop ketika di tahun satu. Aku hanya bergantung kepada komputer di lab. Keadaan masa yang terhad di lab iaitu tepat jam 11 malam lab ditutup maka pulanglah aku ke asrama. 

Jika pelajar lain mungkin masa2 seperti itu mereka menyambung kerja-kerja mereka di asrama seperti menyiapkan kajian, menaip assignment dan perkara-perkara lain. Tetapi aku tiada kemudahan begitu. Mungkin itu hikmahnya dan aku dapat gunakan  masa itu untuk mengulangkaji pelajaran, dan oleh itu juga aku dapat menikmati nikmat waktu rehat pada waktu malam dengan tidur awal.

Genap tiga tahun dalam pengajian di Taman ilmu dan Budi maka tiba masanya aku bergraduasi. Bukan hanya seperti melepaskan batok di tangga. Memperoleh anugerah Naib Canselor adalah suatu kepuasan bagi aku. Alhamdulillah semuanya daripada Allah, nikmat yang dikurniakan setimpal dengan usaha dan pengorbanan hambaNya..

Alhamdulillah kini aku diberi peluang untuk berkhidmat di institusi di mana kisah itu bermula, iaitu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai salah seorang tenaga pengajar di situ. Kini giliran aku pula mencurahkan ilmu yang aku peroleh dahulu kepada adik-adik yang kelihatan begitu berkobar-kobar jiwanya. Moga hebatnya nama insitusi ini terus didokong dan diterajui oleh mereka, dan bukanlah sekadar menumpang padanya sahaja.. InsyaAllah~

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Walau bagaimanapun, secara peribadi, diri ini harus terus bergerak. Mungkin harus berkhidmat di tempat lain barangkali....? Wallahua'lam.. Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih teliti. 

Ingatlah bahawa menuntut ilmu itu harus tahu tujuannya. Bukanlah utk memperoleh pekerjaan yang baik, gaji yang tinggi, dipandang mulia oleh masyarakat, juga memuaskan manusia. Tetapi sedarlah bahawa menuntut ilmu itu suatu kewajipan, ianya suatu ibadah dan yang paling penting untuk mendapat keredhaan Allah dan menjadi hamba yang patuh dan bertaqwa.. Wallahua'lam~