Wednesday, November 24, 2010

:::Harapan Tinggal Harapan:::



Tak macam orang lain, semuanya mempunyai pasangan masing2.. Tapi aku.....Aku masih tercari-cari siapakah serikandi yang diciptakan daripada tulang rusuk kiri aku, yang akan menemani aku dalam meniti kehidupan dan bersama-sama aku berjuang di jalan-Nya..
Mungkin Allah masih nak pelihara aku daripada kelalaian duniawi..wallahua'lam..

Jantung ku berdegup kencang bila memikirkan tentang dia.. Orang yang aku tidak pernah temui sebelum ini.. Memang tidak pernah bersua muka.. Tapi naluri aku kuat mengatakan dia adalah "sebahagian diri ku"..
Tanpa pernah bertentang mata, tanpa pernah berbicara walau sepatah, aku terus ingin mendekati dan mengenali kejadian yang "maha" indah itu.. Hati ku berasa sungguh gembira kerana menyangkakan kehadiran serikandi itu adalah untuk menemani perjalanan hidup ku yang panjang ini..

Tapi.........kegembiraan itu cuma sekejap..adakah benar kewujudan serikandi itu ataupun aku hanya bermimpi di siang hari?

Harapan yang tinggi menggunung hampir2 musnah. Aku perlu kuat dan tidak perlu berputus asa, malah aku mesti terus berusaha dan berharap supaya diri ku diberikan ruang pada tempat yang sepatutnya..
Yang pasti aku akan sentiasa menunggu dia..
Yup..Aku menunggu kamu..aku menunggu KAMU..

(rintihan hati ku benar2 berlaku)


No comments:

Post a Comment