Friday, October 29, 2010

Maafkan kesalahan orang lain..


Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Tak kiralah samada kesilapan tu dilakukan secara sedar ataupun tak sedar, secara sengaja ataupun tidak disengajakan..

Tak kira apa jenis kesilapan pun, yang pasti itu menunjukkan sifat ketidaksempurnaan seorang makhluk yang bergelar manusia.

Bila mana seseorang itu dah sedar akan kesilapan yg dia lakukan dan berhasrat utk berubah ke arah kebaikan, kita sepatutnya cuba membuka ruang dan memberi peluang untuknya kembali ke pangkal jalan sekaligus tidak mengulangi kesilapan yg sama yg pernah dia lakukan sebelum ni.

Kita tak ada hak utk menilai dan menghukum seseorang dengan hanya kerana kesilapan lampau yg pernah dia lakukan, sedangkan dia telah insaf dan sedang berusaha ke arah mengislahkan diri.

Sepatutnya kita perlu mengambil pendekatan dengan mendampingi mereka ini dan bimbing mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yg sama..

Akan tetapi, amatlah dikesali kerana kebanyakan kita pada hari ini sentiasa mengungkit kesilapan2 yg pernah dilakukan dan cuba menghukum dan memberi penilaian yg tak sepatutnya kepada individu2 yg terbabit.

Ada ketikanya, bila kita betul2 membenci seseorang tu, kita sanggup mengumpat dia di belakang, buka aib dan menghasut orang lain supaya turut membenci dia.

Kita tak sedar ke? Pada masa dia sedang berubah ke arah kebaikan, kita pula sedang membuat dosa. Kita memandang kesilapan yg pernah dia lakukan sebelum ini sebagai sesuatu yg tak dapat dimaafkan, tapi dalam masa yang sama kita sedang melakukan salah satu dosa besar, iaitu mengumpat.

Sedarlah..sama2 kita perbaiki diri kita dan cuba mengajak org lain melakukan kebaikan..

No comments:

Post a Comment