Sunday, October 31, 2010

:::::::Pening Lalat:::::::

Tengok tajuk je pun nak tergelak..Tapi bukanla nak buat cerita lawak kat sini. Maybe aku ni je yg jenis lawak2..wakaka.. :-p
Hmm..dah lama sebenarnya aku kena pening2 ni, sejak dari sebelum final exam lagi..Tak tau kenapa..
Nak kata migrain, tak pernah ada sejarah kena migrain pulak sebelum ni. Nak kata stress, tak ada apa2 masalah negara pun yg aku fikir..
Tak kan darah tinggi kot..
Ish bukan lah..

Santau?? haha..nauzubillahi min zalik..Orang sekeliling aku baik2 je, insya-ALLAH..

Tapi maybe satu jawapan yg mungkin tepat ialah......
Kuat tido! kuang3..

Tapi betul la kan..kuat tido sebenarnya boleh buatkan badan kita jadi lesu je dan kepala pun macam pening2 lalat sikit..hehe..maybe la kot..

So lepas ni Hidayat bertekad tak nak banyak tido dah..
peace.. :-D


Semalam berapa banyak dah tido? haha..lebih 10 jam agaknye..kui3..

Saturday, October 30, 2010

Adakah Kau Untuk Ku?

Rasa terpanggil utk tulis sesuatu malam2 ni..
Mungkin sebab stress waktu2 final exam ni, so ni salah satu cara untuk release tension.. peace.. :-D
(Pada hal belum start study apa2 pun lagi, stress apanye..hehe)



Hmm..setiap kejadian diciptakan secara berpasang-pasangan. Tak kiralah apa2 pun, semuanya ada pasangan masing2..siang malam, laut pantai termasuklah lelaki dan perempuan..

Hari ni aku berasa bahagia kerana hadirnya seseorang dalam hidup aku. Kehadirannya sebagai pengganti kepada sesuatu yg aku hilang selama ni..

Tak perlu rasanya aku mention siapakah gerangan yg aku maksudkan tu.. Cuma yg pasti aku cuba menjaga hubungan kami disamping aku cuba perbaiki diri aku sebagai persiapan utk menghadapi hari mendatang..

Aku mengharapkan dialah sebahagian dari diri aku selama ni, yang diciptakan daripada tulang rusuk kiri ku untuk sentiasa berada di sisi, dekat di hati dan menjadi teman hidup dalam mencari keredhaan-Nya.

"Ya Allah, jika Kau ciptakannya untuk ku, maka Kau permudahkanlah segala urusan kami, satukanlah hati kami dengan cara yang Kau redhai, dan peliharalah kami supaya sentiasa berada dalam rahmat Mu.."

Sesungguhnya aku sangat menyintai dia..Uhibbuki fillah~~
Semoga kau juga dapat rasa perasaan yg sama..

Friday, October 29, 2010

Maafkan kesalahan orang lain..


Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Tak kiralah samada kesilapan tu dilakukan secara sedar ataupun tak sedar, secara sengaja ataupun tidak disengajakan..

Tak kira apa jenis kesilapan pun, yang pasti itu menunjukkan sifat ketidaksempurnaan seorang makhluk yang bergelar manusia.

Bila mana seseorang itu dah sedar akan kesilapan yg dia lakukan dan berhasrat utk berubah ke arah kebaikan, kita sepatutnya cuba membuka ruang dan memberi peluang untuknya kembali ke pangkal jalan sekaligus tidak mengulangi kesilapan yg sama yg pernah dia lakukan sebelum ni.

Kita tak ada hak utk menilai dan menghukum seseorang dengan hanya kerana kesilapan lampau yg pernah dia lakukan, sedangkan dia telah insaf dan sedang berusaha ke arah mengislahkan diri.

Sepatutnya kita perlu mengambil pendekatan dengan mendampingi mereka ini dan bimbing mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yg sama..

Akan tetapi, amatlah dikesali kerana kebanyakan kita pada hari ini sentiasa mengungkit kesilapan2 yg pernah dilakukan dan cuba menghukum dan memberi penilaian yg tak sepatutnya kepada individu2 yg terbabit.

Ada ketikanya, bila kita betul2 membenci seseorang tu, kita sanggup mengumpat dia di belakang, buka aib dan menghasut orang lain supaya turut membenci dia.

Kita tak sedar ke? Pada masa dia sedang berubah ke arah kebaikan, kita pula sedang membuat dosa. Kita memandang kesilapan yg pernah dia lakukan sebelum ini sebagai sesuatu yg tak dapat dimaafkan, tapi dalam masa yang sama kita sedang melakukan salah satu dosa besar, iaitu mengumpat.

Sedarlah..sama2 kita perbaiki diri kita dan cuba mengajak org lain melakukan kebaikan..

Thursday, October 28, 2010

Aku pernah ada 30 sen je dalam poket..

Post aku kali ni sebenarnya ada kena mengena dengan cerita yg lepas. Sebenarnya masa aku tengah duduk2 tadi tiba2 aku teringat satu peristiwa yg pernah berlaku ke atas aku tak lama dulu. Masa tu aku tengah study kat Pusat Asasi UIA.

Hmm..biasalah kehidupan sebagai seorang pelajar..bukannya macam orang bekerja. Sedangkan orang yg bekerja pun kadang2 poket kering, ni kan pulak pelajar kan..

Tapi macam apa yg pernah aku hadapi, aku yakin tak ramai student yg pernah mengalami situasi macam aku. Masa tu dah hujung2 sem. Sem satu aku sebagai student UIA. Aku memang betul2 tak ada duit, yg ada pada aku masa tu hanya 30 sen..nak makan apa denagn 30 sen kan..30 sen tu pun lepas tu abis sebab aku beli "chewing gum"..Yela, makan manis2 utk dapatkan tenaga katakan..huhu

Masa ni pun aku memang tak cerita kat member2 aku..Yela, malu katakan..Tak nak member2 tau yg kita ni tak ada duit. Tapi nasib baik masa tu aku ada sikit bekalan roti dan biskut. Ikutkan perhitungan, bekalan tu bolehla bertahan selama 2 minggu.

Masa kat hostel tu kami tinggal ramai2..adala dalam 18 orang dalam 1 bilik tu..
Dalam ramai2 kawan or rumet aku tu, ada sorang kawan yg memang jenis dia suka pow2 makanan orang.
Kat sini aku bagi nama dia "Abu"..(bukan nama sebenar)
Kalau nak ikutkan, dia ni memang drp keluarga yg kaya, rumah dia pun kat Bukit Antarabangsa tu..
Tapi tula, dah memang perangai dia camtu..asyik minta makanan orang je..kalau makan kat kafe, dia bukan nak beli, tapi dok jadi tukang rasa makanan member2 yg lain..ish3...

Kembali cerita asal..
Ada satu hari, masa aku tengah makan biskut sorang2, tiba2 datang si "abu" tadi tu dan duduk sebelah aku. Kemudian dengan slamber dia pun menjamah biskut aku, siap celup dalam air milo yg aku buat lagi tu..

Argghh...betapa panasnya hati aku masa tu..tapi aku diamkan diri jela..
Aku tengok je dia makan biskut aku tu..sedar tak sedar, dia makan sampai abis! aku diam lagi..
Lepas dia dah pergi, aku duduk sorang2 dan berfikir...."apa aku nak makan lepas ni?'
Bekalan sepatutnya bertahan 2 minggu, tapi tak sampai seminggu dah abis dah.

Tiga hari berlalu..Aku tak makan apa2 kecuali minum air milo yg masih ada dalam locker aku.
Agaknya ada antara member2 aku yg perasan keadaan aku masa tu.
Tiba2 ada sorang member aku tu datang dan tanya kat aku yg aku tak ada duit ke? Berat hati utk beritahu hal sebenar.. Tapi dia memang paham dan terus pinjamkan aku RM50..terharu rasanya masa tu..

Hmm..nilah yg pernah aku alami dan kalau boleh aku tak nak adik2 aku pun mengalami nasib yg sama. Nak minta kat parents, parents pun susah.. Cuba berdikari, cari apa2 peluang utk menampung perbelanjaan.

Tuesday, October 26, 2010

Sandwish oh Sandwish..

Masa balik dari ITD lab tadi aku lalu depan warung "nescafe", atau nama baru dia "The Grill" atau pun budak2 UIA panggil "stabuck UIA"..hehe..
Apa pun nama dia bukanlah menjadi isu. Aku cuma nak beritahu salah satu menu yg ada kat situ ialah sandwish cheese..
Biasanya kalau lepak kat library aku memang akan beli sandwish  cheese tu..Rasa dia tak la sedap mana pun, cuma ok la kalau utk makan santai2, especially utk orang yg nak diet macam aku ni, ahaks! >...<
(jangan ingat aku ni gumuk ye..tapi aku cuma nak jaga makan sikit je, eheh..)

Ha, masa aku balik tadi, aku singgah la beli sandwish tu kejap dan makan kat bilik..
Aku memang menghayati betul2 rasa sandwish cheese tu..tengah tulis ni pun aku terliur..haha..
Makan punya makan, tiba2 kepala hotak bisnes aku ni dapat satu idea.
"apa kata kalau sem depan aku buat bisnes sandwish cheese pulak.." Nice...hehe..

Ala, jual kat mahalah je, bukan nak buka gerai kat sebelah "stabuck UIA" tu pun. Sebab kalau aku buka gerai sebelah gerai dia, kompem2 la sandwish aku yg laku dan pemilik "stabuck UIA" tu pun marah..haha..

Sambung cerita asal..
Hmm..selepas aku buat kira2 bajet 2011 utk menjalankan perniagaan aku tu, modal kasar sebagai permulaan yang aku perlukan ialah sebanyak RM25. Dan kebarangkalian keuntungan aku ialah kosong! haha..
Yela, sebab belum tentu ada orang nak beli lagi kan..huhu..
Yang untung perut aku ni ha..Kalau tak abis semunya disumbat dalam perut..Nak bunag takut membazir..
Nak bagi rumet aku yg negro hitam legam *&$#$*@#.. haha..
Memang tak dapatla, aku dah senarai hitam dia dah.. :-P
Taik idung masin betul aku ni kan..haha..
Pape pun padan muka dia kena maki hamun dengan aku.

Tengok, dah tukar cerita dah..Ni si negro tu punya pasal la ni..
Pasal sandwish cheese tadi tu, apa2 pun tengok dulu sem depan macam mana..
Kalau aku masih bersemangat so aku akan teruskan..
v-cOol.. ;-)

MAK vs ANAK

Hai apala nak jadi dengan dunia sekarang ni.. Dalam Kosmo! hari ni keluar berita pasal anak tumbuk mak sampai koma.
Dalam Metro pulak cerita pasal mak cekik anak sampai mati..
Kenapalah semua ni boleh terjadi.
Sikap...Kurang didikan agama...Tak ada kesabaran dalam diri..bla bla bla..


Janganlah benda2 macam ni berlaku dalam kalangan kita. Minta dijauhkan..
Anak2 kenalah menghormati ibubapa..Kan diorang jadi penyebab wujudnye kita kat muka bumi ni..
Tanpa mereka siapalah kita kan..Tak cium bau syurga kalau derhaka kat ibubapa.
Cakap "ah" sekalipun tak boleh, apa lagi menyakiti mereka secara fizikal..

Ibubapa pula, jangalah jadikan anak2 tempat melepaskan geram.
Anak2 tu amanah kita..pelihara, didik dan besarkan dengan penuh kasih sayang, supaya jadi anak2 yg soleh dan solehah.
Barulah nanti mereka akan mendoakan kita.

Kesimpulannya, yang muda perlulah menghormati yang tua, dan orang tua perlulah menyayangi yang muda.
Tak kira siapa pun, kite kena b'pegang dengan prinsip ni. Apatah lagi yang melibatkan darah daging dan anak beranak kita..

Wallahua'lam..

Kita bukan orang kaya dik..

Kali ni aku teringat apa yg adik aku pernah cerita kat aku masa hari raya puasa yg lepas..
Adik aku ni baru je melanjutkan pelajaran kat UKM Bangi dalam Fakulti Pengajian Islam (FPI), baru je sem satu ni ha..Nama je budak FPI tapi perangai sama je sengal macam aku,haha..


Hmm..pernah satu hari tu dia balik rumah sebab cuti hujung minggu. Masa ni aku tak balik. Erm, biasalah bagi seorang anak, lebih2 lagi yg masih belajar, bila balik kampung tu nak jugak minta sponsor daripada parents utk duit belanja makan minum kat kampus nanti..Maklumlah duit PTPTN tak cukup.
Tapi sebelum terbuka mulut utk minta duit belanja, dia terdengar umi mengeluh cakap nak beli lauk utk masak pun tak ada. Nak bayar bil api, air lagi..Dah 2-3 bulan tertunggak..
Maka dia pun batalkan hasrat utk minta duit belanja tadi..


Hari ahad dia pulang ke kampus..
Sampai je kat asrama, sorang rumet dia ajak keluar pergi 'The Mines'..
Adik aku ni pun cakap, "korang pergi jela, aku tak dapat ikut la, duit tak ada.."
Si member ni pun jawab balik, "laa..kan baru balik rumah, mesti banyak duit. Kedekut nak belanja kiteorang la tu."

Adik aku tak menceritakan hal yg sebenar kat kawan2 dia tu, maklumlah takut berasa malu..
Kawan2 dia semua ingat bila adik aku balik dia akan dapat duit belanja daripada parents, tapi  apa yang berlaku adalah sebaliknya sebab adik aku pulak yg bagi sedikit wang pada buyah dan umi utk bayar bil2 api dan air.

Bila dia cerita kat aku pasal ni, aku rasa sedih sangat..
Sedih mengenangkan nasib keluarga, sedih mengenangkan adik aku yg terpaksa juga menghadapi situasi yg sama macam aku masa mula2 sambung belajar dulu.

Kita bukan orang kaya dik..
Jadi sabarlah..
Belajar sungguh2, capai cita2 dan bantu keluarga di masa depan nanti..

Buang Tebiat??

Sejak 2-3 hari ni aku suka sangat buang masa dengan melayan lagu, dengar radio..
Pada hal benda2 tu semua tak pernah pun jadi hobi aku.
Pelik betul..Bila ntah masa aku mula minat buat aktiviti2 macam tu..

Orang tua2 kata kalau kita tiba2 buat sesuatu yg sebelum ni kita x pernah buat, tandanya buang tebiat = nak mampos..haha..

Tapi ni sebenarnya bukanlah buang tebiat, tapi aku tambah lagi tebiat2 pelik aku..
Mana tak nye..sebelum ni kalau aku boring, aku pergi jogging dekat stadium..
Kan pelik namanye tu.. :-P
Kalau orang lain mesti dah hang out pergi KLCC ke, pergi tengok wayang ke..hehe..

Best giler kehidupan aku sekarang!
Dahla sem ni dapat sebilik dengan rumet negro hitam legam *$#*@#..
Geram betul aku..haha
Time nak tido malam2 dia buka lagu kuat2, dats y la agaknya aku mula dengan hobi2 pelik aku tu agaknya..
Tapi sebenarnye bagus jugak..At least bertambahlah sorang lagi pendengar hot fm..haha..
Tibe2 je..

Hmm..yang penting aku bukan buang tebiat.. v-cOol.. ;-)

Tak baik buruk sangka tau..

Kebanyakan orang akan meletakkan segala kesalahan ke atas lelaki. Mereka beranggapan bahawa lelaki lah punca kepada segala perpisahan bagi sesebuah hubungan.

Tetapi mereka silap..Cuba tanya diri sendiri..
Sebenarnya kaum lelaki adalah kaum yg banyak mendiamkan diri, banyak bersabar atas apa yg berlaku.

Bukanlah nak memihak kepada kaum lelaki..
Tapi kesian..
Atas pengalaman aku sendiri pun, perempuan yang mengecewakan aku, tapi aku juga yg dipersalahkan oleh kawan2 dia.

Silalah sedar wahai kaum hawa..
Kami sayangkan anda..
Kami memberi nasihat bukan utk mengongkong, tapi utk kebaikan diri kamu juga..

Kamu cakap nak jadi diri kamu sendiri.
Yup, betul tu..
Tak ada siapa yg menghalang..
Tapi pastikan kamu betul2 menjadi diri kamu..paham?
Diri kamu adalah fitrah kamu..
Diri kamu yg kamu banggakan sekarang adalah hasil perubahan yg kamu lalui setelah bertahun-tahun hidup kat dunia ni..
Betul..percayalah cakap aku..

Jangan buruk sangka lagi tau..

Monday, October 25, 2010

Kesilapan sendiri

Pernah saat diri ini disisihkan, datang pula si dia lalu memberi sinar harapan..
Saat ku tiada teman utk mengadu, dia tampil menjadi pendengar yg setia..

Hidup ku berubah sepi setelah kesilapan yg bukan aku sengajakan.
Kehilangan kawan dan kekasih..segala warna warni bertukar suram..
Keadaan sekeliling seolah olah menjadi gelap bagi ku..

Hanya kerana kesilapan yg bukan aku sengajakan..Semuanya kerana buta cinta, buta tidak dapat membezakan antara kaca dan permata..