Thursday, April 21, 2011

Siapa pemilik cinta ku?

Tolong beritahu pada si dia 
aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, 
cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia,
cinta manusia bakal buatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan ingati ku 
lebih dari dia ingati yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, dahulukan Allah
kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia,
aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, 
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong sedarkan si dia,
aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana.

Tolong sabarkan si dia, bila jarak jadi 
penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu
menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya, aku membiarkan
yang Maha Esa menjaga dirinya..



Tapi siapakah si dia?


Cintailah Dia nescaya kamu akan 
mendapat orang yang sama turut mencintaiNya.. =)





4 comments:

  1. hmmm......usah ucap cinta di kala cita2 blum terlaksana........hmmm

    ReplyDelete
  2. pnh awk lafazkannya sblum cita2 awk trlaksana?klu pnh,bile kali terakhir awk ucap cinta pd seseorg yg awk cinta?..i mean the real one..not thru blog or ur diary...

    ReplyDelete
  3. Ni saudara/ saudari?
    Begini, cinta itu fitrah setiap manusia. Jika tiada perasaan cinta maka seseorang itu tidak normal.

    Tapi cinta itu perlu mengikut sperti ap yg telah disyariatkan.

    Jika kita jatuh cinta, kita tidak perlu melafazkan perasaan itu sebenarnya.

    Fahami apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan "usah ucap cinta di kala cita2 blum terlaksana".
    Ini sebenarnya adalah utk menjaga batasan hubungan selagi kita sendiri belum ada persediaan ke arah itu.

    Cinta bukanlah perkara main2. Tapi ianya suatu perjalanan dan perancangan jangka panjang. Jadi jika tidak bersedia apakah keperluannya kita bercinta? Kita boleh tahan kehendak itu sebenarnya.

    Jika kita sudah bersedia maka lebih baik terus berkhitbah dan bernikah. Itulah yg digalakkan oleh Islam. Ini bertujuan menutup ruang kpd syaitan.

    Secara jujur sebelum ini sy sndiri pernah lafazkan hal yg sedemikian. Tapi itu dulu sebelum sy sedar ttg bahaya cinta palsu. Selepas insaf dan didedahkan dengan perkara2 sperti itu, alhamdulillah kita boleh kawal sebenarnya. Jadi sekarang sy dapat menjaga hati dan diri sy daripada cinta palsu tersebut.

    Bila dikenangkan semula, perasaan dulu tu tak bermakna apa2 pun. Malah secara tak langsung sy sudah menzalimi isteri sy nanti kerana kesilapan sy yg telah melafazkan cinta kepada yg tidak sepatutnya..

    Yakinlah dengan janji Allah, wanita yg baik itu adalah utk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya..Yang penting skrg ini kita perbaiki diri kita dahulu, insyaAllah ada seseorang utk kita nti..

    Sy nasihatkan jika kita jatuh cinta lebih baik diamkan sahaja perasaan kita itu. Ini bertujuan mengelakkan kita terlalai dan terhumban dlm cinta palsu. Nauzubillahi min zalik.

    Diam bukan bermaksud kita berserah tanpa berusaha. Kita perlu gunakan kaedah merisik. Gunakan orang tengah sbagai perantara. Rakan2 dan adik beradik sendiri pun boleh d jadikan org tengah tersebut. Ataupun kita sendiri pergi berjumpa dengan ibu bapanya.

    Jika semuanya berjalan lancar maka kita sudah boleh jlnkan t/jwb kita seperti biasa. Tidak perlu bermesej cinta, rindu dan sayang. Tidak perlu berjumpa untuk bersua muka. Ini semua bukan yg disyariatkan Islam.

    Serahkan padaNya kerana kita telah pun berusaha di peringkat awal. Jika ada jodoh alhamdulillah. Jika tiada maka kita damaikanlah hati kita dengan ketentuannya..Wallahua'lam~ =)

    ReplyDelete