Ada seorang rakan menceritakan masalah peribadi dia kepada ana. Ianya berkenaan dengan konflit yang dia alami bersama tunangnya.
Di awal waktu perkenalan mereka begitu bahagia, tidak banyak perkara yang tidak disepakati. Akan tetapi setelah beberapa bulan bertunang dan saat hari pernikahan hampir tiba, hubungan mereka seolah-olah renggang. Ada sahaja perkara yang hendak bangkitkan. Ada sahaja yang tidak puas hati oleh kedua-duanya hinggakan dia terasa semakin jauh dengan tunangnya hingga menyebabkan mereka jarang berhubung berbanding dulu.
Ana memberi respon.. Kita perlu pandang musibah yang berlaku dari dimensi atau sudut pandang yang lain. Jika suatu masalah itu datang dan kita memandangnya sebagai benar2 masalah maka ia menjadi beban kepada diri kita yang akhirnya menjadikan kita buntu daripada menyelesaikannya.
Jadi dengan memandang sesuatu itu dari sudut yang lain akan membuatkan kita lebih terbuka, kreatif dan berfikiran jauh serta tidak mudah menyerah kalah kerana setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.
Sebagai contoh; terdapat 2 orang lelaki A & B yang memandang sekeping duit syiling 50sen. Lelaki A memandang sebahagian duit syiling tersebut dan hanya akan mampu melihat satu permukaannya sahaja iaitu ukiran nombor "50", beserta tahun pengeluarannya dan juga ukiran "bunga raya". Manakala lelaki B pula melihat ke atas sebahagian yang satu lagi maka akan kelihatanlah ukiran "Wau".
Jadi atas sebab lelaki A hanya melihat pada satu sudut pandang sahaja, maka dia tidak akan mempercayai apa yang disampaikan oleh lelaki B bahawa terdapat ukiran lain di belakang duit syiling tersebut, dan begitu jugalah yang berlaku kepada lelaki B. Masing2 ingin menegakkan pendapat mereka dan menafikan kewujudan maklumat yang lain kerana mereka tidak mahu memandang dari sudut yang lain.
Jika dilihat secara keseluruhannya, walaupun ia mempunyai 2 permukaan yang berbeza tetapi sebenarnya ia tetap berada pada 1 benda yang tidak dapat dipisahkan, iaitu sekeping duit syiling 50sen.
Ana beritahu dia bahawa ini adalah untuk dia lebih mengenali bakal isterinya nanti. Soal perkahwinan bukanlah perkara main2. Kita ingin mendirikan sebuah masjid yang padanya pahala dan sepanjang itu kita akan dapat menghasilkan pahala juga. Jika sebelum ini mereka kerap berhubung yang mana sudah pasti tidak terlepas daripada perkara2 lagha dan maksiat, jadi inilah masanya untuk mereka bermuhasabah dan perbetulkan kembali kerosakan yang mereka lakukan supaya hubungan mereka diredhai dan perkahwinan mereka nanti berada dalam keberkatan.
Kemudian soal toleransi. Sebagai seorang lelaki memang tidak dapat lari daripada ego. Tapi keegoan tersebut tidak semstinya menjadikan seorang lelaki untuk tidak bersikap toleransi terutama terhadap isterinya nanti. Toleransi itu perlu, dan itu bukan dayus! Dayus ialah bilamana suami membiarkan isterinya melakukan kemungkaran tanpa dia menegur, malah membiarkan sahaja.
Kepada wanita pula, jika pasangan anda bersikap toleransi, itu bermaksud dia mempercayai dan menyokong anda. Jadi jangan sesekali hilangkan keyakinan dia kepada anda. Jika pasangan anda menegur sesuatu yang baik, tidak salah untuk anda ikut. Anda perlu bersedia untuk berubah selagi mana ianya tidak menyalahi syarak. Adakah anda mementingkan kepuasan hati anda sendiri berbanding keharmonian rumah tangga walaupun dasar perselisihan adalah suatu yang boleh diubah.
Lelaki memang mempunyai sifat cemburu yang tinggi. Jadi pastikan ia sentiasa dalam keadaan terkawal supaya kita dapat bertindak di bawah rasional dan menjadi professional. Selain itu bukan wanita sahaja yang perlukan perhatian yang tinggi daripada suami, tapi suami juga memerlukan perhatian yang tinggi daripada isteri, hinggakan si suami itu akan bertindak seperti anak kecil yang inginkan perhatian isterinya. Sebab itu jika kita lihat rumah tangga yang bergolak kebanyakannya kerana perhatian yang kurang diberikan oleh kedua-dua pasangan yang akhirnya membawa kepada ketidak sefahaman, nauzubillah...
Jadi perancangan awal sebelum mendirikan rumah tangga adalah penting. Selain itu sentiasa bersikap positif dan bersedia menerima pandangan dan nasihat daripada pasangan. Jadilah suami yang baik yang dapat memimpin isteri dan anak2 ke jalanNya. Dan isteri pula perlulah bersedia menjadi sayap kiri yang solehah, taat kepada suami, bukan memeningkan kepala suami,huhu.. Wallahua'lam~
No comments:
Post a Comment