Lewat malam 31 December 2010 menjadi satu kenangan untuk aku kerana secara tidak sengaja aku terlibat dalam satu aktiviti mahasiswa sempena malam tahun baru 2011.. Berada di masjid Asy-Syakirin KLCC bagi menantikan kedatangan tahun baru 2011 dengan suasana yang cukup berbeza daripada persekitaran KLCC yang terletak hanya beberapa meter sahaja daripada masjid tersebut.
Bermula dengan aku mengajak kawan aku untuk pergi makan di KLCC, tiba2 aku teringat satu program XPDC dakwah yang sedang dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa di masjid Asy-Syakirin KLCC pada malam itu namun aku masih belum terasa untuk menyertai program tersebut. Selepas selesai makan di KLCC aku pun pergi menunaikan solat isyak di masjid tersebut, dan memang seperti yang dijangkakan terdapat ramai mahasiswa berada di situ yang sedang bersedia untuk melakukan aktiviti dakwah sempena malam tahun baru 2011.
Aku meneruskan solat dan selesai solat dan berdoa, tiba2 hati aku terpanggil untul bersama-sama sahabat2 yang lain dalam XPDC tersebut. Terasa berat kaki aku untuk melangkah pergi dan hati aku kuat mempertahankan untuk aku turut sama dalam kumpulan tersebut.
Tanpa ragu-ragu aku terus menyertai mereka dan diarahkan oleh urusetia untuk berada dalam kumpulan. Tersentak seketika kerana tanpa disengajakan aku dilantik menjadi ketua kumpulan untuk XPDC dakwah yang akan bermula selepas pukul 12 malam, 1 January 2011. Aku tak ada apa2 persediaan untuk malam itu, dan taklifat yang diberikan adalah satu tanggungjawab yang besar, namum aku terpaksa terima walaupun dengan hati yang berat dan bersedia melakukan apa yang diarahkan.
Kami memulakan XPDC dakwah dengan bergerak ke Bukit Bintang. Sepanjang perjalanan memang menyaksikan betapa muda mudi, para remaja melayu terutama yang beragama Islam semakin hanyut dengan pegangan agama dengan melakukan aksi2 yang memalukan. Allah, hati aku betul2 tersentuh. Aku tak pernah terbayang suasana seperti itu berlaku di Malaysia yang dianggap sebagai negara Islam, kononnya..
Selepas selesai mengedarkan risalah2 dakwah, kami pulang semula ke masjid Ays-Syakirin untuk merehatkan diri sebelum bermunajat kepada ALLAH.. Pada masa itu jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi..
Sedang duduk berehat, berkumandang zikir2 memuji tuhan yang Esa..Aku bersama seorang kawan aku berbual tentang sesuatu yang umum dan tatkala dia bertanyakan kepada aku, berapa lama lagi kah masa untuk aku hidup selepas masuknya tahun baru 2011? Aku terdiam seribu bahasa.. Terasa sebak dalam hati..
Aku minta izin kepadanya untuk ambil angin di luar masjid. Aku duduk keseorangan sambil memandang ke arah menara KLCC, aku perhatikan sekeliling..Tiba2 bergelinangan air mata aku dan aku tak dapat tahan daripada terus menitiskannya.. Betapa aku sedar masa ku untuk kembali kepada-Nya semakin hampir, tapi apakah persediaan ku untuk bertemu dengan-Nya..
Kemudian aku masuk semula ke dalam masjid dan mengambil wudhuk dan duduk semula bersama kawan aku tadi..
Tiba2 secara kebetulan aku terpandang satu wajah yang belum pernah aku temui sebelum ini, tapi aku kenal dengannya, sedang menuruni tangga dari tingkat atas masjid.
Sekali lagi hati aku berdebar.. Adakah benar dia ataupun orang lain..Sehinggalah dia berjalan hampir dekat dengan aku dan dia menoleh seperti ingin memastikan benar2 diri aku dan....
Ya Allah, apakah petanda semua ini..
Aku bertemu dengannya dalam keadaan yang tidak dirancang, bertemu dalam masjid, bertemu setelah aku menitiskan air mata keinsafan..
Adakah ini yang dikatakan sebagai petunjuk untuk apa yang aku cari dan pinta.. Sekiranya benar, maka semoga segalanya dipermudahkan..insyaAllah..
Walaupun hanya semalaman sahaja, tapi ianya cukup indah, pengalaman yang berharga dan sukar dilupakan, lebih2 lagi terlalu banyak kejutan yang aku terima..
Salam tahun baru 2011..
No comments:
Post a Comment