Friday, December 31, 2010

:::Semalaman di Masjid Asy-Syakirin KLCC:::


Lewat malam 31 December 2010 menjadi satu kenangan untuk aku kerana secara tidak sengaja aku terlibat dalam satu aktiviti mahasiswa sempena malam tahun baru 2011.. Berada di masjid Asy-Syakirin KLCC bagi menantikan kedatangan tahun baru 2011 dengan suasana yang cukup berbeza daripada persekitaran KLCC yang terletak hanya beberapa meter sahaja daripada masjid tersebut.

Bermula dengan aku mengajak kawan aku untuk pergi makan di KLCC, tiba2 aku teringat satu program XPDC dakwah yang sedang dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa di masjid Asy-Syakirin KLCC pada malam itu namun aku masih belum terasa untuk menyertai program tersebut. Selepas selesai makan di KLCC aku pun pergi menunaikan solat isyak di masjid tersebut, dan memang seperti yang dijangkakan terdapat ramai mahasiswa berada di situ yang sedang bersedia untuk melakukan aktiviti dakwah sempena malam tahun baru 2011. 

Aku meneruskan solat dan selesai solat dan berdoa, tiba2 hati aku terpanggil untul bersama-sama sahabat2 yang lain dalam XPDC tersebut. Terasa berat kaki aku untuk melangkah pergi dan hati aku kuat mempertahankan untuk aku turut sama dalam kumpulan tersebut.

Tanpa ragu-ragu aku terus menyertai mereka dan diarahkan oleh urusetia untuk berada dalam kumpulan. Tersentak seketika kerana tanpa disengajakan aku dilantik menjadi ketua kumpulan untuk XPDC dakwah yang akan bermula selepas pukul 12 malam, 1 January 2011. Aku tak ada apa2 persediaan untuk malam itu, dan taklifat yang diberikan adalah satu tanggungjawab yang besar, namum aku terpaksa terima walaupun dengan hati yang berat dan bersedia melakukan apa yang diarahkan.

Kami memulakan XPDC dakwah dengan bergerak ke Bukit Bintang. Sepanjang perjalanan memang menyaksikan betapa muda mudi, para remaja melayu terutama yang beragama Islam semakin hanyut dengan pegangan agama dengan melakukan aksi2 yang memalukan. Allah, hati aku betul2 tersentuh. Aku tak pernah terbayang suasana seperti itu berlaku di Malaysia yang dianggap sebagai negara Islam, kononnya..

Selepas selesai mengedarkan risalah2 dakwah, kami pulang semula ke masjid Ays-Syakirin untuk merehatkan diri sebelum bermunajat kepada ALLAH.. Pada masa itu jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi..

Sedang duduk berehat, berkumandang zikir2 memuji tuhan yang Esa..Aku bersama seorang kawan aku berbual tentang sesuatu yang umum dan tatkala dia bertanyakan kepada aku, berapa lama lagi kah masa untuk aku hidup selepas masuknya tahun baru 2011? Aku terdiam seribu bahasa.. Terasa sebak dalam hati.. 

Aku minta izin kepadanya untuk ambil angin di luar masjid. Aku duduk keseorangan sambil memandang ke arah menara KLCC, aku perhatikan sekeliling..Tiba2 bergelinangan air mata aku dan aku tak dapat tahan daripada terus menitiskannya.. Betapa aku sedar masa ku untuk kembali kepada-Nya semakin hampir, tapi apakah persediaan ku untuk bertemu dengan-Nya..

Kemudian aku masuk semula ke dalam masjid dan mengambil wudhuk dan duduk semula bersama kawan aku tadi..
 Tiba2 secara kebetulan aku terpandang satu wajah yang belum pernah aku temui sebelum ini, tapi aku kenal dengannya, sedang menuruni tangga dari tingkat atas masjid. 
Sekali lagi hati aku berdebar.. Adakah benar dia ataupun orang lain..Sehinggalah dia berjalan hampir dekat dengan aku dan dia menoleh seperti ingin memastikan benar2 diri aku dan.... 
Ya Allah, apakah petanda semua ini..

Aku bertemu dengannya dalam keadaan yang tidak dirancang, bertemu dalam masjid, bertemu setelah aku menitiskan air mata keinsafan.. 

Adakah ini yang dikatakan sebagai petunjuk untuk apa yang aku cari dan pinta.. Sekiranya benar, maka semoga segalanya dipermudahkan..insyaAllah..

Walaupun hanya semalaman sahaja, tapi ianya cukup indah, pengalaman yang berharga dan sukar dilupakan, lebih2 lagi terlalu banyak kejutan yang aku terima.. 

Salam tahun baru 2011..


:::Selamat Tahun Baru:::


Telah tiba penghujung tahun, muncul pula tahun yang baru..
Maka telah bertambah lagi usia jua tanggungjawab serta menjadikan mu lebih matang dek ujian yang mendatang..
Tahun-tahun yang berlalu menjadi saksi ketabahan diri mu mengharungi onak dan duri..

Datangnya tahun yang baru, bermakna ALLAH telah memendekkan lagi jarak mu denganNya..
Semakin berkurang tempoh untuk beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untuk mu, semakin bersedia malaikat datang menjemput, semakin dekat masa amalan dihitung dan semakin hampir haruman firdaus atau azabnya neraka jahanam..

Selamat Tahun Baru 2011..... =)


Wednesday, December 29, 2010

:::Proud To Be Malaysian:::


Bangganya aku bila Malaysia dapat masuk pusingan akhir Piala AFF dan lagi bangga bila dah muncul juara.. =)

Barulah kembali bersemangat nak sokong team bola sepak Malaysia. Tadi masa kat kafe aku tengok ramai gak student yang pakai jersi Malaysia. Wah.. Bangganya!! Yela, dulu kan kita biasa tengok orang pakai jersi kelab2 negara luar macam MU, Liverpool, Arsenal etc..

Tapi amat jarang dan susah nak jumpa orang pakai jersi Malaysia.. Tapi Alhamdulillah sekarang keadaan dah berubah dan rakyat Malaysia dah kembali meletakkan kepercayaan kepada team sendiri dan semoga lepas ni prestasi makin meningkat..
Kalah tak apa, yang penting main bagus! ;-)

Sekarang dah berjaya jadi pasukan terkuat di Asia Tenggara. Lepas ni cubalah pulak jadi pasukan terkuat seluruh Asia pulak dan sekaligus masuk ke piala dunia.. insyaALLAH..


Tuesday, December 28, 2010

:::Renungkanlah:::


Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan..
Sesaat bersedih kerana redha ALLAH, adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia..
Sejernih wajah kerana wudhu' yang sempurna, adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata..
Sesuci hati kerana cinta Illahi, itulah hakikat cinta abadi..

Kita pohon kekuatan, ALLAH beri kesulitan untuk jadikan kita kuat..
Kita pohon keteguhan hati, ALLAH beri masalah untuk diatasi..
Kita pohon keyakinan, ALLAH beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa..
Kadangkala kita tak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan..

"Sahabat, ku hadiahkan untaian-untaian zikrullah agar kau dapat melepaskan seluruh kerinduan mu kepada yang Esa..
Ku Hadiahkan bait-bait suci ayatul Quranul Karim agar kau bisa mencintai Dia lebih daripada kecintaan mu kepada dunia dan seluruh isinya..
Doa yang tidak putus2 buat mu agar kasih persahabatan ini lebih daripada wangian kasturi..
Dan ku hadiahkan sedikit hikmah kehidupan agar kau tidak akan tersasar dari landasan kebenaran.."


Monday, December 27, 2010

:::Cinta Tidak Semestinya Memiliki:::


Cinta tidak semestinya memiliki.. Itulah hakikat yang kita perlu terima.
Jangan sesekali kita mengharapkan supaya cinta kita dibalas kerana jika berlaku sebaliknya kekecewaan yang bakal menimpa. Akan tetapi kita berikan lah cinta kita sedalam-dalamnya buat insan yang tersayang kerana dengan cinta yang kita berikan itu kita akan berasa puas dan akan menikmati kebahagiaan.

Jika kita jatuh cinta sesama manusia, belum tentu cinta kita itu berbalas..
Akan tetapi jika kita jatuh cinta kepada Yang Maha Pencinta, sudah pasti kita akan peroleh cintaNya..

Tidak salah untuk jatuh cinta karana ia merupakan fitrah manusia..Tapi biarkan ia berlandaskan syariat Islam..
Ingat, cinta tidak semestinya memiliki, tapi cinta itu perlu diberi..
Pahit sungguh jika cinta mu ditolak..Tapi itulah hakikat..
 Cinta tidak semestinya memiliki..


Sunday, December 26, 2010

:::Terimalah Diri Ku..:::



Andai kau terdengar luahan hati ku ini, bermakna kau mengerti betapa aku memerlukan mu..
Cinta yang hadir sebagai fitrah sesama insan yang ingin aku berikan melalui jalan yang betul.
Aku ingin kau jadi yang halal untuk ku.. 
Izinkan kalau diri ku ini kau terima untuk dijadikan pelindung dan untuk membimbing kamu menuju kepadaNya..
Kerana sesungguhnya kamu adalah kekasih ku selepas Allah dan rasul..




Wednesday, December 15, 2010

:::Salahkah saya menggayakan rambut saya?:::



Hari ni terasa nak tulis sesuatu pasal rambut..hehe..
Bukan apa, sem ni aku ubah gaya rambut..Tapi tak la keterlaluan macam gambar kat atas tu.. Gaya biasa2 je..Cuma sebelum ni aku tak pernah buat style rambut macam tu, so tu yang ada antara kawan2 yang pandang pelik n ada yang cakap aku buang tabiat..ish3...Ada ke patut..

Sebelum2 ni rambut aku jenis sikat ke belakang, tak pun buat style belah tengah..Tapi sem ni aku buat t'pacak sikit je, then kawan2 dah pandang pelik..hehe..

Bagi aku selagi tak keterlaluan macam punk dalam gambar kat atas tu, so takde masalah.. Nak kata riak tak ada apa pun yang nak dibanggakan sangat..
My feeling is neutral..No question about showing off and all that..

Sem depan bercadang nak berambut pendek pulak.. ngeh3..  =)





Sunday, December 12, 2010

:::SEM BARU:::


Alhamdulillah hari ni bermulanya semester baru untuk student2 UIA dan macam biasa minggu pertama ni kebanyakan pelajar sibuk dengan sesi "add/drop" untuk subjek masing2 dan aku pun tak ketinggalan jugak untuk buat add/drop ni..

Biasalah, agak penat sikit buat benda2 ni semua.. Mana tak nye, terpaksa melayan kerenah birokrasi.. Nak dapatkan satu pengesahan pun terpaksa berjalan dari satu meja ke meja yang lain, dari satu ofis ke ofis yang lain..

Aku punya problem kali ni pelik sikit. Aku ni dah dua tahun jadi student political science, tapi tiba2 status aku bertukar jadi student BENL. Bila pulak aku tukar kos aku pun tak tau.. English pun lintang pukang, ada hati nak jadi budak BENL..hehe..

Tapi tu la, cuma nak kata betapa lemahnya sistem pengurusan dan pentadbiran di sini.. Perkara yang tak sepatutnya berlaku pun boleh berlaku.. Apala..

Hanya disebabkan kesilapan daripada pihak pengurusan, so aku confirm2 la terkena tempias, tak boleh nak add subjek Arab, and I have to mention that it is for level 6, the final level..(riak sikit..) hehe..

Lepas aku bertungkus lumus berurusan dengan pihak yang sepatutnya, akhirnya berjaya jugak aku add subjek Arab tu.. Alhamdulillah..

Yang paling penting nak beritahu kat sini, aku tak miss kelas pun hari ni..hehe..
Nasihat untuk korang, walaupun sibuk dengan "add/drop", jangan la di jadikan alasan untuk ponteng kelas ye..hehe..

Ok la, chow.. Assalamualaikum.. =)