Tuesday, July 14, 2015

:::Raya Orang Dewasa:::

InsyaAllah tahun 2015 ni aku berpeluang raya kat Melaka, kampung mak bapak aku. Dan aku pun memang membesar kat sana. Tak sabar pulak.. Maklumla tahun lepas tak dapat sebab baru kawen so bagi peluang zaujah beraya belah dia. Mujur dapat zaujah yang boleh bawak berbincang, so senang sikit nak buat giliran tu. Tak pening kepala..hehe..

Sekarang dah kawen, dah bekerjaya, dah bergaji, dah berkereta.. InsyaAllah bakal menyusul anak pulak.. Excited jugak sebenarnya. Tapi kena buat-buat cool. Yela, laki la katakan.. nanti aku nak jadi bapak pulak.. :D

So bila sebut pasal raya orang dewasa ni, secara jelasnya memang berbezala dengan raya kanak-kanak kan. Bila mana setiap manusia tu mencapai suatu tahap dalam kehidupan dia akan melalui fasa-fasa yang berbeza dan salah satu daripadanya ialah yang dipanggil sebagai dunia orang dewasa.

Sejak kecik lagi aku nak sangat jadi orang dewasa. Bagi aku orang dewasa ni sangat cool. Bergaya, canti menarik tertarik kau memang debom. Eh?

Tula, memang masa dulu tak sabar nak sampai umur orang dewasa. Tapi hakikatnya hanyalah indah khabar dari rupa. Masa kecik time2 raya aku tengok orang dewasa ni balik beraya semua bergaya dengan kereta. Kini aku pun ada kereta. Rupa2nya di sebalik sebuah kereta tu ada beban ansuran bulanan yang harus ditanggung..waaaa..... T_T

Beraya sebagai orang dewasa ni macam2 nak kena pikiaq. Dalam Islam pada 1 Syawal tu kita disunatkan menghulurkan sedekah. Tapi dicampur dengan budaya bagi duit raya ni, so kita pun dah terikut-ikut. Nak taknak terpaksa buat peruntukan khas untuk duit raya. Alaa setahun sekali. Disamping budaya tu kita niatkan sedekah, tapi kena ikhlasla kan.... T_T 
InsyaAllah beroleh keberkatan dan pahala nanti...

Tapi sebelum tu kita dok sibuk tengok orang buat persiapan raya. Beli itu beli ini. Gaji tak la banyak mana. Tension jugak aku tengok. Takpe, belanja mana yang patut je. Tahun ni beraya pakai jubah akad nikah masa kawen tahun lepas..haha..

Secara umumnya, segala persiapan memnag wajib buat sendiri. Baik dari segi pengurusan kewangan, pengurusan masa pun kena amek kira. Kalau dulu boleh lagilah nak berharap ihsan mak bapak. Tapi sekarang tak dah.... Alhamdulillah, adala sikit rezeki Allah bagi, so dapat bagi sikit-sikit kat mak bapak dan adik beradik, bolehla merasa sorang sikit..

So raya nanti aku nak kerek dengan budak2 supaya dorang pulak kagum dan teruja nak jadi dewasa..hahaha..


Salam Eidul Fitri 1436H. Maaf Zahir & Batin.. :)

Friday, July 10, 2015

:::Memenangi Perlumbaan Masa:::

Pepatah Arab ada menyebut bahawa "masa" itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita.
Dalam al-Quran juga ada satu surah mengenai masa yang mana dalam surah al-'Asr, Allah telah bersumpah "demi masa" yang menggambarkan betapa pentingnya makhluk bernama "masa' tu terhadap manusia. "Masa" memang memberi pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan manusia terumat mereka yang mahu membuktikan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Masa sering dikaitkan dengan disiplin. Orang yang menepati masa biasanya dikategorikan sebagai seorang yang kuat disiplin dirinya. Malah, ramai yang tak sanggup menyertai bidang ketenteraan kerana menganggap tahap disiplin yang diterapkan dalam tentera terutama soal masa adalah begitu tinggi sehingga merasakan dirinya tidak mampu ikut.

Sebenarnya hal disiplin terutama pengurusan masa ni takde kaitan pun samada korang tentera ataupun orang awam. Selagi mana korang bergelar Muslim memang wajib ada sifat untuk menepati masa dan berdisiplin dalam setiap pekerjaan yang dilakukan..

Kalau kita tengok orang2 yang berjaya semuanya adalah mereka yang sangat hormat dengan masa. Hormat dengan masa maksudnya tidak membazir masa dengan perkara tidak berfaedah dan sangat menepati masa. Orang yang hormat dengan masa bererti dia menghormati hak orang lain. dan biasanya orang ini akan disegani oleh orang sekeliling.

Sebagai seorang ketua, lebih-lebih lagi bergelar muslim yang mukmin, cubalah berusaha untuk memenangi dalam "perlumbaan masa". Memenangi perlumbaan masa bukan bermaksud kita berlumba sesama kita. tetapi berlumba dengan masa itu sendiri melalui pengurusan masa yang baik

Sebagai contoh, jadilah orang yang terawal hadir sekiranya membuat temujanji, dan dalam masa yang sama mampu memperuntukkan masa untuk orang lain supaya mereka gembira ketika berurusan dengan kita. Memenuhi masa dengan perkara-perkara berfaedah sambil membuat perancangan aktiviti untuk masa seterusnya. Lihatlah betapa besarnya pengaruh masa dalam kehidupan kita sehingga dengan masa itu sendiri menjadikan kita mampu untuk menguruskan hal-hal di masa hadapan. Oleh itu, hanya dengan semua ini kita telah mampu memenangi perlumbaan masa.

Wallahua'lam~





Tuesday, July 7, 2015

:::Dedikasi Buat Anak Ku yang Bakal Melihat Dunia:::

My son, life is very challenging, so does being a guy.

Although I am counting the days to see you, deep in my heart, I am worrying on how my beloved son will live in this world. Yet, I am also proud that you will reflect me as "Hidayat Junior" ^^"

I hope that you will be as strong as your dad, full of motivation, handsome, inspiring others and most importantly, is to become a true Muslim & Muslih Caliph.