Minta maaf kat sahabat2 sekalian sbb aku dah lama sangat tak update blog. Bukan apa, aku bz sangat dengan tugasan yang diberikan. Maklumlah dah nak hujung semester, assignment nak kena submit, quiz pun makin banyak. Masa nilah baru rindukan nikmat masa lapang yg kita selalu lupakan tu..
Zon merah yang aku maksudkan ni sebenarnya untuk menunjukkan bahawa kedudukan aku sekarang sudah terkeluar daripada zon selesa iaitu tiada lagi masa untuk berlepak, tiada lagi masa untuk bermain, tiada lagi masa utk disia-siakan..
Semua masa yang ada sekarang ni sungguh terhad dan memerlukan pengurusan yang betul2 supaya aku tak membazirkan masa aku macam tu je tanpa membuat perkara yang bermanfaat. Belum sempat rehatkan otak daripada exam mid semester, datang pulak quiz, dan yang paling sadis result exam yg dah dibuat lebih awal hari tu dh pun dapat dan aku langsung tak sangka dan sangat terkejut dengan apa yang aku perolehi.
Sepanjang aku belajar di UIA, belum pernah lagi aku fail dalam mana2 subjek. Tapi result midterm aku hari tu memang betul2 menjadikan aku down, hilang punca, dan tak tentu arah jadinya. Aku fail dalam subjek tu. Tak tau mana silapnya. Yang pasti aku dah buat yang terbaik..
Hmm..maybe ada hikmah di sebalik ni semua. Aku pun pergi jumpa lecturer yang menggagalkan aku tu, dan dia minta aku buat 1 assignment utk aku naikkan gred aku. Aku bersyukur sangat2, tapi dalam hati hanya Allah je tau..
Aku rasa serabut sangat, down, frust, tension, semuanya ada.. Tajuk assignment yang aku dapat tu dah la susah bangat, betul2 tahap gaban, memang menguji keimana di hati. Sumber rujukan pun terlalu sikit dan susah nak jumpa. Dengan berat hati aku terpaksa terima "extra work" yang dihadiahkan kat aku tu. Dahla 4 assignment drp lecturer lain sebelum ni pun belum siap lagi, bertambah pulak assignment yg baru..hmm..
Abis je kelas pukul 5 petang aku terus tunaikan solat asar dan pergi ke library untuk buat tugasan yg baru diberikan tadi. Hari tu badan aku rase letih sangat, kepala rasa berat, mungkin sebab terlalu stress agaknya..Tapi aku gagahkan juga utk stay di library sampai library tutup dan akhirnya......Done!
Haha..finally siap jugak tugasan tu dalam masa yang sangat singkat, 2hari je beb! aku pun x sangka.. Bukan nak riak, tapi terkejut dan bersyukur sangat sebab dipermudahkan dalam melaksankan tugasan tu. So sekarang tinggal nak submit je. Tapi belum bole berseronok lagi, ada 3 lagi assignment yang perlu disiapkan dan kena submit minggu dpn..
Memang betul2 menguji kesabaran..Hikmah yang aku dapat daripada kegagalan dlm subjek aku tadi, aku jadi lebih paham tentang subjek tu lepas buat assignment yg diberikan.. Sebelum ni paham la jugak, tp x master sangat..hehe..
Ha kepada member2 aku, korang pandai ye gelakkan aku. Sekarang korang tanya la aku, insyaAllah aku boleh jawab punya..hehe..
Moral of the story, apa2 pun bentuk ujian yang kita dapat sebenarnya sebagai petunjuk bahawa Allah sayangkan kita. Dia nak uji kita, nak tengok tahap kesabaran kita, nak tengok kita ni senang sangat ke berputus asa.. Jadi kita perlu kuatkan semangat dan terus berjuang.. Fikirkan keutamaan, gunakan nikmat yang diberikan sebaik mungkin terutama sebagai seorang pelajar, nikmat masa lapang tu sangat penting. Bila dah sibuk macam ni barula nak mengeluh..(Kata kat diri sendiri)
Baiklah, sampai sini je yang aku nak tulis..Next time aku tulis lagi, insyaAllah..
Assalamualaikum.. =)