Alhamdulillah, pada 4 Ogos 2015, tepat jam 4.45 pagi isteri aku telah selamat melahirkan zuriat pertama kami secara normal.
Bayi lelaki dengan berat 2.8kg, cukup sifat, sihat tubuh badan dan elok paras rupanya cukup membuatkan aku gembira dan syukur tak terhingga atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan kepada kami. Semoga dengan lahirnya anak ini dapat menguatkan lagi kasih sayang dan cinta antara kami sekeluarga..ameen..