Bismillahirrahmanirrahim...
Lama sudah tidak menjenguk ke laman blog dan nampaknya terdapat banyak perubahan yang diri ini tidak cakna. Walau bagaimanapun semuanya mempunyai alasan bahawa kekangan masa, idea, serta kemudahan yang membataskan kepada akses internet dan teknologi, secara tidak langsung menyedarkan diri ini merupakan hamba yang lemah yang tidak mempunyai kudrat melainkan dengan izinNya, insyaAllah...
Alhamdulillah hari ini berkesempatan meluangkan masa menulis sesuatu dalam "Diari Seorang Lelaki" bagi berkongsi serba sedikit mengenai perjalanan hidup selepas setahun bergelar graduan dan melalui tempoh menyepi yang agak lama.
Oktober 2012 merupakan satu tarikh bersejarah kerana dalam bulan dan tahun tersebut aku secara rasminya bergelar graduan dan berjaya mendapat segulung ijazah pertama sebagai bukti penat lelah mengharungi pengajian peringkat tinggi selama tempoh lebih kurang 5 tahun. Seluruh ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai, serta diri sendiri begitu teruja dan gembira menempuh hari bersejarah tersebut lebih2 lagi aku berjaya menamatkan pengajian dengan begitu cemerlang.
Berjaya menggenggam segulung ijazah bukan bermakna sudah berjaya menempuh liku-liku kehidupan. Tetapi sebenarnya ia merupakan titik permulaan untuk menempuh realiti dunia yang sebenar. Boleh aku katakan penganugerahan sijil ijazah berkenaan adalah sebagai tiket kepada seseorang kerana melepasi "zon selesa" ketika zaman pengajiannya dan sebagai "pas masuk" ke dunia sebenar yang sememangnya tidak seindah yang digambarkan ketika di zaman kampus. >.<
Zaman kampus adalah zaman kita semua sedang bermimpi, dan semuanya indah2 belaka. Barulah aku faham mengapa ramai orang yang sudah bekerja begitu rindu untuk kembali ke zaman kampus.
Bila mengatakan tentang ini aku teringat bahawa sudah menjadi resam kehidupan, setiap yang kita lalui adalah merupakan suatu fasa dalam fasa-fasa kehidupan yg begitu banyak. Bila berlalu suatu fasa dan masuknya fasa seterusnya makan fasa yang terdahulu akan terus dirindui. Maka dalam kehidupan beragama ini konsep redha, pasrah dan tawakal itu perlu ada setelah usaha yang gigih bagi menempuh setiap fasa tersebut. Jika tidak bila berada di alam kubur nanti sudah pasti kita berasa terkilan kerana sedikitnya amal kebaikan yang dilakukan dan mengharap dapat dikembalikan ke dunia yang mana harapan hanya tinggal harapan.... Nauzubillahi min dzalik.
Maka dengan peluang yang ada ketika melalui setiap fasa ini kita gunakanlah dengan sebaiknya, optimumkan amalan dan gerak kerja ke tahap keterbatasan kemampuan diri, insyaAllah dipermudahkan.. Jadi sekarang ini aku sudah melepasi satu fasa kehidupan dan masuk pula suatu fasa hidup yang lain.
Niat yang dipasang sekian lama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana ataupun master terpaksa dipendamkan dahulu atas sebab desakan hidup dan kekurangan diri dan keluarga. Dalam membuat keputusan ini aku perlu bijak menentukan yang mana lebih utama setelah melihat kondisi keluarga lebih2 lagi aku adalah anak lelaki sulong. Maka mendapatkan pekerjaan pada masa ini adalah suatu keutamaan bagi menampung keluarga dan membantu Buyah mencari nafkah memandangkan Buyah seorang sahaja yang bekerja sebelum ini dan masih ramai lagi adik2 yang masih belajar.
To be continued in next entry..... =)