Monday, January 17, 2011

:::HARAM JADAH!!!:::


Bunyi macam kasar je tajuk aku kali ni..Haram jadah! kenapa tiba2 nak cakap haram jadah pulak kan.. Sebenarnya aku ada nak share sesuatu yang aku dapat dalam 1 ceramah iaitu tentang "dua haram"..
Apa dua haram tu ek?

Rupa2nya haram ni terbahagi kepada dua..
Haram yang pertama ialah haram yang mana perkara tu dah memang kita tau haram, contohnya mencuri, membunuh, berjudi, minum arak.. Haram dalam bentuk yang pertama ni, kalau kita lakukan pada bila2 masa pun akan tetap jadi haram..Contoh yang lain pulak ialah seperti makan dan minum di siang hari ketika bulan ramadhan..So kiranya haram la kan dan haram yang ni pun termasuk dalam kategori haram yang pertama..

Akan tetapi, ada satu lagi haram yang mana kita panggil sebagai haram jadah!.. sebenarnya ejaan yang betul ialah haram jaddah sebab perkataan "jaddah" tu berasal daripada perkataan arab..

Kalau ada sesiapa yang pernah dengar ungkapan arab, "man jadda wa jada.." Yang bermaksud, siapa yang bersungguh, maka dia akan dapat..

Jadinya, maksud "jaddah" atau "jadda" ni ialah bersungguh ataupun sungguh.. Kalo haram jaddah so maksudnya haram sungguh2 la kan..

Sebagai contoh untuk haram jaddah ni ialah seperti minum arak di siang hari dalam bulan Ramadhan..Ha, minum arak tu dah haram dah, lepas tu minum di siang hari dalam bulan Ramadhan, lagilah haramkan..So haram kat sini masuk dalam kategori haram kedua iaitu haram jaddah..

Sekian untuk perkongsian kali ni.. Wallahua'lam.. =)



Friday, December 31, 2010

:::Semalaman di Masjid Asy-Syakirin KLCC:::


Lewat malam 31 December 2010 menjadi satu kenangan untuk aku kerana secara tidak sengaja aku terlibat dalam satu aktiviti mahasiswa sempena malam tahun baru 2011.. Berada di masjid Asy-Syakirin KLCC bagi menantikan kedatangan tahun baru 2011 dengan suasana yang cukup berbeza daripada persekitaran KLCC yang terletak hanya beberapa meter sahaja daripada masjid tersebut.

Bermula dengan aku mengajak kawan aku untuk pergi makan di KLCC, tiba2 aku teringat satu program XPDC dakwah yang sedang dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa di masjid Asy-Syakirin KLCC pada malam itu namun aku masih belum terasa untuk menyertai program tersebut. Selepas selesai makan di KLCC aku pun pergi menunaikan solat isyak di masjid tersebut, dan memang seperti yang dijangkakan terdapat ramai mahasiswa berada di situ yang sedang bersedia untuk melakukan aktiviti dakwah sempena malam tahun baru 2011. 

Aku meneruskan solat dan selesai solat dan berdoa, tiba2 hati aku terpanggil untul bersama-sama sahabat2 yang lain dalam XPDC tersebut. Terasa berat kaki aku untuk melangkah pergi dan hati aku kuat mempertahankan untuk aku turut sama dalam kumpulan tersebut.

Tanpa ragu-ragu aku terus menyertai mereka dan diarahkan oleh urusetia untuk berada dalam kumpulan. Tersentak seketika kerana tanpa disengajakan aku dilantik menjadi ketua kumpulan untuk XPDC dakwah yang akan bermula selepas pukul 12 malam, 1 January 2011. Aku tak ada apa2 persediaan untuk malam itu, dan taklifat yang diberikan adalah satu tanggungjawab yang besar, namum aku terpaksa terima walaupun dengan hati yang berat dan bersedia melakukan apa yang diarahkan.

Kami memulakan XPDC dakwah dengan bergerak ke Bukit Bintang. Sepanjang perjalanan memang menyaksikan betapa muda mudi, para remaja melayu terutama yang beragama Islam semakin hanyut dengan pegangan agama dengan melakukan aksi2 yang memalukan. Allah, hati aku betul2 tersentuh. Aku tak pernah terbayang suasana seperti itu berlaku di Malaysia yang dianggap sebagai negara Islam, kononnya..

Selepas selesai mengedarkan risalah2 dakwah, kami pulang semula ke masjid Ays-Syakirin untuk merehatkan diri sebelum bermunajat kepada ALLAH.. Pada masa itu jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi..

Sedang duduk berehat, berkumandang zikir2 memuji tuhan yang Esa..Aku bersama seorang kawan aku berbual tentang sesuatu yang umum dan tatkala dia bertanyakan kepada aku, berapa lama lagi kah masa untuk aku hidup selepas masuknya tahun baru 2011? Aku terdiam seribu bahasa.. Terasa sebak dalam hati.. 

Aku minta izin kepadanya untuk ambil angin di luar masjid. Aku duduk keseorangan sambil memandang ke arah menara KLCC, aku perhatikan sekeliling..Tiba2 bergelinangan air mata aku dan aku tak dapat tahan daripada terus menitiskannya.. Betapa aku sedar masa ku untuk kembali kepada-Nya semakin hampir, tapi apakah persediaan ku untuk bertemu dengan-Nya..

Kemudian aku masuk semula ke dalam masjid dan mengambil wudhuk dan duduk semula bersama kawan aku tadi..
 Tiba2 secara kebetulan aku terpandang satu wajah yang belum pernah aku temui sebelum ini, tapi aku kenal dengannya, sedang menuruni tangga dari tingkat atas masjid. 
Sekali lagi hati aku berdebar.. Adakah benar dia ataupun orang lain..Sehinggalah dia berjalan hampir dekat dengan aku dan dia menoleh seperti ingin memastikan benar2 diri aku dan.... 
Ya Allah, apakah petanda semua ini..

Aku bertemu dengannya dalam keadaan yang tidak dirancang, bertemu dalam masjid, bertemu setelah aku menitiskan air mata keinsafan.. 

Adakah ini yang dikatakan sebagai petunjuk untuk apa yang aku cari dan pinta.. Sekiranya benar, maka semoga segalanya dipermudahkan..insyaAllah..

Walaupun hanya semalaman sahaja, tapi ianya cukup indah, pengalaman yang berharga dan sukar dilupakan, lebih2 lagi terlalu banyak kejutan yang aku terima.. 

Salam tahun baru 2011..


:::Selamat Tahun Baru:::


Telah tiba penghujung tahun, muncul pula tahun yang baru..
Maka telah bertambah lagi usia jua tanggungjawab serta menjadikan mu lebih matang dek ujian yang mendatang..
Tahun-tahun yang berlalu menjadi saksi ketabahan diri mu mengharungi onak dan duri..

Datangnya tahun yang baru, bermakna ALLAH telah memendekkan lagi jarak mu denganNya..
Semakin berkurang tempoh untuk beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untuk mu, semakin bersedia malaikat datang menjemput, semakin dekat masa amalan dihitung dan semakin hampir haruman firdaus atau azabnya neraka jahanam..

Selamat Tahun Baru 2011..... =)


Wednesday, December 29, 2010

:::Proud To Be Malaysian:::


Bangganya aku bila Malaysia dapat masuk pusingan akhir Piala AFF dan lagi bangga bila dah muncul juara.. =)

Barulah kembali bersemangat nak sokong team bola sepak Malaysia. Tadi masa kat kafe aku tengok ramai gak student yang pakai jersi Malaysia. Wah.. Bangganya!! Yela, dulu kan kita biasa tengok orang pakai jersi kelab2 negara luar macam MU, Liverpool, Arsenal etc..

Tapi amat jarang dan susah nak jumpa orang pakai jersi Malaysia.. Tapi Alhamdulillah sekarang keadaan dah berubah dan rakyat Malaysia dah kembali meletakkan kepercayaan kepada team sendiri dan semoga lepas ni prestasi makin meningkat..
Kalah tak apa, yang penting main bagus! ;-)

Sekarang dah berjaya jadi pasukan terkuat di Asia Tenggara. Lepas ni cubalah pulak jadi pasukan terkuat seluruh Asia pulak dan sekaligus masuk ke piala dunia.. insyaALLAH..


Tuesday, December 28, 2010

:::Renungkanlah:::


Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan..
Sesaat bersedih kerana redha ALLAH, adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia..
Sejernih wajah kerana wudhu' yang sempurna, adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata..
Sesuci hati kerana cinta Illahi, itulah hakikat cinta abadi..

Kita pohon kekuatan, ALLAH beri kesulitan untuk jadikan kita kuat..
Kita pohon keteguhan hati, ALLAH beri masalah untuk diatasi..
Kita pohon keyakinan, ALLAH beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa..
Kadangkala kita tak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan..

"Sahabat, ku hadiahkan untaian-untaian zikrullah agar kau dapat melepaskan seluruh kerinduan mu kepada yang Esa..
Ku Hadiahkan bait-bait suci ayatul Quranul Karim agar kau bisa mencintai Dia lebih daripada kecintaan mu kepada dunia dan seluruh isinya..
Doa yang tidak putus2 buat mu agar kasih persahabatan ini lebih daripada wangian kasturi..
Dan ku hadiahkan sedikit hikmah kehidupan agar kau tidak akan tersasar dari landasan kebenaran.."


Monday, December 27, 2010

:::Cinta Tidak Semestinya Memiliki:::


Cinta tidak semestinya memiliki.. Itulah hakikat yang kita perlu terima.
Jangan sesekali kita mengharapkan supaya cinta kita dibalas kerana jika berlaku sebaliknya kekecewaan yang bakal menimpa. Akan tetapi kita berikan lah cinta kita sedalam-dalamnya buat insan yang tersayang kerana dengan cinta yang kita berikan itu kita akan berasa puas dan akan menikmati kebahagiaan.

Jika kita jatuh cinta sesama manusia, belum tentu cinta kita itu berbalas..
Akan tetapi jika kita jatuh cinta kepada Yang Maha Pencinta, sudah pasti kita akan peroleh cintaNya..

Tidak salah untuk jatuh cinta karana ia merupakan fitrah manusia..Tapi biarkan ia berlandaskan syariat Islam..
Ingat, cinta tidak semestinya memiliki, tapi cinta itu perlu diberi..
Pahit sungguh jika cinta mu ditolak..Tapi itulah hakikat..
 Cinta tidak semestinya memiliki..


Sunday, December 26, 2010

:::Terimalah Diri Ku..:::



Andai kau terdengar luahan hati ku ini, bermakna kau mengerti betapa aku memerlukan mu..
Cinta yang hadir sebagai fitrah sesama insan yang ingin aku berikan melalui jalan yang betul.
Aku ingin kau jadi yang halal untuk ku.. 
Izinkan kalau diri ku ini kau terima untuk dijadikan pelindung dan untuk membimbing kamu menuju kepadaNya..
Kerana sesungguhnya kamu adalah kekasih ku selepas Allah dan rasul..




Wednesday, December 15, 2010

:::Salahkah saya menggayakan rambut saya?:::



Hari ni terasa nak tulis sesuatu pasal rambut..hehe..
Bukan apa, sem ni aku ubah gaya rambut..Tapi tak la keterlaluan macam gambar kat atas tu.. Gaya biasa2 je..Cuma sebelum ni aku tak pernah buat style rambut macam tu, so tu yang ada antara kawan2 yang pandang pelik n ada yang cakap aku buang tabiat..ish3...Ada ke patut..

Sebelum2 ni rambut aku jenis sikat ke belakang, tak pun buat style belah tengah..Tapi sem ni aku buat t'pacak sikit je, then kawan2 dah pandang pelik..hehe..

Bagi aku selagi tak keterlaluan macam punk dalam gambar kat atas tu, so takde masalah.. Nak kata riak tak ada apa pun yang nak dibanggakan sangat..
My feeling is neutral..No question about showing off and all that..

Sem depan bercadang nak berambut pendek pulak.. ngeh3..  =)





Sunday, December 12, 2010

:::SEM BARU:::


Alhamdulillah hari ni bermulanya semester baru untuk student2 UIA dan macam biasa minggu pertama ni kebanyakan pelajar sibuk dengan sesi "add/drop" untuk subjek masing2 dan aku pun tak ketinggalan jugak untuk buat add/drop ni..

Biasalah, agak penat sikit buat benda2 ni semua.. Mana tak nye, terpaksa melayan kerenah birokrasi.. Nak dapatkan satu pengesahan pun terpaksa berjalan dari satu meja ke meja yang lain, dari satu ofis ke ofis yang lain..

Aku punya problem kali ni pelik sikit. Aku ni dah dua tahun jadi student political science, tapi tiba2 status aku bertukar jadi student BENL. Bila pulak aku tukar kos aku pun tak tau.. English pun lintang pukang, ada hati nak jadi budak BENL..hehe..

Tapi tu la, cuma nak kata betapa lemahnya sistem pengurusan dan pentadbiran di sini.. Perkara yang tak sepatutnya berlaku pun boleh berlaku.. Apala..

Hanya disebabkan kesilapan daripada pihak pengurusan, so aku confirm2 la terkena tempias, tak boleh nak add subjek Arab, and I have to mention that it is for level 6, the final level..(riak sikit..) hehe..

Lepas aku bertungkus lumus berurusan dengan pihak yang sepatutnya, akhirnya berjaya jugak aku add subjek Arab tu.. Alhamdulillah..

Yang paling penting nak beritahu kat sini, aku tak miss kelas pun hari ni..hehe..
Nasihat untuk korang, walaupun sibuk dengan "add/drop", jangan la di jadikan alasan untuk ponteng kelas ye..hehe..

Ok la, chow.. Assalamualaikum.. =)

Wednesday, November 24, 2010

:::Harapan Tinggal Harapan:::



Tak macam orang lain, semuanya mempunyai pasangan masing2.. Tapi aku.....Aku masih tercari-cari siapakah serikandi yang diciptakan daripada tulang rusuk kiri aku, yang akan menemani aku dalam meniti kehidupan dan bersama-sama aku berjuang di jalan-Nya..
Mungkin Allah masih nak pelihara aku daripada kelalaian duniawi..wallahua'lam..

Jantung ku berdegup kencang bila memikirkan tentang dia.. Orang yang aku tidak pernah temui sebelum ini.. Memang tidak pernah bersua muka.. Tapi naluri aku kuat mengatakan dia adalah "sebahagian diri ku"..
Tanpa pernah bertentang mata, tanpa pernah berbicara walau sepatah, aku terus ingin mendekati dan mengenali kejadian yang "maha" indah itu.. Hati ku berasa sungguh gembira kerana menyangkakan kehadiran serikandi itu adalah untuk menemani perjalanan hidup ku yang panjang ini..

Tapi.........kegembiraan itu cuma sekejap..adakah benar kewujudan serikandi itu ataupun aku hanya bermimpi di siang hari?

Harapan yang tinggi menggunung hampir2 musnah. Aku perlu kuat dan tidak perlu berputus asa, malah aku mesti terus berusaha dan berharap supaya diri ku diberikan ruang pada tempat yang sepatutnya..
Yang pasti aku akan sentiasa menunggu dia..
Yup..Aku menunggu kamu..aku menunggu KAMU..

(rintihan hati ku benar2 berlaku)


Sunday, November 21, 2010

:::Roadshow Usahawan Bistari:::

  


Saat semua warga UIA sedang bercuti n bersenang lenang kat rumah, aku pulak terhegeh-hegeh balik UIA untuk attend  program under entrepreneurship club (EC) UIAM. Nama program n "roadshow usahawan bistari"..
Takla lama sangat..dua hari je.. Tapi dengan harapan menggunung, menjangkakan bilangan peserta yang ramai, rupa-rupanya hanya 5 orang peserta sahaja dari UIA..3 orang melayu, 2 orang foriegner..huhu..
Yang kesiannya sorang je sister..nasib baik die slamber je..




Tapi memang tak puas hati betul la..
Committee yang anjurkan program ni langsung tak datang..batang hidung dorang pun tak ada..
Tau2 dapat SMS suruh tunggu dekat main entrance, kemudian naik bas utk bertolak ke tempat program yg diadakan di sungai buluh.. (Kem Tentera sungai buluh).

Kat sana tu memang ramai orang la, dari IPT seluruh malaysia, para usahawan n orang2 awam..
Kami 5 orang peserta dari UIA ni memang agak terkontang kanting la sebab tak ada committee yg guide kteorang..
Tapi takpela..nak buat macam mana..
Apa2 pun, pergi program tu memang sangat enjoy, banyak ilmu yang aku dapat selain dapat berjumpa dan mendengar sendiri ceramah2 yg disampaikan oleh tokoh2 usahawan dan jutawan yg dah berjaya, terutama presiden JCORP, presiden KFC, AYAMAS etc..
N kalau korang kenal, Chef Li pun ada..die bukan la chef tukang masak, tapi gelarang yg orang bagi kat dia..

Dan pengalaman yang paling bes ialah bermain "catur bistari"..hehe..
Kalau korang tak tau apa catur bistari tu, try google..haha..
Walaupun kalah, tak dapat jadi "jutawan" n tak dapat hadiah2 lumayan yg ditawarkan, tapi ni memang pengalaman yg berharga..next tme kalau ada lagi tournament catur bistari tu, confirm aku join! hehe..




Ni program pun dah abis, aku pun dah ada kat UIA..esok pagi2 aku nak balik melaka dan menikmati cuti sambil susun strategi bisnes yang aku nak jalankan pada sem depan..
K doakan supaya segalanya dipermudahkan.. salam.. ;-)




Friday, November 5, 2010

:::senyum:::

Hmm..aku memang suka senyum..
yup, tu memang diri aku..
Korang je yang tak tau..orang yang baru kenal aku mesti ingat aku ni seorang yg serius, tapi tanggapan tu sebenarnya salah..

Smile is happy..
Smile is cOol..
Smile is sadaqah.. :-)

Kadang2 bila duduk sorang2, tengok gambar, dengar lagu, tengah termenung..mesti aku akan senyum..hehe..
Aku bukan gila okay..
Kalau orang gila dia tak senyum, tapi asyik sengih2 macam kerang busuk..paham?

Tapi orang tua2 cakap orang gila tak mengaku dia gila..korang gila tak?? haha..

"Kalau saya senyum awak mesti senyum sekali,
Kalau kita senyum semua orang berjangkit,
Bila semua orang senyum dunia tiada penyakit.." ;-)






Wednesday, November 3, 2010

:::Jodoh Kita Tak Panjang:::


Malam tadi, 3 November 2010, aku tak berapa nak cOol sangat. Malam tadi merupakan antara malam yang aku rasa down giler, sedih giler, frust, lost of direction..bla bla bla..

Memang jenis aku macam ni kot..dari dulu lagi..cuai..careless and whatever..
Aku hilang pendrive kesayangan aku untuk kali yang keberapa nath, aku pun tak pasti..
Yang pastinya dah banyak kali aku hilang pendrive..bukan sebab orang curi, tapi aku yang tertinggal kat mana2 je..

Malam tadi perkara serupa berlaku..Aku tertinggal my "baby" kat ITD lab, aroud 8.30 pm la..
Dah lepas tu aku pun pergi library sampaila pukul 10 pm..
Masa nak balik dari library baru aku teringat yang my "baby" tu tertinggal kat ITD lab pukul 8.30 pm tadi..huhu
Aku pun bergegas pergi ITD lab semula dan seperti yang dijangkakan, my "baby" dah dikebas orang..
Dalam tu banyak fail2 yang penting, gambar2 kenangan.. :-(

Harap2 sapa yang terjumpa my "baby" tu, bolehla pulangkan semula kat aku..



Tuesday, November 2, 2010

:::12 credit hour:::





Baru beberapa jam tadi aku post entry utk blog aku, lepas tu ni aku post lagi entry yang baru..
12 credit hour??  Apa ni?? Hehe..
Nilah jumlah credit hour yang aku ambil utk sem ni yg berbaki tak sampai lagi sebulan je sebelum cuti semester tiba.
Kenapa tiba2 aku nak tulis pasal credit hour aku ni ek?

Bagi aku gelak dulu..hahahaha... :-p
Sebenarnya sebelum aku sampai kat lab ni tadi, aku terserempak dengan sorang ex-classmate aku sem lepas. Dia ni foriegner dari mana ntah, aku pun tak tau..nama dia pun aku tak ingat..haha..kelakar betul la insan bernama Hidayatullah ni..

Erm, dia tegur aku..bertubi-tubi soalan yg dia tanya kat aku, dah macam kena tembak dengar "mesin-gun" dah..menggelupur aku nak jawab..haha.. :-p

Antara soalan dia kat aku, How r u?, how is ur study?, how is ur exam?, how many paper left?..
Semua soalan ni dia tanya dalam satu masa, tercungap-cungap aku nak jawab..Aku jogging 2.4KM setiap hari pun tak rasa tercungap macam aku jawab soalan dia tadi..hehe..

Pastu aku pun jawab.."I dont start any paper yet..My first paper will be on dis Saturday.."
Terkejut beruk dia..Yela, kebanyakan student dah start exam at least 2-3 paper kot, tapi aku satu pun tak start lagi..huhu..

Dah lepas tu dia pun tanya "how many credit hour do u take 4 dis sem?" Aku pun jawab, "12 credit hour, for four subjects only.."
Sekali lagi dia terkejut beruk..Kalau dia ada sakit jantung dah lama collapse dah..haha..

Mana taknye, sem lepas masa aku sekelas dengan dia, dia tau aku amek 21.5 credit hour bersamaan dengan 7 subjek..Tapi sem ni amek sikit sangat pulak..

In a nutshell, aku memang amek 12 credit hour sem ni..So what?? haha..
Tapi next sem aku kena catch up balik, terpaksa amek banyakla pulak..lalala..
K der, chow n owez cOol.. ;-)


Monday, November 1, 2010

:::lonely:::

Lonely..
I'm so lonely..
I've nobody..
Lalalala.. :-p

Saje2 je nak tulis ni..
Hari ni niat nak pergi library, tapi mood study hilang secara tiba2..
Maybe sebab aku tak ada teman kot kat library tu..

Kepada yg perasan tu, amekla initiative utk teman aku..haha
My first paper for final exam is on dis Saturday..
Orang lain semua dah start lama dah, aku je belum start apa2 lagi..gua excited nak exam ni! huhu


Hmm..tiba2 rasa sunyi..kenapa ek?
Rasa macam down..I need someone to motivate me..
Kenapa semua orang berubah secara tiba2?
I cannot adapt with de sudden change..Help me!!!


Haha..aku sudah gila.. :-p
Tak la..gurau je..Cuma nak kan perhatian lebih je..
So, dengar sini semua orang kampung..
Sila bagi perhatian yang secukupnya dan kalau boleh perhatian yg lebih kat aku..Paham?
Nice shot... v-cOol.. :-)