Monday, August 17, 2015

Alhamdulillah, harini genap 15 hari hero kecil kami hidup di dunia ni. Selama 15 hari ini juga kami suami isteri telah melalui satu pengalaman yang sangat berharga yang tak pernah kami lalui sebelum ni.. Berjaga lewat malam, mandikan bayi, cuci najis bayi dan macam2 lagi.. Kalau nak difikirkan susah memang sangat susah. Tapi kami rela, kami gembira dan bahagia dengan apa yang kami lalui ni..

Hari Pertama
Hari Ke-15

Ibarat suatu kepuasan bilamana kami dapat berikan yang terbaik untuk anak kami biarkan kami sendiri berada dalam kepayahan, kesempitan dan kesusahan. Dengan pengalaman baru ini membuatkan kami sedar akan kesusahan ibubapa untuk membesarkan kami semasa kecil. Rasa bersyukur dan terharu sangat..

Walaupun sudah berusia 15 hari tapi masih belum ada nama rasmi yang didaftarkan di JPN. Bukannya taknak daftar, tapi atas sebab sedikit masalah jadi tertangguh seketika. Walau bagaimanapun, kami memanggilnya dengan nama "Ahmad".

Memang kami berniat untuk meletakkan nama Ahmad tu, tapi dengan tambahan "Sheikh" di pangkal namanya menjadi Sheikh Ahmad Bin Muhammad Hidayatullah. Aku ada alasan tersendiri kenapa nak letak nama keturunan Sheikh pada nama anak kami. Ini kerana untuk menghidupkan kembali salasilah keturunan kami yang sudah terputus sejauh 2 generasi (Aku dan ayah aku).

Bermula daripada arwah datuk aku dan ke atas semuanya ada nama keturunan "Sheikh". Tapi arwah datuk aku tak letakkan gelaran "Sheikh" tu dekat anak2 dia hanya sebab rasa malu die tak pandai berbahasa Arab. Itu adalah mentaliti orang dulu2. Padahal amat penting untuk kita jaga nasab dan keturunan dengan mengekalkan gelaran tersebut lebih2 lagi bilamana keturunan tersebut bersabit hingga ke Rasullullah SAW. Ini kerana seluruh keturunan Baginda SAW baik Syed, Syarifah, Al, mahupun Sheikh, kami tak layak untuk menerima wang zakat. Ini adalah berkenaan dengan hukum agama. Jadi jika gelaran tersebut dibuang dan anak cucu tidak sedar akan hal ini maka dikhuatiri mereka menerima wang zakat secara tidak sengaja.

Atas kesedaran inilah aku bersungguh ingin mendaftarkan nama anak kami dengan gelaran Sheikh, dengan harapan salasilah itu dihidupkan semula..

Oleh sebab gelaran itu terputus sejak dari ayah aku, jadi pihak JPN tidak dapat memproses permohonan tersebut dan meminta aku supaya mengemukakan surat rayuan bagi penggunaan gerlaran keturunan dan mengemukan bukti yang mengesahkan kami adalah keturunan Sheikh. Alhamdulillah aku telah serahkan bukti-bukti seperti yang diminta. Jadi sekrang ni hanya tunggu kelulusan daripada pihak JPN sahaja. Mudah2an diluluskan..huhu..


No comments:

Post a Comment