Monday, January 17, 2011

:::HARAM JADAH!!!:::


Bunyi macam kasar je tajuk aku kali ni..Haram jadah! kenapa tiba2 nak cakap haram jadah pulak kan.. Sebenarnya aku ada nak share sesuatu yang aku dapat dalam 1 ceramah iaitu tentang "dua haram"..
Apa dua haram tu ek?

Rupa2nya haram ni terbahagi kepada dua..
Haram yang pertama ialah haram yang mana perkara tu dah memang kita tau haram, contohnya mencuri, membunuh, berjudi, minum arak.. Haram dalam bentuk yang pertama ni, kalau kita lakukan pada bila2 masa pun akan tetap jadi haram..Contoh yang lain pulak ialah seperti makan dan minum di siang hari ketika bulan ramadhan..So kiranya haram la kan dan haram yang ni pun termasuk dalam kategori haram yang pertama..

Akan tetapi, ada satu lagi haram yang mana kita panggil sebagai haram jadah!.. sebenarnya ejaan yang betul ialah haram jaddah sebab perkataan "jaddah" tu berasal daripada perkataan arab..

Kalau ada sesiapa yang pernah dengar ungkapan arab, "man jadda wa jada.." Yang bermaksud, siapa yang bersungguh, maka dia akan dapat..

Jadinya, maksud "jaddah" atau "jadda" ni ialah bersungguh ataupun sungguh.. Kalo haram jaddah so maksudnya haram sungguh2 la kan..

Sebagai contoh untuk haram jaddah ni ialah seperti minum arak di siang hari dalam bulan Ramadhan..Ha, minum arak tu dah haram dah, lepas tu minum di siang hari dalam bulan Ramadhan, lagilah haramkan..So haram kat sini masuk dalam kategori haram kedua iaitu haram jaddah..

Sekian untuk perkongsian kali ni.. Wallahua'lam.. =)