Saturday, November 5, 2011

Wanita Bekerjaya?

Sebentar tadi aku sempat berbual dengan umi tentang beberapa perkara. Antara isu menarik yang kami bualkan ialah berkenaan dengan situasi wanita zaman sekarang yang kebanyakan mereka memilih untuk bekerjaya.

Firstly bagi aku keadaan zaman moden sekarang adalah normal dan sudah menjadi kebiasaan bagi kaum hawa untuk bekerja, mempunyai karier dan pendapatan sendiri. Ini adalah pandangan peribadi aku secara umum dan aku yakin kebanyakan kaum hawa setuju dengan pendapat ini.

Gambar hiasan

Tapi sebentar lagi mungkin kaum hawa akan mula menentang dan kemungkinan tak bersetuju dengan pandangan aku yang seterusnya. 

Wanita yang bekerjaya ada kebaikannya dan ada juga keburukannya. Antara kebaikkan bagi wanita yang bekerjaya ialah mereka akan belajar berdikari, mereka tahu kesusahan dan kepayahan kaum adam yang memang tugas kami mencari dan memberi nafkah kepada ahli keluarga. 

Selain itu juga dalam hidup berumah tangga, kaum hawa yang menjadi isteri kepada suami sudah tentu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh suami. Jadi dengan pendapatan hasil daripada pekerjaan mereka itu dapatlah menampung segala perbelanjaan seisi rumah dan boleh hidup lebih senang, insyaAllah..

Walau bagaimanapun ianya perlu bergantung kepada situasi. Jika wanita itu bujang maka terpulanglah kepada mereka untuk memilih untuk bekerja ataupun tidak kerana itu adalah hak individu. Akan tetapi jika wanita tersebut sudah berkahwin, sudah menjadi  'concern' bagi si suami untuk membenarkan ataupun tidak isterinya untuk bekerja.

Secara peribadi, aku memang tidak menggalakkan wanita ataupun secara lebih khususnya adalah isteri untuk bekerja. Banyak keburukannya daripada kebaikan. Antara keburukannya ialah masa bersama keluarga akan menjadi terhad. Bekerja adalah tanggungjawab utama bagi seorang laki ataupun suami sebab untuk mencari nafkah. Jika suami balik dalam keletihan dan dalam masa yang sama si isteri juga pulang daripada kerja  dalam keletihan, jadi bilakah masanya kedua-dua suami isteri ini akan ada masa yang selesa untuk bersama?

Jika si isteri tidak bekerja sudah tentu isteri akan menunggu kepulangan suami dengan gembira dan boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan lebih baik seperti menyediakan makanan untuk suami dan sebagainya. Sudah tentu si suami juga akan gembira dan akan hilang segala penat lelah seharian bekerja.

Bagaimana pula dengan masalah cuti yang tidak sama? Bagaimana pula dengan pasangan yang perlu outstation? Bagaimana pula jika salah seorang ditukarkan tempat bekerja? Semua ini adalah masalah2 yang perlu difikirkan jika si isteri ambil keputusan untuk bekerja. Bahagiakah rumah tangga jika berlaku perselisihan dalam hal2 begini dan semua ini akan menjadi bahan ungkitan. 

Selain itu faktor anak2 juga menjadi penyebab kenapa aku tidak bersetuju jika wanita ataupun isteri yang bekerja. Ingatlah, tujuan seorang lelaki berkahwin bukanlah untuk mencari seorang isteri untuk dirinya semata-mata, tetapi dia juga inginkan seorang ibu dan guru untuk anak2 nya nanti.


Jika seorang isteri ataupun ibu itu bekerja, bilakah masanya untuk suami dan anak2? Siapakah yang akan menggantikan tugasannya untuk mendidik anak2 di rumah? Adakah amah yang sepatutnya menggalas tanggungjawab tersebut? Sama sekali tidak. Sudah tentu seorang ayah mahukan yang terbaik untuk anak2 nya. Jadi seorang isteri adalah seorang ibu dan guru yang terbaik untuk anak2nya..

Aku tahu antara sebab lain wanita ingin bekerja adalah kerana tidak mahu menyusahkan suaminya mencari nafkah seorang diri. Jadi jika mereka bekerja, mereka tidak perlu lagi menggunakan duit suami untuk memenuhi keperluan mereka. Tapi wahai wanita, anda perlu tahu walaupun kamu bekerja, suami masih wajib melaksanakan nafkah ke atas kamu. Jadi walaupun wanita bekerja, si suami masih juga wajib menanggung si isteri. Jika tidak berdosalah si suami.

Antara sebab lain wanita ingin bekerja adalah sebagai persediaan jika mereka ditinggalkan ataupun si suami meninggal dunia. Maka mereka takut kehilangan tempat bergantung sekiranya mereka tidak bekerja. Yup memang betul. Tapi jika dari awal lagi berfikiran begitu bermakna kita tidak percaya dengan qada' dan qadar yang Allah telah tentukan. Jika takut begitu lebih baik hidup seorang diri dari awal lagi. Cuba kita lihat nenek moyang kita dahulu, tiada pun berlaku seperti mana yang kita fikirkan sekarang.

Para wanita, anda jangan salah paham. Semua ini bergantung kepada situasi juga dan ini sekadar pandangan peribadi aku sahaja. Aku sendiri pun jika keadaan memaksa, insyaAllah aku juga akan membenarkan my future wife untuk bekerja. Contohnya pendapatan suami tidak mencukupi untuk menyara keluarga ataupun untuk hidup sedikit senang, jadi pada masa itulah suami perlu membenarkan si isteri bekerja.

Jika sudah ada persetujuan kedua-dua belah pihak bolehlah teruskan seperti apa ynag dirancang. Jika suami tidak bersetuju lebih baik tidak bekerja kerana kerjaya paling mulia bagi seorang wanita ialah menjadi seorang isteri yang solehah untuk suaminya dan menjadi ibu dan guru sepenuh masa untuk anak2nya.




13 comments:

  1. jika nak compare dengan zaman dahulu, lain sangat.. masa nenek moyang kita dulu buat kerja sikit dah boleh support family, sebab ada bendang sendiri, ternakan sendiri, tinggal nak usahakan sikit je.. keadaan ekonomi pun jauh sekali bezanya..

    masa ikuti kursus kahwin baru2 ni, ada kajian yang mengatakan surirumahtangga lebih mudah mengalami tekanan berbanding wanita bekerjaya, sebab, hanya itu yang jadi dunianya, perlu menguruskannya sepanjang masa & dalam masa sekarang ni yang rata2nya bekerja.. dengan kelulusan si isteri yang tertentu pasti terasa juga kenapa tak bekerja dengan kelayakan diri..

    Lagi satu, bagaimana mahu harapkan seorang isteri yang kelihatan kemas sepanjang masa jika mahukan isteri buat semua kerja rumah kan? lainla kalau suami tak begitu concern mengenai appearance isterinya di rumah..

    just a piece of my thought, hasil perbincangan dengan keluarga juga..
    apa yang penting kena lihat juga keadaan sekarang & akan datang..
    tanggungjawab tetap tanggungjawab,
    tapi alangkah baiknya jika dapat balance..
    jika wanita nak kerja sekalipun , better cikgu ataupun kerja pejabat yang tak berat..
    tapi betul la sebelum nikah semua wanita digalakkan cari kerja dulu..
    apa2pun bergantung pada keadaan semasa sesebuah rumahtangga itu..

    berkecamuk atau tidak sesebuah rumahtangga bukan bergantung pada masalah tu semata, tetapi tahap toleransi antara kedua belah pasangan

    .sekian.

    ReplyDelete
  2. Yup, thats y ana katakan ianya bergantung kepada situasi. Perkara yang bukan qat'ie, yang mana pintu perbincangan sentiasa terbuka.

    Cuma ana sendiri berpendapat jika semuanya sudah cukup, jadi isteri ana tak perlu bekerja lagi. Memg ana mengmbil berat masalah ni dan menggalakkan seorang isteri yang memberikan perhatian sepenuh masa terhadap keluarga.

    Lain org lain pandangannya. Maybe ukhti maira x bersetuju dengan pendapat ni, tapi inilah apa yang ada d hati ana.

    ReplyDelete
  3. Hanya profession sbg guru sahaja ana setuju dan amat menggalakkan sebab kita pun tahu guru hanya bekerja separuh hari dan masih ada byk masa bersama keluarga. Mungkin faktor persekitaran mempengaruhi pemikiran ana. Sebab kebanyakan kwn2 ana masa sekolah dulu, ibubapa mereka yg bekerja mesti keluarga mereka bermasalah.

    ReplyDelete
  4. tak dikatakan tak setuju.. hal ini subjektif..
    tujuan persoalan yang tak seberapa dari ana tu sebenarnya nak tahu juga apa pandangan / jawapan dari seorang lelaki..

    oh.. ana pula ada pengalaman sebaliknya.. setakat ni ana tengok semua ok, bahagia & berjaya..

    itulah, pengalaman membentuk persepsi..

    ana pun sebenarnya kurang berminat untuk bekerjaya, tapi tengokla macamana..

    Allahu-a'lam..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    apa pendapat enta tentang wanita yang bekerja kerana memikul tanggungjawab ataupun sebagai tunggak ekonomi keluarga.sebagai contoh anak perempuan sulung dalam sebuah keluarga yang kurang berkemampuan dan mempunyai adik beradik yang ramai dan seluruh ahli keluarga bergantung harap padanya sekalipun dia sudah berumahtangga..hmmm rasa cam berbelit je ayat.

    ReplyDelete
  6. Jawapan adalah seperti d atas.. Sekiranya wanita itu bujang maka terpulang kpd die utk bekerja.. Tp sekiranya die dah berkahwin, itu atas toleransi dan perbincangan dgn suami.. Kalo si suami berkemampuan utk menanggung keluarga si isteri, so tak perlulah isteri td berkerja. Tp kalau sebaliknya better dua2 bekerja..

    ReplyDelete
  7. guru juga tak sebanyak masa yg disangke. kat rumah kene buat preparation utk ngaja.. blum lg report2 dan entah apa apa lg projek skolah. sy bukan cikgu, tp husband sy cikgu..
    berkenaan topik ni, pd sy kalau isteri tu dbenarkan keje, tggungjwb di rumah kenelah pandai2 suami ambil peranan. mcm sy senang je, kalo xnak ambil peranan, jgn komplen. terima je seadenye. x dpt buat semuanya. kalo sy sempat masak, rumah x sempat kemas. kalo kemas rumah (salu bersepah sbb anak2 kecik lg) x msk lah jawabnye, atau makan dinner after kul 10 lah jawabnye sbb lmbt start masak.
    mcm mahirah jazlan kata kat atas tu, jgn expect appearance isteri berseri2 even myambut suami balik keje kalo dh sama2 bekerja (even kalo surirumah shj pun, dgn anak2 kecik lg, mak yg multitasking pun blh collapse). terima lah isteri anda seadenye sbb isteri anda pun terima je anda seadenye.. kalo dia tak terima anda seadenye, mesti dia dh x keje dan pakse anda utk keje lebih keras utk tampung kehendak2 dia...

    ReplyDelete
  8. Sy baru sdr bahawa wanita mmg x layak utk kluar bekerja walau setinggi mna pun pelajarannya... byk kerugian drpd keuntungan...dulu sy fikirkn suami yg melarang istri bekerja adalah kolot. Tp tanggapn sy salah. Sebaliknya yg bepikiran kolot adalh mereka2 yg beranggapan bhwa istri2 berpendidikan tinggi harus keluar bekerja n bekerjaya.

    ReplyDelete
  9. ada isteri dan ibu yang bekerja dan sebab utamanya ialah wang ( siapa yg nak kerja tp tak dapat duit kan)... tapi ada juga isteri yang berhenti kerja selepas bergelar ibu... dan sebab utama mereka pastinya demi anak dan yakin rezeki Allah yang bagi dan rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja...

    ReplyDelete
  10. mohon share ya di blog saya naimahnorman.blogspot.com terima kasih

    ReplyDelete
  11. Betul2, suami Ku pun larang keras nak keja sampai gaduh je memula dulu. Dah biasa cari duit sendiri masa muda. Sekarang baru nampak patut istteri dok rumah ja Jaga anak. Kalau nak keja jugak buat Dari rumah ka ok jugak iks . Bisnes kecik boleh jugak sambil Jaga anak n rumahtangga.

    ReplyDelete
  12. Bila terlalu ramai wanita di pejabat terutama kerajaan...kerja di no. 2. Berkumpul, berborak, berkongsi pelbagai cerita dan promote2 jadi no. 1.

    ReplyDelete